tiada kesan sampingan bila mengambil air tulang belakang@ air tulang sum-sum
kita sering dimomokkan dgn bahayanya mengambil air tulang belakang,
pelbagai cerita dongeng yg kita dngar ttang bahayanya untuk mengambil air tulang sum-sum nie..
yg xleh tahan nyer..waris lar yg kuat melarang..
yg pesakit nya ok je...kesian kpd pesakit yg terpaksa menangung penyakit tersebut..
yg waris xpelar..sbb dia sihat..suka2 dia je..x bg doktor buat procedure nie..
sabar jelar..
so hopefully article nie dpt mengubah persepsi kita terhadap lumbar puncture..
selamat ke..? ish..macam bahaya je..? Kenapa masyarakat melarang prosedur tersebut??
Berikut adalah penerangan ringkas saya semoga ia membuka lembaran
perspektif baru bagi masyarakat awam.
Prosedur
lumbar puncture adalah selamat dan boleh dilakukan.
Sebenarnya
masyarakat kita takut kerana kononnya apabila dilakukan prosedur ini maka akan
ada kesan bahaya pada pesakit termasuk kehilangan nyawa.
Hakikatnya
ia hanyalah prosedur biasa mengambil cecair dari badan (seperti pengambilan
darah) cumanya ia dilakukan utk mengambil air tulang belakang atau
cerebrospinal fluid (CSF).
[wajib baca : tanda-tanda buah pinggang anda rosak]
Prosedur ini juga akan dilakukan dgn sangat teliti
dan di bawah kaedah aseptik (basmi kuman) bagi memastikan ia selamat dan tiada
risiko jangkitan iatrogenik (jangkitan yg disebabkan oleh prosedur).Doktor
hanya akan meminta prosedur Lumbar puncture ini dilakukan terhadap pesakit yg
serius jangkitannya di mana jangkitan kuman pada selaput otak (meningitis)
adalah salah satu diagnosis yg berkemungkinan.
Kebiasaannya pesakit yg mengalami
penyakit spt meningitis ini sudah sedia kritikal, tidak mempunyai tahap
kesedaran penuh dan dirawat di ICU!
Prosedur
ini perlu utk kita identifikasi kuman spesifik yg menjangkiti selaput otak
pesakit agar antibiotik khusus dan tepat dapat diberikan bagi membunuh kuman
dalam tubuh pesakit.
Seandainya
prosedur ini tidak dibenarkan utk dilakukan oleh pesakit atau waris, doktor
tetap boleh merawat tetapi hanya dengan cara 'blind treatment' iaitu dgn
memberi antibiotik broad spectrum yg belum tentu dapat melawan kuman yg
menjangkiti pesakit.
[wajib baca : small pox penyakit yang sudah pupus]
kesimpulanya
- Lumbar puncture adalah selamat utk dilakukan.Segala cerita bahawa pesakit meninggal dunia selepas lumbar puncture dilakukan adalah tidak benar.
- Meningitis adalah satu penyakit yg mempunyai risiko kematian yg tinggi jika tidak dirawat awal. Jadi itu pentingnya keputusan segera dilakukan utk memberi rawatan terbaik, tepat dan terpantas kepada pesakit.
- Jika terjadi kematian atau kesan buruk terhadap pesakit, ia berpunca dari disease progression (kesinambungan penyakit) dan bukan disebabkan oleh prosedur simple (mudah) spt lumbar puncture.
source:
*Dr
Abdul Rahman bin Abdul Kadir*
*Pakar
Perubatan Kecemasan dan Trauma*
[wajib baca: apakah difteria??]
sekarang dah jelas ke pasal lumbar puncture nie??...jelas kan..so takut lagi ke untuk ambil air tulang belakang..
klau sape yg layan drama house mesti perasan yg house suka sgt ambik air tulang belakang patient dia,dia akan ambik air tulang belakang untuk konfirmkan antibiotik yg betul.
so..time tu aku pun mcam uols jgak terpedaya ngan persepsi masyarakat malaysia yg ckp bahaya ambik air tulang belakang nie..
gila lar house..bukan bahaya ke ambik air tulang belakang...tp,,bnyak kali plak dia wat lumbar puncture kat patient dia,,,
jd aku fikir.,,hause n omputih ok je ambik air sum-sum nie..parents dia bagi je,,
xde plak waris marah2 n x bagi buat lumbar puncture..huhu..
hari nie terjawablar persoalan tersebut yg procudere untuk ambik air tulang belakang selamat..
masyarakat kita je yg kalut dok percaya mitos..omputih relaks je buat lumbar puncture..
x caye..try tngok drama house...n house selalu guna lumbar punture untuk konfirmkan penyakit.huhu..
No comments:
Post a Comment