Epidural penyebab sakit belakang? | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Epidural penyebab sakit belakang?

Epidural penyebab sakit belakang..mitos @ fakta?




saya selalu terbaca ibu2 ckp klau lepas kena epidural..
hidup kita akan jadi lain...nak buat kerja berat dah x boleh..
badan jadi lemah...
selalu sakit belakang..tapi..sejauh manakah benda nie betul??
x kan doktor sangat kejam sehinggkan membuat procedure yg membahayakan kesihatan ibu.

[wajib baca : tips untuk mendapatkan anak pintar dan pandai bercakap sebelum masuk tadika]

untuk tahu lebih lanjut tentang epidural..jom baca article yg disediakan oleh doktor yang bertauliah nie,,nie doktor perubatan tau,,,bukan doktor google..hihihi..

apakah epidural?


Epidural adalah cara pembiusan yang boleh digunakan sebagai penahan sakit selepas bedah ataupun sebagai cara pembiusan utama sewaktu pembedahan. Epidural juga sangat popular sebagai penahan sakit sewaktu kelahiran normal.
Jarum yang digunakan memanglah besar, iaitu sepanjang 8cm; namun ianya bukanlah dibenamkan selama-lamanya dalam tulang belakang pesakit. Ia hanya digunakan untuk mengesan ruang epidural supaya tiub halus yang disambungkan kepada ubat bius setempat (local anaesthetic) boleh diletakkan. 

Dah jumpa ruang epidural maka jarum tersebut dibuang.Proses meletakkan tiub epidural selalunya mudah saja. Namun bagi pesakit obese atau yang bertulang belakang kurang fleksibel ianya boleh menjadi sukar dan memerlukan beberapa kali cubaan. Kerap kali sakit belakang selepas epidural dikaitkan dengan cubaan pemasangan epidural yang lama.


epidural penyebab sakit belakang?

Sakit belakang bukanlah penyakit yang jarang terjadi, malah terlalu ramai orang ada sakit belakang; tak kira jantina, tak kira pernah mendapat epidural atau tidak.
  • Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin(1) .
  • Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang sama dalam kedua kumpulan(2).
  •  Ada juga kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural (3).

kenapa lepas bersalin saya selalu sakit belakang?

Sewaktu mengandung, perubahan hormon meyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang. Kandungan dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.

Sakit belakang yang non-traumatic antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Ada juga pesakit yang dilahirkan dengan tulang belakang yang tak normal (scoliosis) maka lebih kerap sakit belakang.


kesimpulanya

Tak adil sebenarnya mengatakan epidural penyebab sakit belakang kerana bukan ibu mengandung saja yang mendapat epidural malahan pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan lain tak kira lelaki atau perempuan. Ramai sebenarnya yang amat berpuas hati dengan epidural. Ada pesakit yang sanggup bersusah payah mencari hospital yang ada pakar bius yang boleh menawarkan khidmat epidural untuk pembedahannya.

Cuba tanyakan ibu-ibu yang melalui pembedahan caesarean secara bius tidur tanpa mendapat epidural tentang kesakitan yang dialami selepas bersalin.Barulah anda bersyukur bahawa sakit anda tak berlipat kali ganda seperti yang mereka alami.Saya sendiri bersalin 2 kali tanpa epidural dan 3 kali dengan epidural; saya sangat bersyukur dengan adanya ilmu penahan sakit yang diajarkan oleh Tuhan kepada manusia, maka dapat saya bersalin dengan selesa tanpa dapat sakit belakang.
Tak mahu epidural? Tak mengapa, itu pilihan, bukan paksaan.

Dr Hana Hadzrami
Pakar Anestesiologi & Rawatan Rapi


Rujukan:
  1. MacArthur C, Lewis M, Knox EG, Crawford JS. Epidural anaesthesia and long term backache after childbirth. Br Med J, 1990;301:9-12.
  2. http://bja.oxfordjournals.org/content/89/3/466.full.pdf
  3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4050929/
  4. Medical Mythbuster Malaysia


1 comment:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...