jual aiskrim goyang pun boleh kaya
hai semua...sekaran nie kan musim panas..so panas nie teringat plak pasal aiskrim..hihi..
sbb tu lar yuk buat entry pasal aiskrim nie..huhu..
uols kenal ke dengan aiskrim goyang nie?? aiskrim goyang nie x sama dengan aiskrim malaysia tau..
untuk mendapatkan aiskrim goyang uols boleh lar g cari kat pasar pagi atau pasar malam..
kat malaysia nie susah ckit nak cari aiskrim goyang..sbb tu lar aiskrim goyang nie sangat sesuai klau nak wat bisnes aiskrim.
sebenarnya aiskrim goyang nie asal thailand..huhu...
ape yang unik pasal aiskrim nie ialah untuk menghasilkan aiskrim goyang nie..uols kena mengoyangkan bekas pembuat aiskrim tu,,kena goyang kuat2 tau...then jadilar aiskrim goyang..
hebat kan..goyang-goyang..jadi aiskrim..haha...
sbb tu lar..aiskrim nie dipanggil aiskrim goyang..
bagi sape-sape yang x pernah tengok atau kenal aiskrim goyang nie..meh yuk tunjuk video aiskrim goyang nie..lepas nie uols kenal lar ape tu aiskrim goyang..
mesti uols pelik lpas nie..camne aiskrim boleh terjadi..hihi..klau bljar sains mesti tahu..huhu

bagi sesiapa yang nak buat bisnes aiskrim goyang nie..uols patut baca kisah Malik Mizan nie..
pak cik malik nie..merupakan antara orang yang mempopularkan bisnes aiskrim goyang di malaysia nie..hopefully kisah nie akan memberi semangat dan idea kepada anda semua..
btw...kisah nie.yuk petik dari Sinar Harian
KUALA LUMPUR
- Siapa sangka perniagaan aiskrim 'goyang' yang diilhamkan bekas pegawai
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Malik Mizan, 54, menerusi jenama 'Best Ice
Cream' mampu menjana pendapatan lumayan.
Bekas pegawai berpangkat leftenan itu juga sedang membina rangkaian perniagaan ais krimnya terutama untuk diceburi golongan muda sejajar dengan hasrat kerajaan memperkasa ekonomi Bumiputera.
Malik yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Duta Prosper Sdn Bhd, pemilik jenama Best Ice Cream itu, berkata melalui perniagaan itu beliau bertekad untuk melahirkan sebanyak 10 jutawan aiskrim di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.
Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai jika para usahawan muda menunjukkan kesungguhan dalam perniagaan yang konsepnya adalah mudah, bermodal kecil dan berisiko rendah itu.
Syarikat itu turut memperkenalkan Pakej Usahawan Modal Insan kepada generasi muda yang ingin menjadi usahawan Best Ice Cream dengan berbekal modal sebanyak RM10,000.
"Kami akan berikan kursus dan latihan selama dua hari satu malam mengenai cara pembuatan aiskrim, pengurusan perniagaan, penyenggaraan peralatan, strategi pemasaran dan motivasi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Hulu Kelang di sini.
Selain latihan, syarikat juga akan menyediakan kiosk, mesin aiskrim, peti beku (freezer), loceng aiskrim, baju T, topi, apron, lidi buluh serta bahan mentah.
Bapa kepada 10 anak itu berkata, pada masa ini syarikat yang baru berusia tujuh bulan itu telah berjaya melahirkan sebanyak 20 usahawan Best Ice Cream dan 300 lagi masih menunggu kelulusan pinjaman.
"Sekiranya tiada modal, kami akan membantu menguruskan pinjaman di agensi-agensi terpilih dan mendapatkan tapak perniagaan khususnya di tempat-tempat tumpuan orang ramai," katanya.
Apa yang menarik perniagaan ala francais ini berupaya menjana pendapatan sehingga lebih RM10,000 sebulan jika para usahawannya gigih dan mempunyai rangkaian usahawan yang kukuh di bawahnya.
