Panduan Menghadapi Rawatan Kanser | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Panduan Menghadapi Rawatan Kanser

Panduan Untuk Pesakit & Keluaga Dalam Menghadapi Rawatan Kanser

Panduan Menghadapi Rawatan Kanser

Kanser ialah penyakit yang sangat digeruni sehingga penghidapnya mahupun ahli keluarga sanggup melakukan apa sahaja yang difikirkan boleh menyembuhkan kanser. Pengesanan dan rawatan awal sangat penting untuk menyelamatkan nyawa. Malah anda digalakkan menjalani saringan walaupun belum menunjukkan tanda-tanda kanser.

Antara kaedah rawatan kanser ialah pembedahan, kemoterapi (rawatan dengan ubat makan atau suntikan), radioterapi (menggunakan sinar radiasi), terapi sasaran (menggunakan antibodi monoklonal) dan terapi hormon. Pemilihan kaedah rawatan dilakukan oleh pakar onkologi berdasarkan jenis kanser, tahap kanser dan keadaan pesakit.

[wajib baca: cara mencegah & rawatan alternatif kanser]

Namun begitu, rawatan kanser selalu dikaitkan dengan kesan sampingan yang tidak menyenangkan sehingga pesakit takut menjalani rawatan. Walau bagaimanapun, pesakit harus tahu bahawa kesan sampingan ini dapat dielakkan atau dikurangkan dengan langkah-langkah tertentu.

Artikel ini bertujuan sebagai panduan umum kepada pesakit dan ahli keluarga pesakit kanser yang bakal menjalani rawatan. Berikut antara perkara yang patut dilakukan sebelum, semasa dan selepas menjalani rawatan kanser.


Sebelum menjalani rawatan 

• Dapatkan penerangan yang jelas mengenai penyakit, tahap penyakit dan tujuan rawatan tersebut dijalankan. 

• Dapatkan nasihat doktor jika anda merancang untuk memiliki zuriat dalam masa terdekat. Rawatan kanser mungkin menyebabkan ketidaksuburan dan kecacatan janin. Doktor mungkin mencadangkan kaedah penyimpanan air mani (sperm banking) untuk sesetengah pesakit.

• Meminta pegawai farmasi menerangkan tentang ubat kanser anda termasuk kesan sampingan umum dan khusus serta cara-cara mengatasi kesan sampingan tersebut.

• Dapatkan nasihat doktor tentang kaedah seks yang selamat semasa dan selepas habis tempoh rawatan kanser.

• Menunjukkan ubat-ubat, suplemen dan makanan kesihatan yang diambil supaya pegawai farmasi dan doktor boleh memastikan keselamatan dan kesesuaiannya dengan rawatan.


[wajib baca:sakit jantung atau serangan jantung??]

• Memahami dengan jelas tentang fungsi dan cara makan ubat-ubatan yang lain seperti ubat tahan sakit, ubat sembelit dan ubat tahan muntah yang perlu dimakan di rumah.

• Meminta risalah atau buku panduan tentang ubat dan rawatan dari anggota kesihatan untuk bacaan lanjut.

peranan pesakit dalam menghadapi rawatan kanser


Semasa tempoh rawatan

• Mematuhi jadual rawatan yang ditetapkan. Hubungi pihak hospital dengan segera jika terdapat halangan.

• Segera ke hospital jika mengalami demam atau kesan sampingan yang teruk.

• Memberitahu anggota kesihatan jika mengalami reaksi alahan dan kesan sampingan.

Selesai tempoh rawatan
• Menghadiri temujanji yang ditetapkan untuk memantau perkembangan penyakit.

• Mendapatkan rawatan segera jika berlaku sesuatu yang tidak normal.
Peranan ahli keluarga

Ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam urusan harian pesakit kanser. Secara langsung mereka juga menjadi nadi penggerak kejayaan rawatan dan motivasi utama pesakit untuk terus berjuang.

[wajib baca: apakan tekanan darah tinggi @ hypertension??]

peranan ahli keluarga dalam menghadapi rawatan kanser 


Antara peranan ahli keluarga yang boleh membantu pesakit kanser adalah seperti :
  • hadir bersama-sama semasa perbincangan mengenai penyakit dan rawatan,
  •  memberitahu ahli profesional kesihatan tentang kebimbangan-kebimbangan yang dialami pesakit dan keluarga termasuk kebimbangan dari segi psikologi, kewangan, pemakanan, penjagaan pesakit, pelajaran pesakit dan sebagainya. Anggota kesihatan sedia membantu mencari penyelesaian.
  • ahli keluarga juga boleh sama-sama mendengar penerangan yang diberikan pegawai farmasi tentang ubat dan cara-cara mengatasi kesan sampingan,
  • meminta nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum memberi suplemen dan makanan kesihatan kepada pesakit dan segera bertanya dengan perawat jika ada perkara yang kurang difahami.
  •  memberi sokongan kepada pesakit kanser seperti menemani pesakit semasa temujanji di klinik dan semasa rawatan di wad 
  • menemani pesakit menyertai aktiviti kumpulan sokongan kanser
  • belajar tentang cara penjagaan khusus pesakit yang terlantar.
  •  menyediakan kemudahan yang sesuai dan selesa digunakan oleh pesakit di rumah supaya pesakit mudah mengurus diri tanpa risiko kemalangan
  •  menyimpan nombor telefon pihak yang boleh dihubungi jika memerlukan pertolongan seperti perkhidmatan ambulans swasta dan perkhidmatan jururawat bergerak.

Sumber Informasi Rawatan Kanser


Terdapat beberapa laman sesawang, buku panduan dan khidmat pusat panggilan yang boleh memberikan maklumat lanjut mengenai saringan, rawatan dan kumpulan sokongan bagi pesakit kanser seperti:

• www.cancer.org.my (Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, NCSM)

• Talian Bantuan Kanser NCSM 1-800-08-100 (Isnin – Jumaat, 8.30 pagi hingga 4.30 petang)

Panduan Menghadapi Rawatan Kanser


• www.makna.org.my (Majlis Kanser Nasional)

• Talian Bantuan Kanser MAKNA 1-800-88-62562 (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang)

• www.hopehandbook.org (buku panduan pesakit kanser yang baru didiagnosis dan buku panduan penjaga pesakit kanser terbitan Persatuan Onkologi Malaysia dan Pfizer Malaysia)

Manakala untuk pertanyaan mengenai ubat-ubatan, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1-800-88-6722 (Isnin – Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang).

sumber:
Zuhailah Mohd Shafawi,
Pegawai Farmasi Hospital Shah Alam

(PETIKAN METRO AHAD 26 FEB 2017)

share article ini jika anda rasa bermanfaat...

4 comments:

  1. tq for info...if ada org reaktif hepatitis b..akan ada ubat yg boleh sembuhkan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya..tiada ubat bg penyakit hepatitis..tp pesakit hep perlu menjaga hati mereka supaya tidak rosak.bg yuk..yuk amalkan minum triple-t untuk menjaga kesihatan hati...triple-t terbukti d makmal mampu membaiki sel2 hati yang rosak.

      Delete

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...