Manakah Masjidil Aqsa yang betul? | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Manakah Masjidil Aqsa yang betul?

kenali masjid Aqsa dengan mudah


aku selalu confius mana masjidil aqsa yang betul..
mula2 mati-mati aku igt masjidil aqsa yang kubah kuning tu..
tapi..orang cakap tu bukan masjidil aqsa..tu dome of rock..
nama arab dia x igt..hihi..tp dome of rock nie tmpat batu yang tergantung tu..
batu tu nak ikut rasulallh naik ke langit ketika malam israk mikraj..

so..yg manakah masjidil Aqsa??then aku ada baca yang masjidil Aqsa tu masjid yang kubah dia warna kelabu(Qibly Masjid)..masjid tu dekat2 dengan dome of rock..urm...
aku lagi lar konpius,,,kejap kubah kuning(dome of rock)..kejap kubah kelabu(Qibly Masjid)..
klau search masjidil aqsa..kubah kuning(dome of rock) tu yg keluar..

finally arie nie aku jumpa penerangan yang paling lojik tetang manakah masjidil Aqsa yang betul..
baca sampai habis ye,,baru anda akan faham..

Kami memuji para pengunjung yang memahami bahawa Masjidil Aqsa adalah keseluruhan struktur yang berada di dalam kotak merah itu, atau lebih dikenali sebagai Haram As-Syariff. Mari kita tatapi gambar tersebut, persaamaan dan perbezaan yang boleh didapati pada ketiga-tiga masjid tersebut. Agak menghairankan soalan-soalan yang begitu prihatin ini hanya berlaku kepada Masjidil Aqsa sahaja dan tidak timbul pula pada Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.


Alhamdulillah, tuntutan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan, diiringi niat dan keinginan yang suci, persediaan yang benar dan mencukupi, perancangan yang rapi dengan menyertai kursus-kursus yang disediakan, serta ceramah-ceramah yang dihadiri membuatkan kita begitu mengenali Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.


Berbekalkan usaha-usaha di atas, tidak timbul isu kita mengatakan hanya Kaabah itu sahaja adalah Masjidil Haram, kerana kita telah memahami dengan usaha kita bahawa keseluruhan kawasan dalam lingkungan merah (#2) adalah Masjidil Haram. Pada tahun ini kerajaan Arab Saudi akan melaksanakan projek naik taraf terbesar dalam sejarah. Dan sudah pasti ia masih dipanggil Masjidil Haram walaupun kawasannya semakin luas.


Kita lihat pula Masjidil Nabawi. Masjid Hijau itu tidak dikatakan sebagai Masjidil Nabawi kerana kita memahami bahawa keseluruhan kawasan dalam lingkungan merah (#3) adalah Masjidil Nabawi. Hakikatnya, Masjidil Nabawi telah mengalami beberapa fasa projek menaik taraf bermula daripada rumah Rasulallah s.a.w dan masjid berhampiran rumah baginda sehingga struktur sekarang bagi menampung ahli jemaah yang lebih ramai sama seperti Masjidil Haram.


Alhamdulillah. Syukur, kita semua jelas berkenaan status fizikal Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Mari kita bandingkan dengan Masjidil Aqsa.
Mari kita lihat gambar (#1). Lingkungan merah tersebut adalah Masjidil Aqsa, sama seperti lingkungan kawasan bagi Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. 

[wajib baca: catch pokemon in syria]

Mudah untuk difahami. Didalamnya terdapat 6 buah masjid atau surau yang dinamakan Masjid al-Qibli, Masjid al-Qadim, Musolla al-Marwani, Masjid al-Buroq, Masjid al-Maghribah, dan Masjid an-Nisa'. Kubah as-Sakhra(dome of rock) juga merupakan tempat para sahabat pernah menunaikan solat, dan hakikatnya mereka pernah solat di seluruh kawasan tersebut.

Pertambahan bilangan struktur bangunan atau masjid itu berlaku kerana beberapa zaman pemerintahan oleh para sahabat, tetapi kemudian terhenti kerana Masjidil Aqsa ditawan semasa Perang Arab-Israel 1967 (atau Six Day War), iaitu hampir 19 tahun selepas negara haram Israel ditubuhkan.
Jika kita lihat wajah Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi ditambah baik untuk menampung kunjungan jemaah dari serata dunia, mengapa tidak perkara yang sama berlaku pada Masjidil Aqsa? Bukankah ia tempat yang suci juga? Sedarlah kita bahawa penaik tarafan Masjidil Aqsa tidak dilakukan seperti Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.

mengapa masjidil Aqsa tidak diperbesarkan seperti masjidil haram & nabawi?

Jawapannya mudah, iaitu kerana rejim zionis tidak akan membiarkan perkara itu berlaku! Dan ummah sekarang hanya sibuk membincangkan istilah berbanding perjuangan!

Marilah kita beralih kepada usaha yang lebih besar, mengenali Masjidil Aqsa sepatutnya bukan isu lagi bagi rakyat Malaysia selepas ini, tetapi usaha untuk membebaskan Palestin daripada rejim Israel, itulah yang kita sama-sama harus perjuangkan!

Kepada yang bertanya lagi soalan yang sama, kami berharap anda membantu kami dengan  'share' artikel ringkas ini. Sumbangan ini begitu besar, iaitu kita berjuang membetulkan kefahaman orang ramai. (source:Aqsa Sharif)


huhu..lepas baca article nie..fuh..pedih betul..macam kena toreh ngam pisau..
anda??x rasa..urm..mmng xde perasaan betul..hahaha..
mmang btul pun yg dia ckp..knapa kita sibuk2 bergaduh,berdebat tentang manakah masjidil Aqsa yang betul..

tapi kita sepatutnya..berfikir & berusaha untuk membebaskan palestine dari rejim zionis yang jahat...
so..bagi sesiapa yang belum terasa..mohon baca balik sampai anda rasa seperti pisau mencucuk dada anda..hahaha..

jika anda concern pasal rakyat palestine..share article nie..

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...