YUK'S TROVE: kecantikan & kesihatan

nuffnag

SALES

Showing posts with label kecantikan & kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan & kesihatan. Show all posts

Cara Pengambilan St,John's Wart

apakah st.john's wart?



St. John’s Wort merupakan sejenis tumbuhan liar di mana pokoknya mempunyai bunga berwarna kuning. Ia telah digunakan sejak berabad lamanya dalam bidang perubatan. Nama botani bagi tumbuhan ini ialah hypericum perforatum yang biasanya dikenali dan dijual di pasaran sebagai 'Hypericum’.

St. John’s Wort biasanya diekstrak daripada bunga dan daun. Ia digunakan secara amnya untuk merawat tanda-tanda masalah kesihatan mental. Ini termasuk kemurungan yang ringan atau sederhana dan gejala-gejala yang berkaitan dengan kemurungan seperti kebimbangan, keletihan, hilang selera makan dan masalah gangguan tidur (insomnia).

apakah kebaikan st.john's wart?

Info Tentang Daun Ketum

daun ketum,selamat atau tidak ?

Info Tentang Daun Ketum

APAKAH DAUN KETUM?

mesti ramai yang tertanya-tanya...kenapa kecoh-kecoh isu daun ketum ini dalam kalangan sesetengah orang. Meh yuk cerita sedikit berkaitan daun ketum agar ramai yang akan faham.

Pokok ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa. Batangnya berkayu keras dan bercabang. Bahagian yang digunakan daripada pokok ketum adalah daunnya.

Salah guna daun ketum oleh masyarakat sekarang

Cara Mengukur Tekanan Darah Di Rumah

teknik-teknik untuk check tekanan darah(blood pressure) di rumah

Cara Mengukur Tekanan Darah  Di Rumah

mesti rmai yang cakap..alah klau dah ada mesin check tekanan darah senang lar..
check camtu jelar...
perlu ada teknik jgak ke...huhu..

eh..klau nak check tekanan darah di rumah perlu ada teknik jgak tau..
kau tu bukan doktor kan..so ko ingat senang ke nak check tekanan darah supaya tekanan kita dapat ambik tekanan darah yang betul..

jangan main-main dengan tekanan darah..klau salah teknik..bahaya.
yelar..sepatutunya tekanan darah tu dah tinggi..tapi sbb salah teknik..tekanan darah jadi rendah..
kita pun dengan happy cakap teknan darah normal//padahal tekanan darah nak naik mencacak..huhu...

meh sini baca teknik-teknik untuk check tekanan darah di rumah

Minum Air Kelapa Sambil Makan Ubat-Ubatan,Boleh Ke?

Kesan ambik ubat sambil minum air kelapa..

Minum Air Kelapa Sambil Makan Ubat-Ubatan,Boleh Ke?


Ramai yang bertanya, betul ke minum air kelapa bersama-sama ubat-ubatan akan mengurangkan keberkesanan sesuatu ubat? Soalan ini nampak mudah namun ia sebenarnya bermaksud interaksi antara ubat dengan minuman.Interaksi boleh memberi kesan sama ada meningkatkan kesan ubat dalam tubuh badan atau mengurangkan kesannya.

sebelum kita bercerita tentang kesan minum air kelapa keatas ubat hospital..jom kita tengok dulu khasiat air kelapa..and mungkin ada dari kita ini belum kenal dengan air kelapa.hihi..


Apakah Air kelapa?

Air kelapa terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah. Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit. Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (k+).

Tips Berhenti Merokok

cara-cara untuk berhenti merokok

Tips Berhenti Merokok

Sememangnya suatu kesukaran untuk seseorang perokok untuk berhenti merokok. Dalam rokok terkandung bahan utama yang dinamakan nikotin. Bahan inilah yang menyebabkan perokok ketagih untuk terus merokok, berasa tidak selesa serta sukar menjalani hidup secara normal sekiranya tidak merokok. 

kenapa susah untuk berhenti merokok?

