penyakit tangan,kaki dan mulut (HFMD) | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

penyakit tangan,kaki dan mulut (HFMD)

apakah penyakit tangan,mulut dan mulut (HFMD)


baru2 nie negara kita digemparkan dengan penyakit  HFMD
mesti ramai yg x tau pasal penyakit nie kan..
termasuk lar saya..mula2 tu igt penyakit nie kna kat lembu je..hihi..
tapi kat manusia pun boleh kna jgak..
tetapi...virus HFMD manusia lain dari FMD haiwan tau..
so...klau lembu kna  HFMD..ia tidak berjangkit dengan manusia...

sbb ramai yg x peka dgn pmyakit  HFMD nie..so terdetik di hatiku untuk share serba sedikit ttng penyakit tangan,kaki, dan mulut..


Penyakit tangan, kaki dan mulut(HFMD)merupakan penyakit yang sering menjangkiti kanak-kanak di bawah 5 tahun.Seringkali, penyakit tangan, kaki dan mulut(HFMD) dianggap sama dengan penyakit kaki dan mulut (FMD) yang menjangkiti haiwan ternakan.
Penyakit HFMD disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 secara majoriti dan diikuti pula oleh Enterovirus 71 (EV 71).
Biasanya, penyakit HFMD bersifat ‘self limiting’ ( sembuh dengan sendiri) dan sangat jarang sampai tahap untuk mengancam nyawa.

[wajib baca: apakah difteria?]

tanda-tanda penyakit tangan,kaki dan mulut(HFMD)

1. Peringkat pertama ; demam, selesema
2. Muntah-muntah
3. Cirit birit
4. Kurang selera makan
5. Ruam melepuh (blister) pada kaki, tangan dan mulut.Juga boleh ditemui pada punggung, kawasan alat sulit.

Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis namun, ianya jarang berlaku.


cara-cara jangkitan penyakit tangan,kaki dan mulut(HFMD)

1. Kontak dengan air liur ( bersin, hingus, batuk)
2. Sentuhan cecair lepuh (blister)
3. Najis dari mereka yang berpenyakit


cara rawatan penyakit tangan,kaki dan mulut(HFMD)

1. Pada banyak keadaan, penyakit ini boleh sembuh sendiri dalam masa 7 hingga 10 hari.
2. Ubat-ubatan sampingan seperti ubat demam, selesema dan ubat sapu boleh memainkan peranan untuk melegakan.
3. Untuk mengelakkan dehidrasi,sila pastikan setidak-tidaknya minuman diberikan.Makanan dan minuman sejuk lebih mudah untuk dimakan oleh kanak-kanak.
4. Penggunaan oral paste boleh diberikan untuk mengurangkan ulser di dalam mulut.


[wajib baca: jangan guna papan pemotong kayu]

langkah-langkah untuk mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.

1. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/ sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
2. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan;
3. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh / merawat lepoh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut;
4. Membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas;
5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
6. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain seperti tuala dan alat permainan.




Antara konflik yang sering berlaku adalah apabila sesebuah taska ataupun tempat jagaan kanak-kanak itu terpaksa ditutup akibat wabak HFMD. Ibu bapa yang bekerja sukar untuk mendapat cuti sehingga 10 hari menyebabkan banyak yang berkeras untuk tetap menghantar anak-anak ke taska/pusat jagaan kanak-kanak.

Sebagaimana diketahui, kanak-kanak yang disahkan menderita HFMD sepatutnya dikuarantin di rumah.Namun, masih ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tempat jagaan lain atas dasar terpaksa.Matlamat untuk memutuskan rantaian penyakit ‘ break the chain’ tidak akan Berjaya sehingga boleh menimbulkan kluster-kluster baru.

[wajib baca: smallpox peyakit yang sudah pupus]

Bertitik-tolak dari fakta –fakta ini, langkah-langkah pencegahan wajar untuk diikuti dengan penuh dedikasi sebagaimana yang dianjurkan. Penyakit HFMD merupakan penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Pengamal Perubatan dan orang ramai boleh melaporkan kejadian kes HFMD di premis taska/tadika/sekolah ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.

