berat badan berlebihan ketika mengandung berbahaya??
kebanyakkan wanita yg mempunyai berat bdan yg berlebihan melalui proses kehamilan dan kelahiran dgn selamat..
tapi..anda jgn cepat sgt buat konklusi yg obese ketika mngandung itu selamat..
hakikatnya..berat badan berlebihan akn menigkatkan potensi untuk mengalami komplkasi kepada bayi & diri anda juga..
so arie nie saya nak share penjagaan tambahan bagi ibu yg mempunyai berat badan berlebihan dan langkah2 yg anda boleh amalkan untuk mengurangkan komplikasi kepada anda dan baby anda,
saya percaya bahawa doktor n nurse x mnyalahkan anda jika anda mempunyai berat badan yg berlebihan,malah mereka akan memberikan perhatian dan pnjagaan yg rapi agar anda menempuh proses kehamilan n kelahiran dgn selamat.
Apakah BMI
(Body Mass Index)?
BMI
(Body Mass Index) atau Indeks Jisim Badan dikira melalui berat dan
ketinggian anda. BMI yang sihat adalah BMI yang melebihi 18.5 kg/m2 dan kurang
dari 25 kg/m2. Seseorang itu dikira overweight jika BMI
individu tersebut jatuh antara 25 dan 29.9 kg/m2 dan obes jika mempunyai BMI
30kg/m2 atau lebih pada awal kehamilan.
[wajib baca : tips untuk mendapatkan anak pintar dan pandai bercakap sebelum masuk tadika]
[wajib baca : tips untuk mendapatkan anak pintar dan pandai bercakap sebelum masuk tadika]
Bila masa sesuai untuk saya mengira BMI?
BMI
sepatutnya dikira pada perjumpaan pertama antenatal. Jika BMI anda adalah
30kg/m2 atau lebih, kakitangan kesihatan akan memberikan maklumat mengenai
risiko yang bakal anda hadapi ketika proses kehamilan dan cara-cara untuk
meminimakan risiko-risiko tersebut, dan penjagaan tambahan yang anda perlukan.
Jika anda mempunyai persoalan serta kemusykilan megenai BMI anda, inilah masa
terbaik dan sesuai untuk berbincang dengan staf kesihatan anda.
Apakah risiko yang dikaitkan dengan kehamilan yang mempunyai BMI berlebihan?
Dengan
mempunyai BMI yang overwight (BMI melebihi 25) akan meningkatkan risiko serta
komplikasi kepada wanita hamil dan bayi yang dikandungnya. Dengan pertambahan
BMI, risiko serta komplikasi lagi meningkat, lebih membimbangkan jika mempunyai
BMI 40kg/m2 dan lebih.
Risiko-risiko
yang saya nyatakan adalah seperti berikut :
- Darah Beku (Thrombosis)
Thrombosis adalah keadaan darah membeku
di kaki di panggil Thrombosis Vena (Venous Thrombosis) atau darah
membeku di kaki kemudian darah beku ini bergerak melalui sistem peredaran darah
dan menyumbat salur darah di peparu (pulmonary embolism).Wanita
yang hamil mempunyai risiko yang tinggi mendapat darah beku jika dibandingkan
dengan wanita yang tidak hamil. Jika BMI anda adalah 30 atau lebih, risiko
mendapat darah beku di kaki menjadi lebih meningkat.
- Kencing manis ketika hamil (Gestational
diabetes)
Kencing
manis yang didapati ketika anda disahkan hamil dikenali sebagai kencing manis
ketika hamil (Gestational diabetes) . Jika BMI ada adalah 30kg/m2 atau
lebih, risiko anda mendapat kencing manis jenis ini meningkat sebanyak 3 kali
jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai BMI kurang daripada 30kg/m2.
[wajib baca: jenis-jenis Diabetes]
[wajib baca: jenis-jenis Diabetes]
- Tekanan darah tinggi dan pra-eklampsia
BMI
30kg/m2 atau lebih meningkatkan risiko anda untuk mendapat darah tinggi ketika
hamil. Pra-eklampsia adalah keadaan dalam kehamilan apabila tekanan darah
meningkat dan mempunyai protein di dalam air kencing (proteinuria). Jika
anda mempunyai BMI melebihi 35kg/m2 pada peringkat awal kehamilan, risiko anda
untuk mendapat pra-eklampsia ini meningkat sebanyak 2 kali jika dibandingkan
dengan wanita yang mempunyai BMI di bawah 25kg/m2.
