adakah endometriosis berbahaya?
endometriosis merupakan penyakit yang kurang popular..masih ramai...orang yang tidak tahu pasal penyakit nie..
hakitanya penyakit nie hanya menyerang wanita..n yet masih masih ramai lagi wanita yang tidak tahu kewujudan penyakit endometriosis..
[wajib baca: kencing berbuih...normal atau tidak?]
[wajib baca: kencing berbuih...normal atau tidak?]
sebenarnya yuk pun x tau pun penyakit nie wujud until my fnal year project kat uni dulu..hihi..
daripada final year project..yuk dapati kbnyakkan wanita yang ada endometriosis nie..agak sukat untuk hamil..
endometriosis juga ada berkait rapat dengan tahap kesuburan wanita..
urm...yuk rasa nama melayu untuk endometriosis nie segugut kot..yuk pun x pasti sbb selalu belajar dalam term english..hahaha
sbb tu lar yuk nak share ttang penyakit endometriosis nie,,supaya orang ramai lebih cakna tentang penyakit nie..terutama wanita di luar sana...
klau uols rasa yang uols nie wanita...so wajib baca article nie..
Apakah endometriosis?
Endometriosis
merupakan salah satu daripada penyakit sakitpuan yang biasa dialami oleh
golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di
antara 30 dan 45 tahun menghidapinya.
[wajib baca: tips untuk merawat jerawat]
[wajib baca: tips untuk merawat jerawat]
Endometriosis
tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam
rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis seperti pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan
otot ligamen posterior yang menyokong uterus.
Sebab-Sebab terjadinya endometriosis?
Punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini masih samar dan tidak jelas. Teori yang biasa dikatakan merujuk kepada ‘retrograde menstruation’ atau pembalikan darah haid di mana sebahagian daripada darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui saluran fallopio. Sel-sel endometrium akan melekatkan dirinya kepada bahagian berlainan pada pelvis.
Gejala@Tanda-tanda endometriosis
- Haid yang banyak dan tidak teratur
- Senggugut (sakit semasa haid)
- Sakit semasa hubungan seks
- Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen (pertengahan haid)
- Boleh mendatangkan kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil
Bagaimanapun
ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang simptom.
Penting untuk diingatkan bahawa tahap kesakitan yang dialami tidak berkait
dengan pertumbuhan endometriosis. Terdapat wanita yang tidak merasa sakit
walaupun ketumbuhan endometriosisnya banyak tetapi ada juga wanita yang mana
ketumbuhannya sedikit merasa kesakitan yang teruk.
[wajib baca: perlukah berpantang selepas bersalin?]
[wajib baca: perlukah berpantang selepas bersalin?]
Sewaktu
haid, ketumbuhan endometriosis juga akan gugur seperti mana lapisan uterus
gugur sebagai tindakbalas terhadap hormon dalam kitaran haid. Bagaimanapun,
tidak seperti lapisan uterus, ketumbuhan ini tidak akan keluar dari tubuh
badan. Jika wanita itu hamil atau mengalami menopause, ketumbuhan ini akan
mengecil dan kesakitan akan berkurangan.
cara untuk mengdiagnosa endometriosis?
Ketumbuhan endometriosis ini biasanya dapat dikesan selepas doktor mengambil sejarah perubatan dan pemeriksaan lanjut pada bahagian pelvis dengan teliti. Ia boleh didiagnosis dengan tepat melalui pembedahan laparoskopi (key hole surgery) di mana satu peralatan khas digunakan untuk mengesan tisu tersebut dalam pelvis.
Rawatan penyakit endometriosis
Rawatan perubatan atau pembedahan bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Tujuan rawatan diberikan adalah untuk;
- Mengurangkan kesakitan dan simptom lain
- Menghalang ketumbuhan daripada membesar atau berulang di masa depan
- Mengekalkan kesuburan bagi wanita yang tidak berupaya untuk hamil
- Menjamin fungsi reproduktif untuk kehamilan seterusnya
Rawatan
bagi endometriosis adalah bertujuan untuk mengurangkan tahap estrogen dan
progesterone wanita yang meransang ketumbuhan endometriosis. Ubat yang biasa
digunakan adalah pil kontraseptif oral, hormon progesterone dengan dos tinggi
dan hormon tiruan lelaki seperti danazol. Pilihan rawatan perubatan yang
terbaru adalah analog GnRH (Hormon pembebasan Gonadotropin). Ia merupakan
suntikan yang diambil setiap bulan atau tiga bulan bagi mengawal penghasilan
estrogen dengan menggalakkan ‘menopause-induced’. Tempoh masa yang diberikan
boleh berlanjutan sehingga 6 bulan.
Rawatan
pembedahan boleh dilakukan samada secara laparoskopi atau pembedahan biasa.
Pembedahan ini boleh bersifat rekonstruktif (pembuangan endometriosis dan
pemulihan organ yang dijangkiti) di mana kesuburan perlu dikekalkan. Ia juga
boleh menjadi ablasi (pembuangan rahim dan kadangkala ovari) untuk mengurangkan
kesakitan yang teruk pada wanita selepas kaedah-kaedah rawatan yang dinyatakan
sebelum ini tidak menemui kegagalan. Penyakit endometriosis memberikan kesan
yang berlainan kepada setiap individu. Sebaik-baiknya pemilihan rawatan bagi
endometriosis haruslah mengikut keperluan dan kepentingan wanita berkenaan.
Komplikasi penyakit endometriosis
Kesan sampingan daripada rawatan dengan suntikan GnRH ini termasuklah rasa panas dan tidak selesa (‘hot flushes’), kurang keinginan nafsu syahwat (libido) dan kekeringan vagina. Terapi rawatan mungkin menyebabkan sedikit kerapuhan tulang tetapi keadaan ini akan berkurangan atau sembuh selepas habis rawatan. Namun harus diingatkan dan dijelaskan di sini bahawa penyakit ini boleh berulang selepas rawatan diberikan. Oleh itu terapi yang berterusan perlu bagi wanita yang mengikuti rawatan ini dan tidak merancang untuk hamil.
(source:fb kementerian kesihatan Malaysia)
nice sharing...tq for info
ReplyDelete