Nikotin dalam rokok akan disedut ke paru-paru, meresap masuk ke dalam aliran darah dan terus dibawa ke otak. Sebaik tiba di otak, nikotin akan mula menjalankan “tugasnya”. Ia mencetuskan beberapa tindak balas kimia yang akhirnya mewujudkan perasaan “seronok”.

Malangnya, ransangan ini hanyalah sementara. Apabila paras nikotin sudah berkurang, perokok akan berasa tegang dan gelisah. Terpaksalah si perokok menyalakan rokok lagi dan begitulah seterusnya ketagihan nikotin berlaku.
Sebatang rokok tidak akan pernah cukup bagi seseorang perokok.

Panduan Menghadapi Rawatan Kanser

Panduan Untuk Pesakit & Keluaga Dalam Menghadapi Rawatan Kanser

Panduan Menghadapi Rawatan Kanser

Kanser ialah penyakit yang sangat digeruni sehingga penghidapnya mahupun ahli keluarga sanggup melakukan apa sahaja yang difikirkan boleh menyembuhkan kanser. Pengesanan dan rawatan awal sangat penting untuk menyelamatkan nyawa. Malah anda digalakkan menjalani saringan walaupun belum menunjukkan tanda-tanda kanser.

Antara kaedah rawatan kanser ialah pembedahan, kemoterapi (rawatan dengan ubat makan atau suntikan), radioterapi (menggunakan sinar radiasi), terapi sasaran (menggunakan antibodi monoklonal) dan terapi hormon. Pemilihan kaedah rawatan dilakukan oleh pakar onkologi berdasarkan jenis kanser, tahap kanser dan keadaan pesakit.

[wajib baca: cara mencegah & rawatan alternatif kanser]

Namun begitu, rawatan kanser selalu dikaitkan dengan kesan sampingan yang tidak menyenangkan sehingga pesakit takut menjalani rawatan. Walau bagaimanapun, pesakit harus tahu bahawa kesan sampingan ini dapat dielakkan atau dikurangkan dengan langkah-langkah tertentu.

Artikel ini bertujuan sebagai panduan umum kepada pesakit dan ahli keluarga pesakit kanser yang bakal menjalani rawatan. Berikut antara perkara yang patut dilakukan sebelum, semasa dan selepas menjalani rawatan kanser.

Penyakit Anjing Gila(Rabies)

tanda,gejala dan rawatan penyakit anjing gila atau rabies

Penyakit Anjing Gila(Rabies)

dulu time kat universiti yuk ada jugak lar belajar tentang penyakit rabies nie dalam subject microbiology..huhuhu
penyakit anjing gila nie mmang menakutkan...kenapa??jap lagi yuk cter..
tapi time belajar dulu..ingatkan penyakit nie berlaku kat oversea je..
tapi..sekarang penyakit rabies nie dah ada kat malaysia wei...mmang menakutkan..
klau omputih..penyakit rabies nie dibawa oleh haiwan liar..seperti rakun dan kelawar..
sbb tu kat oversea..diaorag mmang pantang klau ada haiwan liar...diorg mmag akan terminate trus sbb bimbang dgn penyakit rabies nie lar..

kat malaysia..mungkin penyakit nie dibawa oleh anjing..sbb tu penyakit rabies nie dipanggil penyakit anjing gila..
tapi..penyakit rabies nie..boleh juga berjangkit kat kucing...huhuhu...menakutkan kan..
penyakit rabies nie..klau x dirawat..boleh membawa maut..
n klau uols tengok pesakit yang terkena penyakit rabies nie..mmang kesian..
dia akn menjadi takut kepada air atau angin..meracau-racau..
x ubah seperti anjing gila..sbb tu lar yuk ckp penyakit nie menakutkan..huhu..
boleh tngok gejala penyakit nie kat bawah..mmang menakutkan...
sekarang nie penyakit nie dah ada kat malaysia..so berhati-hati..jaga elok2 haiwan anda..