"Jika anda mengesyorkan perniagaan ini kepada rakan-rakan dan mereka berminat, maka anda akan mendapat insentif secara 'one-off' sebanyak RM500 untuk setiap usahawan yang anda perkenalkan," katanya.
Selain itu, mereka juga akan mendapat royalti sebanyak satu sen bagi setiap aiskrim yang dijual oleh usahawan yang berdaftar di bawah mereka.
"Ini bermakna, semakin besar rangkaian usahawan anda semakin besarlah pulangan yang anda dapat. Ini tidak termasuk pendapatan daripada hasil jualan aiskrim anda sendiri," katanya.
[wajib baca: cara tukar personal instagram kepada bisnes profile]

SOFT ICE CREAM
Bagaimanapun aiskrim itu menggunakan bahan minuman berkarbonat dan minuman kotak yang ternyata tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan gulanya yang tinggi.
"Justeru, saya mula terfikir untuk memberikan konsep baru kepada aiskrim goyang dan memulakan kajian menggunakan pelbagai bahan termasuk bubur kacang hijau," katanya.
Kajian selama dua tahun itu menghasilkan aiskrim yang lebih enak dan teksturnya lembut berbanding aiskrim yang menggunakan minuman berkarbonat dan minuman kotak.
Melalui kajian itu juga, syarikatnya menghasilkan produk Best Ice Cream dengan tiga perisa yang menggunakan ramuan 'soft' ice cream yang bermutu, berkualiti serta halal termasuk susu tepung skim, minyak koko, minyak isi rung kelapa sawit, esen vanila serta perasa coklat dan strawberi.
Beliau berkata, aiskrim itu diproses di sebuah kilang di Batu Caves yang mendapat pengiktirafan sijil Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
[wajib baca: resepi aiskrim buah-buahan]
KEENAKAN YANG MEMIKAT
Beliau berkata, produk Best Ice Cream mula diperkenalkan kepada umum pada
September 2013 di Karnival Usahawan Desa, Putrajaya dan mendapat sambutan
menggalakkan dengan pembeli mengakui keenakan dan kelembutan aiskrim itu."Kami berjaya menjual sehingga 7,000 batang aiskrim goyang pada karnival tiga hari itu dan mesin aiskrim berwarna pelangi juga menarik perhatian bukan sahaja kanak-kanak malahan golongan dewasa," katanya.
Pada masa ini aiskrim perisa coklat dan vanila menjadi kesukaan ramai dan beliau kini bercadang untuk menghasilkan aiskrim perisa durian dan keladi serta ditambah nilai dengan 'topping' coklat.
Mengenai proses membuat aiskrim itu, Malik berkata, ada yang hairan kerana aiskrim itu boleh membeku cepat dengan hanya menggoyang-goyangkan mesin tanpa menggunakan bekalan elektrik.
Beliau berkata, proses membuat aiskrim dimulakan dengan mencampurkan garam kasar sebagai bahan utama proses pembekuan, ketulan ais, cecair aiskrim serta air yang dimasukkan ke dalam mesin sebelum digoyangkannya untuk menyebati dan membekukan aiskrim itu.
Ketika separuh beku, lidi-lidi yang akan menjadi pemegang aiskrim dimasukkan ke dalam kelongsong acuan dan digoyang untuk kali kedua bagi membolehkan pembekuan sepenuhnya.
Malik berkata, syarikatnya juga bercadang melebarkan rangkaian perniagaan aiskrim goyang itu dengan memasuki pasaran Indonesia apabila kedudukan syarikat bertambah kukuh.
BERNIAGA DI HADAPAN SEKOLAH
Pada masa ini antara lokasi utama perniagaan aiskrim itu yang dikendalikan oleh
para usahawannya adalah di lokasi tumpuan ramai termasuk di luar perkarangan
sekolah.
Salah seorang usahawan Best Ice Cream, Mohd Farid Malik, 24, mengakui perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan sejak belilau memulakan perniagaan sebulan yang lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.