Risiko-risiko kepada bayi dengan pertambahan BMI ibu pula bagaimana ?
- Jika
BMI 30 kg/m2 atau lebih sebelum hamil atau pada peringkat awal kehamilan,
boleh menganggu perkembangan awal bayi ketika di dalam rahim. Kecacatan
tiub Neural (Neural Tube Defects) – kecacatan pada bahagian otak
dan tulang belakang boleh berlaku. Dalam keseluruhan 1 dalam 1000 bayi
dilahirkan dengan kecacatan jenis ini di United Kingdom. Jika BMI anda
melebihi 40kg/m2 risiko bayi anda untuk mendapat kecacatan jenis ini
berganda sebanyak 3 kali jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai
BMI di bawah 30kg/m2.
- Keguguran
– risiko keseluruhan keguguran bawah 12 minggu adalah 1 dalam 5 (20%),
jika anda mempunyai BMI lebih 30kg/m2, risiko keguguran bertambah menjadi
1 dalam 4 (25%).
- Anda
juga selalunya akan mempunyai bayi yang besar juga, yang mempunyai berat
4kg. Jika BMI anda melebihi 30kg/m2 risiko ini berganda dari 7 dalam 100
(7%) kepada 14 dalam 100 (14%) jika dibandingkan dengan wanita yang
mempunyai BMI antara 20 dan 30 kg/m2.
- Bayi
mati dalam kandungan – risiko keseluruhan adalah 1 dalam 200 (0.5%), tapi
jika BMI melebihi 30kg/m2 risiko ini berganda menjadi 1 dalam 100 (1%)
- Jika
anda mempunyai berat badan berlebihan, bayi anda juga mempunyai risiko
mendapat obesiti dan kencing manis apabila bayi itu besar kelak.
Bagaimana pula risiko berkaitan BMI yang meningkat ketika proses kelahiran ?
Komplikasi
meningkat sekiranya BMI anda melebih 40kg/m2. Komplikasi termasuklah :
- Bayi
dilahirkan awal atau pramatang iaitu sebelum kandungan berusia 37 minggu.
- Proses
kelahiran yang panjang
- Bahu
bayi boleh tersangkut ketika proses kelahiran.
- Kelahiran
secara pembedahan caesarean secara kecemasan.
- Jika
memerlukan pembedahan caesarean, ianya bukan suatu yang mudah dilakukan,
risiko berkaitan pembedahan meningkat, contohnya luka pembedahan senang
dijangkiti kuman dan lambat sembuh.
- Risiko
melibatkan bius, lebih-lebih lagi jika bius penuh diperlukan.
- Tumpah
darah selepas bersalin ataupun ketika pembedahan caesarean dilakukan.
Bagaimana risiko-risiko ini boleh dikurangkan?
Berbincang
bersama kakitangan kesihatan bagaimana risiko-risiko yang saya nyatakan
tersebut dapat dikurangkan.
Rujuk
kepada pegawai zat permakanan untuk perkara ini:
- Pastikan
makanan anda mempunyai karbohidrat seperti kentang, roti, nasi dan pasta.
- Jaga-jaga
kuantiti makanan dan snek dan berapa kerap anda makan. Jangan makan untuk
‘2 orang’.
- Makan
makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti oat, kekacang,
buah-buahan, sayur sayuran, beras perang dan pasta.
- Makan
sekurang-kurangnya 5 hidangan yang mengandungi pelbagai buah-buahan,
sayur-sayuran setiap hari, menggantikan makanan yang kaya dengan lemak dan
kalori
- Jangan
tinggalkan sarapan pagi
[wajib baca: 9 juice terbaik untuk ibu mengandung]
Secara
keseluruhannya, anda tidak memerlukan kalori tambahan untuk peringkat kehamilan
awal. Anda hanya perlu tambahan 200 kilokalori setiap hari pada peringkat
terakhir kehamilan.
Percubaan
untuk mengurangkan berat badan ketika hamil tidak digalakkan sungguhpun anda
berada dalam keadaan obes kerana ianya boleh membahayakan ibu dan bayi dalam
kandungan. Walau bagaimanapun, dengan mengamalkan pemakanan yang sihat serta
mengubah gaya hidup, anda mungkin tidak menambah berat badan ketika hamil,
malahan anda mungkin hilang sedikit berat badan- cara ini tidak berbahaya.