[wajib baca: rawatan untuk penyakit pedih ulu hati]

TERKINI, 3 kanak kanak di Sarawak telah di sahkan menghidap jangkitan penyakit "Anjing Gila" atau Rabies.
Ketiga tiga mangsa di jangkiti virus maut tersebut setelah di gigit haiwan pembawa virus tersebut. Aktiviti kawalan dan pencegahan sedang giat di lakukan di kawasan yang telibat.
Berikut merupakan informasi mengenai penyakit tersebut termasuk gejala, pencegahan dan rawatan.

[wajib baca: fakta kes penyakit anjing gila(rabies) dia sarawak,malaysia]


apakah penyakit anjing gila(rabies)?

Ubat Kumur..Perlu Ke??

perlukah mengambil ubat kumur??

Apakah ubat kumur? ,Bilakah pengunaan ubat kumur bagus diambil?, Apakah jenis-jenis ubat kumur?, cara-cara untuk menggunakan ubat kumur ,Adakah ubat kumur mempunyai kesan sampingan?, Tip-tip penggunaan ubat kumur

sekarang nie kan banyak kat pasaran yang jual ubat kumur..
iklan dalam tv pun banyak tentang ubat kumur nie..
tapi sejauh manakah kita perlu mengambil ubat kumur nie..??
atau hanya sekadar cukup dengan memberus gig??
ada gak yuk dengar orang bgtau kena ambik gak ubat kumur untuk memastikan kebersihan mulut kita..
but..sejauh manakah perkara tersebut betul..
yuk akan rungkaikan persoalan nie akhir sekali ye...so baca sampai habis ye..hihi
sebelum tu adakah anda tahu apakah ubat kumur??

Apakah ubat kumur?

Apakah endometriosis?

adakah endometriosis berbahaya?

Apakah endometriosis?,endometriosis awareness

endometriosis merupakan penyakit yang kurang popular..masih ramai...orang yang tidak tahu pasal penyakit nie..
hakitanya penyakit nie hanya menyerang wanita..n yet masih masih ramai lagi wanita yang tidak tahu kewujudan penyakit endometriosis..

[wajib baca: kencing berbuih...normal atau tidak?]

sebenarnya yuk pun x tau pun penyakit nie wujud until my fnal year project kat uni dulu..hihi..
daripada final year project..yuk dapati kbnyakkan wanita yang ada endometriosis nie..agak sukat untuk hamil..
endometriosis juga ada berkait rapat dengan tahap kesuburan wanita..
urm...yuk rasa nama melayu untuk endometriosis nie segugut kot..yuk pun x pasti sbb selalu belajar dalam term english..hahaha
sbb tu lar yuk nak share ttang penyakit endometriosis nie,,supaya orang ramai lebih cakna tentang penyakit nie..terutama wanita di luar sana...
klau uols rasa yang uols nie wanita...so wajib baca article  nie..

Apakah endometriosis?


Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakitpuan yang biasa dialami oleh golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya.

[wajib baca: tips untuk merawat jerawat]

Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis seperti pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.

Sebab-Sebab terjadinya endometriosis?

Rawatan untuk Penyakit Pedih Ulu Hati

rawatan ubat dan bukan ubat untuk pedih ulu hati

pedih ulu ,hati,acid reflux


sape kat cni pernah mengalami pedih ulu hati..angkat tangan..
mesti penglaman yang menakutkan..
kenapa??hnya orang yang pernah mengalami pedih ulu hati je memahami..

pedih ulu hati nie seperti rasa terbakar,pedih, dah panas pada bahagian dada atau perut.sebelum kita pergi ke rawatan pedih ulu hati meh yuk bagitahu sebab-sebab terjadinya pedih ulu hati dan bagaimana penyakit pedih ulu hati boleh berlaku.

