Perkara yang patut dilakukan ketika berpndah ke rumah baru
sape kat cni yang nak berpindah ke rumah baru,,angkat tangan ckit..hihi..
adakah anda tahu amalan yang patut anda lakukan untuk berpindah ke rumah baru??
mesti rmai yang lupa dan hanya terus berpindah dan meletakkan barang begitu sahaja..
perkara ini patut dielakkan sbb kita tidak tahu jika ada makhluk lain yang turut menginap di rumah tersebut..
tambah2 rumah yang telah lama tidak berpenghuni..lagi lar makhluk halus suka..huhu
so arie nie yuk nak share ckit ilmu,,so hopefully bermanfaat lar..
amalan nie boleh dilakukan di rumah anda sendiri..mahupun rumah sewa..
1.
Azan
Melaungkan
azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang
telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis,
Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan
(premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan
dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka
tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2.
Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda
yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk
tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah
Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin
sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila
memasuki rumah baru.
3.
Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam
sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita
memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang
baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan
memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
[wajib baca: fakta menarik tentang negara haram israel]
[wajib baca: fakta menarik tentang negara haram israel]
4.
Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan
membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki
rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah
Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali,
tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
[wajib baca: kelebihan mengamalkan istighfar]
[wajib baca: kelebihan mengamalkan istighfar]
5.
Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan
memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau
sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan
bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya
adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang
dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar
rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut
panduan berikut:
Ambil
air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga
habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru
rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru
seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete