Info Tentang Daun Ketum | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Info Tentang Daun Ketum

daun ketum,selamat atau tidak ?

Info Tentang Daun Ketum

APAKAH DAUN KETUM?

mesti ramai yang tertanya-tanya...kenapa kecoh-kecoh isu daun ketum ini dalam kalangan sesetengah orang. Meh yuk cerita sedikit berkaitan daun ketum agar ramai yang akan faham.

Pokok ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa. Batangnya berkayu keras dan bercabang. Bahagian yang digunakan daripada pokok ketum adalah daunnya.

Salah guna daun ketum oleh masyarakat sekarang

Air daun ketum telah disalahgunakan oleh masyarakat terutamanya penagih dadah kerana ianya mengandungi bahan-bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan.

Ini adalah penyebab penggunaan ketum di negara kita ini perlu pengawalan. Air daun ketum dihasilkan dengan merebus daun ketum dan air rebusan daun ketum ini dibungkus dalam paket kecil untuk dijual.

apakah bahan Mitragynine dalam daun ketum?


Mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif adalah bahan aktif yang terkandung dalam daun ketum. Bahan ini dikawal dibawah Akta Racun 1952 dibawah peraturan kawalan psikotropik.

Selain itu, terdapat juga 24 bahan lain yang terkandung didalam daun ketum antaranya ajmalin, corynanthedine, mitaphylline, paynanthesine, speciophylin dan speciogynine.

Apakah Kesan Buruk  Mitragynine ini?


Jika diambil berlebihan seseorang itu akan :
Rasa khayal (euforia)
Rasa pening
Mengantuk
Muntah

Kesan buruk jika diambil secara berterusan:
Mengakibatkan ketagihan
Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
Kulit menjadi kering
Sembelit
Insomnia (Sukar untuk tidur)

Apakah perbezaan minum sikit sahaja air ketum ini dengan minum banyak?


  • Di dalam dos rendah, daun ketum boleh memberi kesan rangsangan atau stimulan sehingga seseorang itu merasa bertenaga, lebih ceria dan mesra.
  • Tetapi di dalam dos yang tinggi, ia boleh memberi kesan depresi seperti mengantuk dan kesan psikotropik. 
  • Jika diambil pada dos melebihi 15gm, pengguna akan mengalami kesan sedatif yang melampau seperti mengantuk dan lali, malah boleh menjadi stupor atau hampir tidak sedar diri. Terdapat juga laporan kejadian sawan selepas mengambil daun ketum melebihi 15gm.
  • Lain-lain kesan sampingan yang dikesan ke atas pengamal daun ketum yang kronik adalah hipotirodism iaitu paras hormone tiroksin yang rendah dan kerosakan hati.
  •  Terdapat kes kematian akibat pengambilan ketum dalam dos yang terlalu tinggi dan ujian post-mortem menunjukkan kandungan mitragynine di dalam darah yang tinggi.

ada ke Undang-udang yang kawal daun ketum?



Mitragynine itu ada kerana ia adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia. Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952.

Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.

apakah hukuman yang diterima?

Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu denda tidak melebihi RM 10,000 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

info penting tentang ubat-ubatan

nie yuk nak bagtau..klau berminat pasal ubat-ubatan nie dan 
Nak tahu lebih lanjut perkara-perkara berkaitan ubat-ubatan? Jom datang beramai-ramai di 

Pusat Membeli Belah AEON Bukit Raja pada 7 Oktober 2017 10am-10.30pm untuk Sambutan World Pharmacists Day 2017 peringkat Kebangsaan.


Pelbagai acara menarik disediakan dan masyarakat dapat beramah mesra sambil bertanyakan pelbagai kemusykilan berkaitan ubat-ubatan kepada Ahli Farmasi yang hadir di sana nanti. Jangan lepaskan peluang ini!


share info ini jika anda rasa bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...