[wajib baca: cirit-birit..apa yang patut anda lakukan]

punca terjadinya penyakit pedih ulu hati

Terdapat pelbagai punca penyebab kepada rasa pedih ulu hati, antaranya ialah: 
  • pengambilan makanan yang tidak teratur, 
  • pengambilan minuman yang mengandungi kafein dan bergas, 
  • pengambilan makanan pedas 
  • memakai pakaian atau tali pinggang yang terlalu ketat.
  •  tabiat merokok, 
  • tabiat berbaring selepas makan, 
  • berat badan berlebihan, 
  • kehamilan, 
  • tekanan (stress)
  • pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan turut menyumbang kepada rasa pedih ulu hati seperti Asid Acetylsalicylic dan ubat penahan sakit. 
  • Terdapat juga beberapa jenis penyakit atau keadaan yang turut menyebabkan rasa pedih ulu hati, seperti Penyakit Refluks Gastroesofagus (Gastroesophageal Reflux Disease/GERD), penyakit Hiatal Hernia dan sakit jantung.

bagaimana pedih ulu hati boleh berlaku?


Sakit Jantung atau Serangan jantung??

Apakah PENYAKIT JANTUNG ? apakah SERANGAN JANTUNG?


nie yuk nak tnya ckit..pernah x uols rasa penat atau ketat dada bila naik tangga? try cek kaki anda atas buku lali tu...ada bengkak tak? Jaga2 kut2 anda ada penyakit Jantung?

Apakah perbezaan Penyakit Jantung dgn Serangan Jantung?

A. nie yuk nak bagi tau bahawa Penyakit Jantung (Heart Disease) terjadi akibat  jantung anda tak dpt melaksanakan tugasnya dengan baik disebabkan oleh OTOT jantung yg lemah( RHF & LHF atau CCF dll.) atau sbb Congenital (ASD, VSD, PDA dll)

B. Serangan Jantung (Heart Attack) pula ialah sebuah keadaan yg menyebabkan jantung sama sekali tidak berfungsi. ia boleh Terjadi secara tiba-tiba dan ia dipanggil Gagal Jantung ( Heart Failure)....kita pun boleh INALILLAH !Kerana pembuluh-pembuluh darah yg mengalirkan darah ke otot-otot jantung tersebut tersumbat atau mengeras (arteriosclerosis) atau disebabkan oleh kearana lemak & kolesterol.

JANTUNG anugerah ALLAH yg unik. Di izin Allah ia Berdenyut TANPA HENTI sejak anda janin lagi. Di pam darah ke seluruh organ badan & dirinya dgn membawa OXYGEN & NUTRITION. Kemudian di ambil balik CARBON DIOXIDE & byproduk dr seluruh badan ke jantung kembali & terus ke Paru-paru anda.

[wajib baca: apakah tekanan darah tinggi @ hypertension?]

tanda-tanda anda menghidap PENYAKIT JANTUNG


perlukah berpantang selepas bersalin?

berpantang selepas bersalin..perlu ke??atau ia sekadar amalan tradisional?


perlukah berpantang selepas bersalin?


dalam masyarakat melayu  BERPANTANG lepas bersalin jadi amalan turun temurun.
Waktu berpantang yang yuk selalu dengar ialah 6 minggu/42 hari saja.tapi.. Ada juga yang pantang sampai 100 hari...kesian le kat husband uols..mesti pening kepala dok handle anak2...haha..


MENGAPA kita perlu BERPANTANG selepas bersalin dan kaitan dari segi perubatan?


A. Sebenarnya waktu berpantang ni nak Kasi chan/ruang utk ibu pulih sepenuhnya dari penat lelah 9 bulan kehamilan & trauma masa bersalin.

B.Ni lah tempoh anda digelar ibu dgn tanggungjawap baru & perlu tumpu perhatian kpd anak yg dilahirkan...masa ni le Si Abang terasa jealous sbb ditepi2kan...hihihi!..rasa "LOST SOMEONE HE REALLY LOVE!"


[wajib baca: kelebihan air kelapa kepada ibu mengandung]

C.Tempoh untuk fungsi system PERANAKAN pulih ke asal lagi steady. sbb tu dlm tempoh berpantang ni org tua2 kita TAK benar aktiviti Sex....sabar uols, JANGAN GELOJOH tau!!

