resepi: cinnamon roll | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

resepi: cinnamon roll

resepi cinnamon roll@bun yang sedap


urm..tiba2 rasa nak makan cinnamon roll lar plak..
aku nie mmng suka sgt ngan cinnomon...x tau knape..
sbb bau n aroma cinnoman tu yg sedap kot...

mula2 aku makan cinnamon roll tu kat hotel..
wow..sdap gler kot cinnamon roll dia..
smpai skrang masik tergiang-ngiang di fikiranku..
so..sbb mngidam nak mkan cinnamon roll..aku pun buat sendiri jelar..
senang je nak buat cinnamon roll rupanya,,
igt ssah..hihi...
jom kita cikedot resepi cinnom roll yang sedap..

[wajub baca: Resepi pizza thin crust]

bahan-bahan

  • 3/4 cawan susu segar (xde..so sku tukar ngan susu cair)
  • 1/4 cawan majerin(suhu bilik)
  • 3 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 paket yeast (aku guna jenama mauripan)
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 cawan air
  • 1 telur

bahan-bahan untuk inti

  • 1 cawan gula perang
  • 1 sb serbuk cinnamon(kayu manis)
  • 1/2 cawan majerin(klau buttter guna yg unsalted)
  • 1/2 cawan kismis(xde so aku x letak)

cara-cara untuk membuat cinnamon roll

  1. panaskan susu then masukkan majerin..selepas majerin cair ttup api n biarkan susu menjadi suam
  2. satukan 2 1/4 cawan tepung gandum,yis,gula dan garam dlm bekas besar.then masukkan air,telur dan bancuhan susu n kacau sehingga rata.
  3. masukan baki gandum yg tinggal(1 cawan) then uli sehingga menjadi doh
  4. rehatkan doh selama 30 min@ doh naik 2x ganda. ttup doh dgn kain lembab.
  5. sementara tu,,boleh lar ciapkan bahan2 untuk inti.satukn semua bahan2 untuk inti di dalam bekas.kacau sehingga sebati.
  6. bahagikan doh kpd 2 bahagian.
  7. bentukkan doh dgn mngunakkan penggelek sehingga mnjadi empat segi(12x9 inch)
  8. sapukan inti keatas doh n jgn lupa taburkan kismis.
  9. then gulungkan doh tersebut.selapas tu potong mengikut ketebalan yg diiginkan.
  10. susun dalam loyan yg disapu dgn marjerin.biarkan dlm 30 min untuk doh naik sekali ganda
  11. panaskan oven pada 190c dan bakar selama 20 min @ sehingga keperengan.
  12. sedap dimakan bersama krim@ coffee@ susu suam..huhu..

tips untuk membuat cinnamon roll

  • pastikan susu betul2 suam.jgn sesekali campur ketika susu panas nnti mati lar yeast ko.dan jgn guna susu yg sejuk..nnti x hidup yeast ko...untuk membuat roti yg sedap..kena guna susu yg suam supaya yeast dpt membiak..barular doh ko mengembang..faham...
  • jgn biarkan doh terlalu lama..nanti doh rasa masam@ x sedap.kenapa??tngok balik buku text biology..apa yg belaku ketika fermentation..tular dlm kelas tido..haha..
  • klau nak gunakkan butter pun boleh..lagi sedap n wangi..cuma pastikan guna unsalted butter..klau nak guna butter yg salted boleh..tp..jgn ckp resepi aku x sedap plak klau roti ko masin ye..
  • jgn malas untuk biarkan doh rehat selama 30 min sblum bakar..sabar...nie untuk hasilkan roti yg cantik n gebu..tapi klau ko x pndai gulung..still x cantik gak..haha..tp..yg penting..rasa sedap.
  • gunakan air untuk seal hujung doh selepas ko gulung..barular dia senang nak potong,sikit je tau air..jgn bnyak plak..

hasil dari resepi 

sebelum bakar kita biarkan kjap.bg cinnamon roll kita naik

tara...slpas bakar..wow cantik kan..n of course sedap

jom kita bedah siasat...hah..gebu roti nie.rugi x cuba

INFO PENTING:



SELAMAT MENCUBA!!








1 comment:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...