perlukah berpantang selepas bersalin? | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

perlukah berpantang selepas bersalin?

berpantang selepas bersalin..perlu ke??atau ia sekadar amalan tradisional?


perlukah berpantang selepas bersalin?


dalam masyarakat melayu  BERPANTANG lepas bersalin jadi amalan turun temurun.
Waktu berpantang yang yuk selalu dengar ialah 6 minggu/42 hari saja.tapi.. Ada juga yang pantang sampai 100 hari...kesian le kat husband uols..mesti pening kepala dok handle anak2...haha..


MENGAPA kita perlu BERPANTANG selepas bersalin dan kaitan dari segi perubatan?


A. Sebenarnya waktu berpantang ni nak Kasi chan/ruang utk ibu pulih sepenuhnya dari penat lelah 9 bulan kehamilan & trauma masa bersalin.

B.Ni lah tempoh anda digelar ibu dgn tanggungjawap baru & perlu tumpu perhatian kpd anak yg dilahirkan...masa ni le Si Abang terasa jealous sbb ditepi2kan...hihihi!..rasa "LOST SOMEONE HE REALLY LOVE!"


[wajib baca: kelebihan air kelapa kepada ibu mengandung]

C.Tempoh untuk fungsi system PERANAKAN pulih ke asal lagi steady. sbb tu dlm tempoh berpantang ni org tua2 kita TAK benar aktiviti Sex....sabar uols, JANGAN GELOJOH tau!!

 Cara berpantang mengikut amalan tradisional & kedoktoran. 


ketika Mandian
Pucuk muda,daun2 kayu digunakan oleh bidan untuk lancarkan peredaran darah, bersihkan kulit & menyegarkan badan.

* * Tapi bgi doctor2 Dlm Kesihatan Moden, sarankan mandi je le bersabun & bershampoo kesukaan anda. Asalkan bersih & segar selalu.

 Bertungku dengan Rempah
semasa pantang untuk mengecutkan otot bahagian perut, peranakan(uterus) agar cepat kempis & buangkan angin. Daun mengkudu di guna membalut batu tungku supaya tungku tu lgi panas. Org yang salin Czer tidak dibenarkan bertungku sehingga luka Czer sembuh.

* *Dlm Kesihatan Moden, yg ni terbaik, harap di teruskan. Sbb tissue perut, uterus & saluran peranakan dlm peradangan selepas bersalin.peradangan tersebut dapat di kurangkan dgn cepat bila bertungku.

 Bertangas 
Menyembuhkan bahagian luka / jahitan cepat, kering, mengecut & sembuh

** Dlm Kesihatan Moden, luka jahitan di cuci dgn Normal Saline atau Eusol. Antibiotic diambik untuk mematikan kuman & mengelakkan infeksi & supaya cepat sembuh.
Mengurut 
Untk memperkemaskan bahagian peranakan. Minyak urut yg digunakkan dari minyak kelapa +halia + bawang putih + dll.

** Dlm Perubatan moden....TIADA urut bahagian peranakan

 Pengambilan jamu
Akar-akar kayu,herba2 spt akar serapat besar, akar tongkat ali & akar kacip fatimah didakwa menjaga kecantikan dalaman peranakan & faraj rapat spt anak dara dulu......Ada dakwa urat beranak akan jadi kuat, dpt elak KEJAtUHAN RAHIM/ PROLAPSE UTERUS.

** Dlm Kesihatan Moden..TIADA bukti perubatan spt yang didakwa. Yg penting bagi ibu tu Saluran Peranakan & faraj TIADA INFEKSI atau BERBAU , KERING drpd NIFAS dan baik dgn sempurna dgn memakan makanan yang BERZAT, Vitamin.ia juga bagus untuk bagi ibu kekal BERTENAGA & kuatkan Darah.

 Kurangkan AIR / Elak mknn BERBISA
Makanan panas2, berhalia berlada didakwa bidan keluarkan angin. Makanan bisa/ikan bisa dielakan takut saluran peranakan berlendir lagi berbisa. Klu minum lebih didakwa peranakan akan terus berair.

** Dlm Perubatan...Cara kurangkan Minuman masa pantang....AMAT BAHAYAKAN ibu tu...yg akan alami DEHYDATION!! Makanan patut NUTRISI yg tip top berzat...baru le SUSU BADAN + DARAH bertambah = ibu lagi sehat !!

BERBARUT
 Cara berpantang mengikut amalan tradisional & kedoktoran,barut,bekung

Untuk rapatkan tulang2 dan otot yg longgar ketika beranak & MERAMPINGKAN anda.

** Dlm Perubatan... ni digalakkan!! Wlpun badan secara automatik membaiki diri keasal selepas bersalin, tapi... berbarut mempercepatkannya.

(sumber: Dr. Abdul Rahim)

Terpulang kepada anda amalan selepas bersalin ketika pantang anda nak amalkan. Kalau uols rasa baik untk anda teruskan. Ilmu diatas hanya untuk share bersama saja dan sebagai pengetahuan.

[wajib baca:apakah maksud apgar score]

yang mana uols rasa bagus..anda buat lar..
yang uols rasa x elok..x yah buat..
tapi...mesti ada sbb kenapa orang dulu-dulu berpantang..
klau uols perasan orang dulu nie kuat kan..walaupun dah beranak ramai..
makin beranak makin sihat..urm..mungkin rahsia mereka ialah berpantang...
but who knows kan..

sape kat cni berpantang lepas bersalin??...share ckit pengalaman..



2 comments:

  1. Seronok berpantang... Badan rasa segar semula lepas kita berpantang.. kalau tak berpantang rasa lenguh-lenguh pada masa akan datang...

    ReplyDelete
  2. bagusnya entry nie
    terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...