*Kesalahfahaman*
Mari kita lihat kepada 3 senario penyakit kaki, tangan dan mulut yang pernah mengorbankan nyawa manusia.

*Situasi 1 :*
Antara 15 April sehinggan 30 Jun 1997, 31 orang kanak-kanak yang sebelumnya sihat, telah meninggal dunia selepas menderita demam dalam masa beberapa hari, dengan perekodan wabak HFMD di negeri Sarawak pada jangka waktu yang sama. Daerah Sibu mencatat korban tertinggi dengan 11 kes, diikuti Sarikei dengan 7 kematian.


*Situasi 2 :*
Di Taiwan,China pada tahun 1998, terdapat 90 ribu kes HFMD dilaporkan.Sebanyak 313 dimasukkan ke hospital dan setidak-tidaknya 55 orang dilaporkan meninggal dunia.


*Situasi 3 :*
Di Singapura pada tahun 2008, di mana ada 1 orang kanak-kanak meninggal dunia akibat penyakit HFMD.
Justeru itu, walaupun kelihatan penyakit ini pada kebanyakan waktu bersifat ringan, kita hendaklah melihat dalam kaca mata yang lebih luas di mana penyakit ini juga boleh membawa maut.Sejarah pernah membuktikannya. Dan sejarah tidak pernah berbohong.

Dan benar sekali bidalan berkata.Jarang sekali manusia mati dibaham harimau nan ganas menerkam.Namun, betapa banyak kedajalan disebabkan nyamuk Aedes nan kecil. 

sumber:
1)Dr Ahmad Zulfahmi Mohd Kamaruzaman

2)Kenyataan Akhbar KPK 11 Ogos 2016 – Situasi Semasa Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia

3)Kematian 55 orang kanak-kanak menderita HFMD pada tahun 1998 di Taiwan, Chinahttps://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/00054640.htm 

4)Kematian 1 orang kanak-kanak menderita HFMD pada tahun 2008 di Singapura
https://www.moh.gov.sg/…/suspected_hand,foot_and_mouth_dise…

yup..mmang betul penyakit HFMD nie x membawa maut..tapi jika ia tidak dirawat n dibendung,pemyakit nie juga boleh membawa maut.jadi jangan pandang enteng terhadap penyakit HFMD. yang penting jaga kesihatan..

and.. kalau anak kita tu dah terkena HFMD..janganlar still hantar anak g sekolah @ nursery..
kesian kat anak org lain terkena skali..don't be selfish ye..silap2 kita boleh membunuh anak orang..
hopefully uols dah faham tentang penyakit nie HFMD ye..

[wajib baca : tips untuk mendapatkan anak pintar dan pandai bercakap sebelum masuk tadika]

HFMD nie xde ubat...tapi saya nak share satu produk yg sgt bagus utk HFMD.
produk tu Golden-B.
Golden-B nie 100% madu kelulut so sgt mujarab utk merawat luka luaran n dalaman..
Golden-B nie boleh makan ye,,,lulus KKM n 100% natural.
nak dijadikan cerita..ada lar customer saya nie..anak dia kna HFMD.habis mulut,tangan n kaki dia ada blister.kesian tngok..
so saya suruh lar letak Golden-B nie,,sbb Golden-B bagus untuk merawat luka..
alhamdulilah lepas 4 hari dah nampak kesan...
lepas 4 hari dah bebas HFMD.
mmang btul lar..madu nie mempunyai 1001 penawar..

golden-b
testimoni HFMD..lepas 4 hari dah pulih..

sape2 yang cuba Golden-B boleh contact perunding bydrazlan
 +6017-9345465
sape2 yang cuba Golden-B boleh contact perunding bydrazlan 
 +6017-9345465
sape2 yang cuba Golden-B boleh contact perunding bydrazlan 
 +6017-9345465

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...