cancel bertunang gara-gara hantaran 20k | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

cancel bertunang gara-gara hantaran 20k

Hantaran 20K??

gambar sekadar hiasan


arie tu aku ada baca lar confession kat IIUM confession pasal hantaran tinggi..
terkejut aku..mak yg gurl g mintak hantaran sampai 30k wei..
bnyak tu...klau laki tu kaya xpe lar..nie laki tu kerja biasa2 je..
mmang x mampu lar..
jom kita baca cerita selanjutnya..aku baca pun rasa sakit hati..hihi...


Aku ni kakak. Aku ada seorang adik lelaki. Dia baru mula bekerja dalam bbrp bulan. Dipendekkan cerita, adik lelaki aku si ‘Amat’ ni dah lama berkawan dgn si ‘Tipah’ ni. Sejak zmn lepas sekolah sampai lah Amat dah umur 23 thn.
Disebabkan Amat dah kerja yang agak stable, Amat mintak mak abah pergi meminang si Tipah. Tapi sebelum tu kitorang termasuk mak pernah la sembang2 dengan si Tipah ni pasal hal meminang ni. Family kitorang pon bukanlah senang mana, biasa je. Amat pon baru sgt kerja beberapa bulan. Gaji pon guna sijil spm lah kiranya. 

Kitorang mintak Tipah jgn lah letak mahal hantaran mahal sgt. Kesian Amat nnt. 

Lagipon apa salahnya mempermudah benda2 yang baik,kan? Tipah ok kat situ. Pada dia, buat yang mana wajib dan dia pon faham Amat ni baru lagi nk belajar hidup berdikari.Ada satu waktu tu, Amat cuti panjang. Oh ye, Amat tak tinggal dgn familu kami sejak dah kerja sbb Amat kerja kat Johor. Family kami duduk sini. Satu hari tu Amat cuti and balik rumah. So kami cadang nak jumpa parents Tipah nak sembang2 pasal hal nak dtg meminang. Kami dah memang kenal rapat jgk dgn family Tipah ni. Pernah la pergi beraya dan pergi berjalan bersama.

Kami kira pertemuan mlm tu bukanlah ‘merisik’ pon. Sebab takde apa nk dirisik lagi. Dah memang kenal and tau pasal Tipah. Sembang2, parents aku cakap nak dtg rumah dia utk meminang pada bulan 10 ni. Kami masa tu, takde lah nak sembang pasal hantaran dan belanja kahwin lagi sbb cadangnya nanti bincang masa hari pertunangan. Lagipon kami faham Tipah amat memahami keadaan Amat dan keluarga kami.

Tapi mak Tipah beria-ia nak tanya berapa Amat mampu utk bagi hantaran kat Tipah. Dan masa tu mak Tipah beria nak suruh kitorg teka berapa dia nak mintak untuk anak dia. Dan dalam mood sembang2 tu kami pon bertanya “Kalau awk, berapa hantaran nak mintak ni?” Dan korang rasa apa mak dia jawab? Hmmm..

 “Kalau saya, saya nak RM20 Ribu” Woihh..tersedak mak aku yg tgh minum air tu. 

Abah teru berubah muka. Sebab muka mak tipah serius sgt. “Kite bukan la nak jual anak, tapi biar Amat belajar susah cari duit kalau betul nak kawen” Aku rasa makcik ni dah salah konsep. Dan, kau rasa Tipah cakap apa2 tak? Ye dia bercakap “Kalau RM10 ribu pon bukan boleh beli apa-apa.barang semua mahal sbb tu RM20 ribu”. Kami satu family mcm terkesima. Mak Tipah sambung lagi ” Kalau org utara tak boleh kurang dah tu”

Esoknya bila Tipah dtg kat rumah,kami tanya balik. Betul ke Tipah dan mak Tipah nak Amat bg hantaran banyak tu? 

“Itupon kalau ikotkan mak, nak mintak RM30 ribu, tapi Tipah suruh mak kurangkan”.

Pembaca yg budiman, Amat tu kerja gaji kecik je. Dia nak suruh masuk meminang sbb dah lama sgt berkawan so nak memperisterikan si Tipah tu sbb Tipah pon dah lama tunggu sejak dia zaman moto kapchai lagi. Tak sangka la pulak Tipah yg kerja part time, takde kelulusan, malas (maaf aku guna perkataan kasar. ni pemantauan aku bila Tipah ni ada kt rumah aku, tak pernah tolg mak aku walaupun basuh pinggan. Dia sebok dgn henfon je), dan pada aku mcm tak padan dgn harga.

Expectation mak Tipah adalah Tipah anak bongsu, barang semua mahal, catering skrg mahal so harga kena mahal. Kesian adik aku. Terfikir2 nak completekan RM20ribu dalam masa setahun. Mak dia jugak minta dtg bwk dua cincin masa meminang nanti. Sbb utk cincin merisik skali.

Selepas balik dan berfikir2,

 Amat contact Tipah balik bbrp hari selepas tu. Dia nak cancel majlis tunang. 

Amat cakap, dia nak kumpul duit dulu dan kalau ada jodoh, kahwin lah dorg. Bukan lah kata Amat tak bersungguh. Tp pada aku, mak tipah dan tipah merumitkan benda2 mcm ni. Takkan pulak la dia expect Amat nak buat loan utk bayar harga anak dia dan kemudian tanggung hutang lepas kawen? Knp la makcik nak rumitkan keadaan? Benda2 mcm ni la yg selalunya membantutkan niat baik org nak ajak anak dara org kawen. Apa salahnya hanya ikot kemampuan.

urm...bagi aku..mak tipah nie melampau sangat..ada ke patut mintak smpai 20k kan..tengok lar tipah tu camne..boleh ke ngan harga 20k..eh dah macam nak jual anak plak..

sbb tular ramai orang kahwin berhutang..salah satu sebab..orang tu macam mak tipah nie..
tu baru hantaran..x masuk lagi kenduri n majlis persandingan...urm..berhutang lar jawabnya..
lepas kahwin hutang penuh keliling pinggang...duit gaji habis bayat loan..
lepad tu bergaduh x ckup duit..then bercerai..

so buat ape nak complicated benda yg senang kan..benda yg paling penting ialah kehidupan selepas kahiwin,,bukan pada hari perkahwinan..for me biar lar majlis kahwin biasa2..tapi rumah dah fully furnished,,and siap ada kolam renang lagi...hahaha...
 xyah lar nak ikut trend sangat,,,x nak gatal2 nak kahwin ikut artis,,
ko igt artis tu kaya ke??urh...artis pun orang sponser,,klau xde sposer ko igt diaorg nak buat grand2??

panjang plok aku bebel nie..back tu tipah tadi..aku rasa lar klau mak tipah tu masih berkeras dgn hantaran 20k dia tu,,,urm,,,andartu lar tipah...hahaha...
mak cik fikir balik2 ye..nak ke anak ko jd andartu gara2 hantaran 20k?

patut ke mak tipah mintak hantaran 20k?

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...