Bersenam ketika hamil
Perlu
mempunyai gaya hidup aktif ketika hamil supaya bermanfaat kepada ibu dan bayi.
Aktiviti seperti berjalan, berbasikal, berkebun, berenang boleh dilakukan.
Gunakan tangga walaupun ada lif – salah satu senaman juga.
Kurangkan
aktiviti-aktiviti bermalas-malasan seperti duduk dalam tempoh jangka masa yang
lama menonton televisyen ataupun melayan facebook di komputer
atau komputer riba.
[wajib baca: kelebihan berjalan ketika mengandung]
[wajib baca: kelebihan berjalan ketika mengandung]
Gaya
hidup aktif tidak berbahaya kepada anda dan juga bayi. Walau bagaimanapun, jika
anda tidak biasa bersenam, perlu mulakan senaman perlahan-lahan, sebaiknya
tidak lebih dari 15 minit senaman berterus-terusan, 3 kali seminggu. Kemudian
barulah anda tingkatkan masanya kepada 30 minit setiap sesi pada setiap hari.
Mungkin anda boleh memantau untuk tidak bersenam secara berlebihan (overdoing)
dengan memastikan anda boleh berbual dengan teman ketika bersenam.
Pertambahan dos asid folik
Asid
Folik membantu mengurangkan risiko bayi anda mendapat kecacatan tiub neural (neural
tube defect). Jika BMI ada adalah 30 kg/m2 dan lebih, anda seharusnya
mengambil asid folik dengan dos 5mg sehari. Ini adalah dos tinggi dari dos
kebiasaan yang diberikan kepada ibu hamil, dan memerlukan preskripsi doktor.
Sebaik-baiknya asid folik ini diambil sebulan sebelum kehamilan dan disambung
permakanannya sehingga kandungan berusia 13 minggu. Walau bagaimanapun, jika
anda belum dimulakan vitamin ini, masih boleh mendapat manfaat apabila anda
disahkan hamil
Vitamin D
Semua
wanita hamil dinasihatkan untuk mengambil tambahan 10 mikrogram vitamin D
setiap hari. Suplemen ini sangat penting sekiranya anda obes, kerana anda
berisiko mendapat kekurangan vitamin D.
Darah beku di kaki (Venous thrombosis)
Risiko
anda untuk mendapat darah beku akan dibincangkan pada kali pertama perjumpaan
dengan doktor. Jika perlu, anda akan dimulakan ubat suntikan untuk mengurangkan
risiko tersebut.
Kencing manis ketika hamil (Gestational
diabetes)
Anda
akan diminta minum air gula pada usia kandungan 24 dan 28 minggu. Jika BMI
melebihi 40 kg/m2, anda akan diminta minum air gula lebih awal. Jika keputusan
ujian ini menunjukkan anda mempunyai kencing manis ketika hamil, anda akan
dirujuk kepada pakar perbidanan.
Darah tinggi ketika hamil & pra-eklampsia
Setiap
kali temujanji, tekanan darah anda akan diukur. Risiko untuk anda mendapat
pra-eklampsia boleh meningkat jika umur anda melebihi 40, atau anda mempunyai
kandungan terdahulu dengan pra-eklampsia atau anda sudah mempunyai tekanan
darah tinggi sebelum hamil.
Jika
anda mempunyai faktor-faktor ini atau yang lain, anda mungkin dimulakan ubat
Aspirin dengan dos yang rendah untuk mengurangkan risiko mendapat
pra-eklampsia.
Pemeriksaan ultrasound tambahan
BMI
yang melebihi 30 boleh menganggu perkembangan bayi dalam rahim, maka anda perlu
pemeriksaan ultrasound tambahan. Anda juga mungkin memerlukan scan tambahan
kerana terdapat kesukaran untuk memeriksa bayi anda berkembang dengan
sepatutnya.
rujukan
- Why your weight matters during pregnancy and after birth. Information for you Published in November 2011 by Royal College of Obstetricians & Gynaecologists United Kingdom.
- the malaysian medical gazette
jadi jika anda mempunyai berat badan yg berlebihan..anda perlu ambik langkah keselamtan untuk diri anda dan juga baby anda..
saya yakin yg anda akn do anything for your baby safety...ibu mana x sayang anak kan..
No comments:
Post a Comment