"Setelah sebulan berniaga, saya mampu meraih pendapatan mencecah RM3,000, dan tidak lagi bergantung kepada bantuan kewangan ibu bapa," katanya ketika ditemui di lokasi perniagaannya.
Beliau bersyukur melalui perniagaan itu, beliau kini mampu berdikari dan berupaya menghulurkan wang kepada ibu bapanya.
Mohd Farid, dibantu oleh rakannya Mohd Hafizi Abdul Rahman, 21, tiba di hadapan sekolah itu seawal pukul 11.30 pagi bagi sesi pagi dan 5 petang sebelum murid-murid selesai persekolahan sesi petang.

IBU BAPA TURUT MINAT AISKRIM GOYANG
bukan setakat mak bapak yang suka aiskrim goyang nie..kak mah pun makan uols..huhu
Di hadapan sekolah itu, beliau berupaya menjual 300 batang aiskrim dengan nilai jualan sebanyak RM300 sehari.
Menurut Mohd Farid lagi, semasa memulakan perniagaan itu, ada yang cuba membandingkan harga aiskrim jualannya dengan harga aiskrim yang lebih murah di pasar malam.
Bagaimanapun, mereka akhirnya memilih aiskrim jualannya kerana keenakannya yang tersendiri.
Selain berniaga di sekolah, Mohd Farid turut berniaga aiskrim di 'down town' The Mines pada sebelah malam.
"Pada hari biasa saya boleh menjual kira-kira 100 batang aiskrim, tetapi pada hujung minggu dan cuti perayaan, memang tidak menang tangan kerana lebih 300 batang aiskrim saya habis dijual pada sebelah malam," katanya.
Mohd Farid berkata, beliau mensasarkan untuk memperolehi pendapatan sehingga RM10,000 sebulan dan sedang mengembangkan perniagaannya menerusi dua orang usahawan di bawah rangkaiannya.
"Saya juga mempromosikan Best Ice Cream jualan saya di laman sosial seperti Facebook dan Instagram dan melaluinya ada juga yang berminat untuk menyertai perniagaan ini," katanya. - Bernama
(gambar kredit to: fb best ice cream)
ok..dah ada semangat untuk start bisnes aiskrim??
ok bgus2..
uols x nak ke buat ice cream guna jenama anda sendiri?
mesti best kan klau kita ada jenama aiskrim kita sendiri..
klau ada bisnes aiskrim nie...senang2 je kita nak dapat 5k sebulan.
klau anda berminat..yuk cadangan..ape kata uols beli panduan bisnes aiskrim nie..mmang bagus sbb buku nie ajar step by step cara-cara untuk membina bisnes ais krim..
bukan tu je tau..buku tu jugak akan ajar uols cara-cara untuk buat sendiri aiskirm yang sedap..aiskrim nie sedap..mmang kalah lar baskin robin tu..huhu
klau beli panduan bisnes aiskrim nie.uols juga akan dapat resepi aiskrim yang bestseller tau..
cepat2..sekarang nie ada promosi..
camne nak beli panduan nie??
senang je..uols hanyan klick gambar kat bawah nie..
cepat...sebelum promosi tamat..
nyum2
ReplyDeleteYELA...ASAL PEGI PASAR MALAM ANAK-ANAK BEREBUT NAK BELI AISKRIM NI..KALAU AKK DENGAN TIDA ANAK DAH RM3..SAT LAGI ROUND LAGI SEKALI RM3 LAGI HABIS...KAYO..KAYO....SEMOGA MASING-MASING DILIMPAHKAN DENGAN REZEKI YANG BANYAK WALAU DENGAN CARA APA PUN DIORANG BERNIAGA YE TAK...
ReplyDeletekan..bayangka klau dapat 50 pelanggan dah rm 50..klau semalaman dapat 200 org custmer...kayo ko..hahah
Deleteyup btul tu..yg penting kita mencari rezeki yang halal..