 Cara berpantang mengikut amalan tradisional & kedoktoran. 

Apakah Tekanan Darah Tinggi @ Hypertension?

ApakahTekanan Darah Tinggi ? Bahaya tak ada Darah Tinggi ? Boleh bawa maut tak kalau ada Hypertension??"

Apakah Tekanan Darah Tinggi @ Hypertension?


soalan nie mesti yang selalu menghantui penghidap penyakit darah tinggi.
mungkin ada segelintir dari kita sudah biasa dengan penyakit nie..
tapi..yuk rasa masih rmai yang tidak tahu atau keliru dengan penyakit darah tinggi...so arie nie yuk nak share sedikit info tentang penyakit darah tinggi

Tekanan Darah Tinggi ialah tekanan darah di dinding arteri yg meningkat terus-menerus pd 140/90 mmHg atau lebih.

[wajib baca; apakah ckd(chronic kidney disease)?]

Tekanan darah melibatkan dua pengukuran, sistolik ( tekanan pd dinding arteri ketika otot jantung berkontraksi) dan diastolik ( ketika otot jantung relax.) 

Tekanan darah normal pd saat anda istirahat adalah dlm sistolik (bacaan atas) 100–140 mmHg & diastolik (bacaan bawah) 60–90 mmHg.


tanda-tanda anda mempunyai penyakit darah tinggi


Strok di Usia Muda

mendapat strok di usia masih muda

mencegah strok,strok,apakah strok

dengar tajuk pun dah takut kan..klau uols takut..yuk lagi lar takut..
klau dulu2..org yang kena strok nie biasanya umur dia dah tua kan..
tapi sekarang lain..muda-muda dah kena strok..
kenapa muda2 dah kena strok??faktor utama ialah cara hidup mereka..

dunia sekarang kan nak instant je..so golongan muda nie suka sgt ngn benda2 instan n junk food
mereka x sedar yang instant atau junk food nie bnyak pengawet n high ni sodium@ garam..
so basically benda yang mereka tu yang membinasakan mereka...
bersenam??urm..x yah cakaplah..konfirm x kan..sbb busy..
so uols still wondering why young generation got stroke??

[wajib baca: apakah chronic kidney disease]

ok..before yuk explain dengan lebih details...meh yuk terangkan ape maksud stroke..
mane tahu ada lagi org yang x faham maksud strok..kesian plak baca-baca x faham...
tu ok lagi..klau mereka igt stroke tu makanan lagi kesian kan..huhu..

apakah strok?

Strok ialah suatu serangan otak. Serangan ini akan terjadi bila aliran darah mengalami perubahan dan jaringan otak kekurangan darah. Tanpa oksigen dan nutrien penting yang dialirkan bersama dengan darah, sel otak akan mati dalam beberapa minit. Sel-sel yang ada di tubuh akan cepat mengalami regenerasi/pembaharuan jika rosak, sedangkan sel otak akan mati secara kekal.
Namun strok bukanlah satu kejadian yang berlaku serta merta. 
*Prosesnya sudah berlaku beberapa tahun, bahkan boleh jadi sudah puluhan tahun sebelum strok menyerang.*

Apakah Apgar Score?

maksud apgar score?

bayi apgar score,baby apgar score,apgar score


adakah uols tahu apakah apgar score??urm..yuk pun mula2 tu x tau jgak..
but lpas baca aricle Dr. Abdul Rahim...yuk pun faham lar..
since yuk dah faham..so yuk nak share lar kat uols apakah apgar score..
benda nie penting bagi bakal ibu dan bapa...yuk rasa setiap parents perlu tahu apakah apgar score anak-anak mereka..

apakah apgar score?


apabila baby anda keluar drp Rahim @ Uterus, doktor bertugas atau bidan akan lakukan pemeriksaan baby untk mengetahui sama ada there is health problem with the newborn baby.
Pemeriksaan ni dipanggil Skor Apgar. Ia untk mengukur tahap kesehatan bayi anda. Dilakukan pada minit pertama & minit ke 5 setelah lahir. Setiap faktor ni di beri skor antara 0 dan 2, kemudian skornya dijumlahkan.

apakah faktor-faktor yang dinilai dlm Apgar score?

