Penyakit Anjing Gila(Rabies) | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Penyakit Anjing Gila(Rabies)

tanda,gejala dan rawatan penyakit anjing gila atau rabies

Penyakit Anjing Gila(Rabies)

dulu time kat universiti yuk ada jugak lar belajar tentang penyakit rabies nie dalam subject microbiology..huhuhu
penyakit anjing gila nie mmang menakutkan...kenapa??jap lagi yuk cter..
tapi time belajar dulu..ingatkan penyakit nie berlaku kat oversea je..
tapi..sekarang penyakit rabies nie dah ada kat malaysia wei...mmang menakutkan..
klau omputih..penyakit rabies nie dibawa oleh haiwan liar..seperti rakun dan kelawar..
sbb tu kat oversea..diaorag mmang pantang klau ada haiwan liar...diorg mmag akan terminate trus sbb bimbang dgn penyakit rabies nie lar..

kat malaysia..mungkin penyakit nie dibawa oleh anjing..sbb tu penyakit rabies nie dipanggil penyakit anjing gila..
tapi..penyakit rabies nie..boleh juga berjangkit kat kucing...huhuhu...menakutkan kan..
penyakit rabies nie..klau x dirawat..boleh membawa maut..
n klau uols tengok pesakit yang terkena penyakit rabies nie..mmang kesian..
dia akn menjadi takut kepada air atau angin..meracau-racau..
x ubah seperti anjing gila..sbb tu lar yuk ckp penyakit nie menakutkan..huhu..
boleh tngok gejala penyakit nie kat bawah..mmang menakutkan...
sekarang nie penyakit nie dah ada kat malaysia..so berhati-hati..jaga elok2 haiwan anda..

[wajib baca: rawatan untuk penyakit pedih ulu hati]

TERKINI, 3 kanak kanak di Sarawak telah di sahkan menghidap jangkitan penyakit "Anjing Gila" atau Rabies.
Ketiga tiga mangsa di jangkiti virus maut tersebut setelah di gigit haiwan pembawa virus tersebut. Aktiviti kawalan dan pencegahan sedang giat di lakukan di kawasan yang telibat.
Berikut merupakan informasi mengenai penyakit tersebut termasuk gejala, pencegahan dan rawatan.

[wajib baca: fakta kes penyakit anjing gila(rabies) dia sarawak,malaysia]


apakah penyakit anjing gila(rabies)?

apakah penyakit anjing gila(rabies)?

PENYAKIT anjing gila atau dikenali sebagai rabies ialah penyakit bawaan virus yang menyebabkan radang otak akut pada haiwan berdarah panas.
Virus penyakit ini menjangkiti sistem saraf pusat dan mangsa yang dijangkiti biasanya akan menemui ajal.

Penyakit ini boleh merebak daripada satu spesies kepada satu spesies yang lain melalui gigitan daripada haiwan berjangkit.
Rabies adalah jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.

Agen penyebab: Virus rabies, sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus
Cara jangkitan: Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.
Tempoh pengeraman: 3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun.

Di kawasan yang biasa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik), pelawat berisiko mendapat jangkitan jika berhubung kait dengan haiwan liar atau haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.

tanda-tanda dan gejala penyakit anjing gila(rabies)

 tanda-tanda dan gejala penyakit anjing gila(rabies)


  • Rabies adalah sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis)
  • Tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.
  • Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia). Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.
  • Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh.
  • Sukar bernafas sehingga menyebabkan kematian.
[wajib baca: apakah hypertension?]

rawatan untuk penyakit anjing gila(rabies)

rawatan untuk penyakit anjing gila(rabies)

Rawatan selepas terkena gigitan 
bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies. 
  1. Rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun dan air atau air sahaja. 
  2. Selepas itu, sapukan etanol (70%) atau tinktur atau larutan iodin akueus atau iodin povidon.
Rawatan khusus
  • Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya.
  • Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.
  • Pencegahan tetanus dan rawatan anti-bakteria (jika diperlukan)
  • Elakkan menjahit atau menutup luka (kecuali jika tidak dapat dielakkan)
[wajib baca: strok di usia muda]


Pencegahan penyakita anjing gila(rabies)

Pencegahan penyakita anjing gila(rabies)

Vaksinasi di gunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies

Disyorkan untuk: Semua individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan rabies dan pelawat kawasan endemik yang tidak mempunyai bekalan vaksin rabies.
Jenis vaksin: Vaksin moden (sel dikultur atau telur berembrio)
Bilangan dos: 3 dos, pada hari: 0, 7 dan 21 hingga 28 hari, disuntik ke dalam otot (1ml/dos) atau kulit (0.1ml/dos).
Dos tambahan : Selepas 1 tahun, dan setiap 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada risiko pendedahan.
Kontra indikasi: Pernah mendapat kesan buruk yang teruk terhadap vaksin rabies.
Kesan sampingan: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.
Sebelum ke luar negara: Individu yang merancang untuk menginap lama atau melawat kawasan yang terdapat banyak kes rabies (hiperendemik) di negara-negara endemik disyorkan mendapat pencegahan rabies

Langkah berjaga-jaga untuk penyakit anjing gila(rabies)

Langkah berjaga-jaga untuk penyakit anjing gila(rabies)


  • Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.
  • Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air.
  • Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.


Sumber;

2 comments:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...