Apakah Jangkitan Rotavirus? | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Apakah Jangkitan Rotavirus?

Jangkitan Rotavirus


tahun nie sahaja malaysia digemparkan dengan penyakit difteria, lepas tu penyakit tangan,kaki dan mulut(HFMD) dan yang terbaru jangkitan rotavirus.
 rotavirus semakin menjadi-jadi sekarang nie..takut plak rasanya..kita yang tua nie xpelar..anak-anak yang bahaya..

kes-kes tentang jangkitan Rotavirus.

kedah telah merekordkan 4 jangkitan rotavirus yang baru sejak 28 September.
mengikut Dartuk Dr Norhizan, ketua kesihatan negeri, pada 30 September  6 kes telah dilaporkan melibatkan 6 kanak-kanak yang telah melawat taman air bukit merah pada 24 september.
4 daripada mereka telah disahkan positive rotavirus,seorang sedang menunggu keputusan ujian dan seorang lagi masih dalam kajian.

[info penting: tips untuk mendapat anak pintar & pandai membaca sebelum masuk tadika]

ini telah menjadikan 17 kes telah dilaporkan. 13 daripada kes tersebut telah disahkan positive rotavirus dan selebihnya masih menuggu keputusan ujian.

jadi..adakah anda tahu apakah jangkitan rotavirus??x tau..x pe biar saya bagitau apakah jangkitan rotavirus nie..

Apakah jangkitan Rotavirus?

Rotavirus ialah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. 
Gejala-gejala jangkitan Rotavirus ialah:
  1.  cirit-birit, muntah dan demam. 
  2. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.

Bagaimana rotavirus merebak?


Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu.
Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception). iia tidak seperti yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.


Terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di Malaysia iaitu ‘RotaRix’ dan ‘RotaTeg’. Pemberian vaksin adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.


Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.

credit to:
Penulis : Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo
Penyemak : Dr. Ranjini S. Sivanesom

jadi jika ibubapa merasakan anak mereka berpontensi tinggi untuk mendapat jangkitan rotavirus.mereka boleh mendapatkan vaksin untuk anak mereka.
dan perkara yang paling penting ialah menjaga kebersihan since rotavirus merebak melalui pencemaran najis.


share article ini jika anda rasa ia bermanfaat

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...