Cirit-Birit..Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

rawatan dan tindakan yang perlu dilakukan ketika terkena cirit-birit.

rawatan cirit-birit,cirit-birit,diarrhea,sakit perut

ok hari nie yuk nak share pasal cirit-birit...sape kat cni pernaj kena cirit-birit angkat tangan hihi..
yuk pasti mesti ramai yang pernah kena cirit-birit kan..
ya Allah seksa kan kalau kena cirit-birit nie...kena ulang alik g tandas...
habis semua air dalam badan keluar..
muka pun jadi pucat dan badan pun akan jadi lemah klau kena cirit-birit nie..

biasa klau kena cirit-birit kita x tau kan nak buat ape..sbb tu hari nie yuk nak share tentang rawatan dan tindakan yang perlu di ambil ketika kita kena cirit-birit.

[wajib baca: kencing berbuih..normal atau tidak?]

yuk malas nak explain pasal simtom-simtom cirit-birit sbb yuk yakin uols meti dah tahu kan..benda cliche.
ada ke orang xtau yang dia kena cirit-birit..hahaha..

eh panjang plak yuk bebel..ok jom kita baca tentang cirit-birit.benda nie penting tau time kita kena cirit-birit

ISU E-CIGARETTE (VAPE) DAN CECAIR NIKOTIN E-CIGARETTE

PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERKENAAN E-CIGARETTE (VAPE) DAN CECAIR NIKOTIN E-CIGARETTE

vape,isu vape

ok..baru2 nie kita selalu dengar tentang isu vapu dan vape yang bebas nikotine..
orang ramai mempertikaikan kenapa kerajaan mengharamkan penjualan vape dan ramai juga kedai yang menjual vape gulung tikar..

ada yang kata vape nie bagus..sbb ia membantu orang untuk berhenti merokok..
tapi yang yuk x puas hati kenapa orang yang bukan merokok pun try hisap vape.tu ok lagi nie siap ada minah2 bertudung yang hisap vape..WHAT THE FISH kan....


lagi satu yuk x suka pasal vape nie..asap dia..ya allah kalah asap fogging..
klau dekat kedai makan lagi lar..boleh terbatuk...klau dengan asap rokok yuk dah anti..nie lagi lar asap vape..
penuh satu kedai dengan asap vape..agak3 lar kan..

so yuk sokong lar kerajaan haramkan vape..but yuk still x faham kenapa rokok boleh??pelik kan..malas lar nak komen banyak..nnti tangkap plak..haha.
hopefully kerajaan haramkan rokok jugak..

sbb tu yuk nak share satu article dari KKM yang menjawab tentang isu vape nie.
hopefully article nie membuka minda kita..

kencing berbuih...normal atau tidak?

kencing anda berbuih??

kencing berbuih, triple-t,tt,testimoni triple-t,kenapa kencing berbuih?

kencing berbuih..pernah dengar x??
x pernah dengar..xpe..biar yuk terangkan ape tu kencing berbuih..
jangan rasa pelik plak bila yuk cakap memang ada orang yang kecing berbuih
kenapa kencing mereka berbuih..yang tu kna baca sampai habis,,baru uols tahu kenapa sesetengah orang kencing dia berbuih.

[wajib baca: apakah chronic kidney disease(CDK)?]

 Buih dalam air kencing adalah tidak normal. Ia merupakan petanda buah pinggang anda rosak. 

