cara-cara untuk berhenti merokok
Sememangnya
suatu kesukaran untuk seseorang perokok untuk berhenti merokok. Dalam rokok
terkandung bahan utama yang dinamakan nikotin. Bahan inilah yang menyebabkan
perokok ketagih untuk terus merokok, berasa tidak selesa serta sukar menjalani
hidup secara normal sekiranya tidak merokok.
kenapa susah untuk berhenti merokok?
Nikotin
dalam rokok akan disedut ke paru-paru, meresap masuk ke dalam aliran darah dan
terus dibawa ke otak. Sebaik tiba di otak, nikotin akan mula menjalankan
“tugasnya”. Ia mencetuskan beberapa tindak balas kimia yang akhirnya mewujudkan
perasaan “seronok”.
Malangnya,
ransangan ini hanyalah sementara. Apabila paras nikotin sudah berkurang,
perokok akan berasa tegang dan gelisah. Terpaksalah si perokok menyalakan rokok
lagi dan begitulah seterusnya ketagihan nikotin berlaku.
Jadi, untuk berhenti
merokok, seseorang perokok perlu memahami sifat ketagihan nikotinnya dan apa
yang diperlukan untuk membebaskan diri daripadanya. Malah, perokok sering
terkejut apabila mengetahui bahawa mereka adalah ketagih kepada bahan nikotin.
Ramai antara kita percaya bahawa merokok hanyalah satu tabiat buruk.
Perokok
pula berfikiran untuk berhenti merokok adalah suatu perkara yang mudah apabila
mereka memutuskan bahawa ia adalah masa untuk berhenti merokok. Malangnya ia
tidak semudah yang disangka. Walau bagaimanapun usaha untuk berhenti merokok
adalah perkara yang tidak mustahil jika betul caranya.
[wajib baca: panduan menghadapi rawatan kanser]
[wajib baca: panduan menghadapi rawatan kanser]
Nikotin
pada paras yang rendah memberi kesan yang sama dalam otak seperti ubat-ubatan
lain yang disalahgunakan, contohnya kokain atau amfetamin. Kajian telah
menunjukkan bahawa nikotin meningkatkan paras dopamin di dalam otak, satu
neurotransmitter yang bertanggungjawab untuk perasaan keseronokan dan kesejahteraan.
Kesan
akut nikotin akan hilang dalam masa beberapa minit sahaja. Oleh itu perokok
perlu terus merokok dangan kerap sepanjang hari untuk mengekalkan kesan-kesan
menyeronokkan dan mencegah gejala penarikan atau dikenali juga sebagai gejala
withdrawal berlaku.
Menyedut
asap rokok adalah kaedah yang sangat berkesan menyerap nikotin ke dalam aliran
darah. Jumlah nikotin yang diserap daripada setiap batang rokok biasanya 1
hingga 2mg dan ia mampu sampai ke otak dalam masa 7 hingga 10 saat selepas
disedut. Menurut Prochaska, seorang Pengarah Pusat Pencegahan Kanser,
University of Rhode Island, ketagihan rokok adalah berkait rapat dengan kadar
kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak.
cara-cara untuk berhenti dari ketagihan nikotin @ merokok
Ketagihan
terhadap nikotin dapat dipulihkan melalui rawatan terapi gantian nikotin.
Manfaat utama terapi gantian nikotin adalah ia menghalang keinginan untuk
merokok sekaligus membenarkan seseorang perokok itu menjauhkan diri daripada
tembakau dan mengelakkan kesan buruk daripada merokok.
Nikotin
daripada rawatan terapi gantian masuk ke dalam aliran darah lebih perlahan
berbanding dengan rokok, dan mencapai paras nikotin yang lebih rendah daripada
merokok.
[wajib baca : ubat kumur..perlu ke?
[wajib baca : ubat kumur..perlu ke?
Oleh
itu tujuan rawatan terapi gantian bukannya untuk mandapatkan hit atau puncak
seperti yang dicapai dengan rokok tetapi untuk menghasilkan tahap nikotin dalam
darah yang sekadar cukup untuk mengurangkan gejala tarikan apabila perokok mula
untuk berhenti merokok. Bentuk biasa terapi gantian nikotin adalah dalam bentuk
tampalan nikotin, ‘gum’ dan gula-gula nikotin.
2)Varenicline
Selain rawatan terapi gantian nikotin, terdapat juga ubat untuk membantu individu-individu yang ketagihan nikotin untuk berhenti merokok. Varenicline atau nama pasarannya Champix adalah sejenis ubat yang bertindak pada reseptor yang sama dalam otak seperti nikotin. Ia bertindak dalam otak, tetapi tidak sama seperti terapi gantian nikotin.
Selain rawatan terapi gantian nikotin, terdapat juga ubat untuk membantu individu-individu yang ketagihan nikotin untuk berhenti merokok. Varenicline atau nama pasarannya Champix adalah sejenis ubat yang bertindak pada reseptor yang sama dalam otak seperti nikotin. Ia bertindak dalam otak, tetapi tidak sama seperti terapi gantian nikotin.
Varenicline
berfungsi dengan merangsang reseptor nikotinik dalam otak. Ransangan daripada
varenicline ini menghasilkan kesan yang melegakan gian yang dialami oleh
perokok apabila berhenti merokok.
Pada
masa yang sama, varenicline juga menghalang nikotin daripada bertindak ke atas
reseptor nikotinik kerana berebut tapak reseptor yang sama. Keadaan ini
menyebabkan nikotin terhalang daripada meletak pada reseptor nikotinik untuk
memberi kesan yang memuaskan atau menyeronokkan.
cara-cara untuk menggunakkan vernicline @ champix
Terdapat
banyak kaedah atau rawatan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ketagihan
rokok. Seseorang perokok hanya perlu faham tahap ketagihan masing-masing dan
dapatkan bantuan daripada doktor atau ahli farmasi supaya rawatan yang
bersesuaian dengan tahap ketagihan anda diberikan.
Terdapat
perkhidmatan terapi gantian nikotin yang ditawarkan di hospital dan klinik
kesihatan kerajaan di seluruh Malaysia. Para perokok perlu memanfaatkan
perkhidmatan ini agar usaha anda untuk berhenti merokok mencapai kejayaan serta
bakal memberikan impak terhadap tahap kesihatan diri pada masa akan datang.
[wajib baca : sakit jantung @ serangan jantung?]
[wajib baca : sakit jantung @ serangan jantung?]
Sebarang
pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh
menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1
800-88-6722.
Disediakan
Oleh
Mas
Eliana Bt Mahazir
Pegawai Farmasi UF48
Hospital Shah Alam
Pegawai Farmasi UF48
Hospital Shah Alam
sumber: Metro Ahad 21/5/2017
ok..yuk just nak tambah ckit...klau uols nak berhenti merokok dengan herba..
yuk cadangkan ambik triple-t..
triple-t nie..kombinasi herba tempatan yang telah diformulasikan oleh dr azlan..
triple-t nie selamat dan ada kelulusan KKM..
No comments:
Post a Comment