Minum Air Kelapa Sambil Makan Ubat-Ubatan,Boleh Ke? | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Minum Air Kelapa Sambil Makan Ubat-Ubatan,Boleh Ke?

Kesan ambik ubat sambil minum air kelapa..

Minum Air Kelapa Sambil Makan Ubat-Ubatan,Boleh Ke?


Ramai yang bertanya, betul ke minum air kelapa bersama-sama ubat-ubatan akan mengurangkan keberkesanan sesuatu ubat? Soalan ini nampak mudah namun ia sebenarnya bermaksud interaksi antara ubat dengan minuman.Interaksi boleh memberi kesan sama ada meningkatkan kesan ubat dalam tubuh badan atau mengurangkan kesannya.

sebelum kita bercerita tentang kesan minum air kelapa keatas ubat hospital..jom kita tengok dulu khasiat air kelapa..and mungkin ada dari kita ini belum kenal dengan air kelapa.hihi..


Apakah Air kelapa?

Air kelapa terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah. Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit. Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (k+).


Khasiat Air Kelapa


Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman. Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh.

Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Walau bagaimanapun lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh.


Interaksi air kelapa dengan ubat, herba dan suplemen.

Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Secara teorinya penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat anti-herpentensi (Ubat mengurangkan tekanan darah) mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

[wajib baca: info tentang penyakit hypertensi @ darah tinggi]

Begitu juga sekiranya air kelapa diambil dengan herba dan suplemen yang dipercayai mempunyai kesan mengurangkan tekanan darah. Sebagai contoh peptida kasein, cat’s claw, koenzim Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle, theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lain-lain

Interaksi air kelapa dengan penyakit


Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam potasium (k+) yang agak ketara maka ia boleh memburukkan lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu. Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.

[wajib baca: tanda-tanda buah pinggang anda rosak]

Keselamatan ketika meminum air kelapa

Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang berpatutan adalah selamat. Tiada kerisauan terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak. Setakat ini tiada maklumat berkaitan pengambilan air kelapa dalam kalangan wanita mengandung dan menyusukan anak.

[wajib baca: kencing berbuih..normal atau tidak?]


Tindakan yang boleh diambil jika ingin minum air kelapa

Air kelapa adalah selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun bagi pesakit hipertensi yang sedang menerima ubat-ubatan perlu berhati-hati dalam pengambilan minuman air kelapa ini. Ia berpotensi mempunyai kesan tambahan dalam pengurangan tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pingang.

Perlu sedikit pemantauan jika tekanan darah menjadi rendah (hipotensi). Antara tanda dan gejala tekanan darah rendah adalah:
  •  pening atau merasa pusing
  •  penglihatan kabur
  • kekeliruan
  • kelemahan
  • loya (perasaan sakit perut).

 Jika alami situasi di atas, sahkan dengan mengambil ukuran tekanan darah menggunakan alat pemantauan tekanan darah sendiri di rumah. Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.
Rawatan tidak diperlukan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah adalah rendah. Sekiranya merasa pening atau hampir pitam, ambil tindakan untuk duduk atau baring. Letakkan kaki separas dengan jantung ketika berbaring atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut. Jika tanda atau gejala tekanan darah rendah masih berkekalan, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

[wajib baca: info tentang penyakit CKD @ chronic kidney disease]


Kesimpulan tentang minum air kelapa bersama ubat-ubatan


Bukan air kelapa sahaja boleh dibincangkan dalam situasi interaksi ubat dengan minuman. Terdapat beberapa lagi contoh interaksi minuman dengan ubat-ubatan seperti interaksi ferus dengan susu, ubat anti-kolesterol (atorvastatin) dengan jus limau gedang (grapefruite) dan ubat warfarin dengan teh hijau. 

Justeru rujuk dahulu dengan ahli farmasi atau doktor merawat sebelum mengambil sesuatu bersama-sama ubat-ubatan agar interaksi ubat dapat diteliti terlebih dahulu.

[wajib baca: jangan tinggal ubat ketika berhari raya]

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkaitan ubat-ubatan, boleh menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. Kami sedia membantu.

sumber:
Mohd Dziehan Mustapa
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

(metro ahad  5 mac 2017)


anda suka minum air kelapa???

2 comments:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...