Tapi…buih dalam air kencing boleh jadi normal bila anda dalam situasi ini

perfume review: Chance by Chanel

Perfume Chance by Chanel

perfume review Chance by Chanel,perfume,kelebihan perfume Chance by Chanel,Chance by Chanel

ok hari nie turn Perfume Chance by Chanel untuk yuk review..
sebelum nie yuk dah review perfume the one by dolce&gabanna dan perfume lagend by mont blanc.
dah baca ke blum??blum..xpe lpas nie baca ok..hihi..

tnpa membuang masa meh  dengar sikit yuk nak bgtau psal Perfume Chance by Chanel.
Perfume Chance by Chanel nie direka oleh jacques polge pada tahun 2003 lagi...lama dah Perfume Chance by Chanel nie ada kat pasaran...sekarang pun ada lagi..so konfirm lar perfume nie mendapat permintaan yang menggalakkan kan...huhu..

nama chance dalam bahasa perancis bermaksud "luck". sbb tu lar chanel bagi nama perfume nie chance.mula2 aku igt chance nie bahasa english, klau english chance nie peluang..haha..
now it come sense,"luck"  rupanya meaning dia yg sebenar,,

lagi pun...klau chanel and chance nie bunyi nie dekat2 sama kan..cam ia direka untuk each other..ceh..jiwang plak..hahaha.klau uols perasan lar..Perfume Chance by Chanel nie botol dia bulat dan ia menjadikan satu-satunya perfume chanel yang botol dia bulat.ini sangat ketara klau kita bandingkan dengan botol perfume chanel no 5 yagn berbentuk rectangle..huhu..

mereka bukan saje2 tau reka botol untuk perfume Perfume Chance by Chanel nie bulat.sebenarnya bentuk bulat tu mengambarkan "wheel of fortune" so mmang compliment lar kan dgn nama dia chance tu..huhu..bijak2..

[wajib baca: kelebihan perfume gred 5A dubai]

ok dah2 pasal botol...bila nak cter pasal bau Perfume Chance by Chanel nie..huhu..
sabar lar..nak cter lar nie..bau pertama yang anda dapat hidu daripada Perfume Chance by Chanel nie ialah pink papper,lemon,dan nenas.then anda juga dapat bau hycinth,bunga melur dan iris.
akhir sekali anda akan dapat bau lembut daripada kombinasi patchouli,vetiver dan white musk


bau daripada Perfume Chance by Chanel source:www.fragrantica.com

basically Perfume Chance by Chanel nie bau dia mmang feminen..klau anda bau mmng khas untuk girl lar..bau dia mmang unik..x prnah yuk bau perfume camnie..sbb patchouli kot..
Perfume Chance by Chanel nie anda akan dapat bau citrus dengan bau bunga-bungan..
klau pakai Perfume Chance by Chanel nie umpama berada di ladang lemon yang penuh bunga-bungaan..hahaha..
yang paling penting bila anda sembur jer Perfume Chance by Chanel nie..anda akan dapat rasa gelombang kesegaran yang bergambung dengan bau bunga-bungaan dan sedkit bau spicy.

klau anda suka bau yang unik dan lembut, Perfume Chance by Chanel ialah pilihan terbaik anda,

Apakah CKD (chronic kidney diseasea)?


mencegah  Penyakit Buah Pinggang Kronik@CDK,buah pinggang,buah pinggang rosak

sebagai perunding kesihatan bydrazlan saya selalu berjumpa dengan term CKD nie,,,
kebanyakkan pelanggan yang berminat dgn triple-t mmang ada  CKD..
kadang2 csmter tunjuk surat dari doktor yg mereka diagnos dengan  CKD..

so sebagai perunding kesihatan bydrazlan saya kena tahu dan pakar dalam  CKD nie..
so terpaksa lar saya study balik pasal  CKD nie..sbb nak faham masalah yg dihadapi oleh cstmer.
yelar..klau kita x tau psal  CKD macam mane nak yakinkan cstmer untuk beli triple-t kan..

mesti uols pelik..knpa orang yg ada  CKD berminat untuk beli triple-t kan..ok..sbb dia triplr-t nie telah dikaji oleh dr Azlan dan terbukti  di makmal untuk membaki sel2 buah pinggang yang rosak.jadi buah pinggang anda akan sentiasa sihat..

[wajib baca:apakah triple-t]

alang-alang saya nak study pasal  CKD ape kata kita belajar sekali ttang  CKD nie...

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...