tips untuk mencegah dan merawat ruam lampin bayi
bagaimana ruam lapim boleh berlaku?
Ruam
lampin merupakan keadaan yang kerap berlaku dalam kalangan bayi atau anak
kecil. Kulit bayi adalah agak sensitif. Ruam lampin terjadi apabila kulit bayi
terdedah kepada air kencing atau najis dalam jangka masa yang panjang. Tambahan
pula, geseran antara kulit dengan lampin yang dipakai boleh menyebabkan keadaan
kulit menjadi panas dan merah.
Selain
itu, ruam lampin juga boleh berlaku apabila bayi atau kanak-kanak mempunyai
alahan kepada jenis lampin pakai buang yang digunakan atau alah kepada bahan
pencuci atau sabun yang digunakan untuk membasuh lampin. Pada dasarnya, ruam
lampin adalah masalah kulit yang ringan dan tidak serius, namun jika dibiarkan
berlanjutan akan menyebabkan lepuh pada kulit dan boleh menyebabkan jangkitan
bakteria atau kulat berlaku.
Ciri-ciri
ruam lampin adalah keadaan kulit bayi atau anak kecil yang mempunyai ruam merah
di kawasan punggung, bahagian kemaluan atau kawasan yang ditutup dengan lampin.
cara-cara untuk merawat ruam lampin
1.
Tukarkan lampin bayi dengan lebih kerap. Seboleh-bolehnya sebaik sahaja lampin
basah. Hal ini disebabkan air kencing atau najis yang dibiarkan lama tanpa
pembersihan merupakan penyebab utama ruam lampin berlaku. Oleh itu, ibu bapa
hendaklah memeriksa lampin setiap 2 – 3 jam untuk pertukaran lampin. Bayi yang
berumur kurang daripada setahun memerlukan pertukaran lampin yang lebih kerap
berbanding dengan kanak-kanak berumur 1- 2 tahun.
2. Bersihkan kawasan punggung dengan air suam sahaja dan lap kering dengan tuala bersih yang lembut. Elakkan menggunakan sabun kerana bahan kimia pada sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan menerukkan lagi keadaan. Tisu basah pakai buang (baby wipes) boleh digunakan tetapi perlu pilih jenis tisu basah yang bebas bahan pewangi dan alkohol.
3.
Pastikan kawasan punggung adalah kering sebelum memakai lampin yang baru.
Gunakan tuala jenis yang lembut dan lap dengan perlahan-lahan.
4.
Sapu krim atau salap jenis pelindungan (barrier cream or ointment) setiap kali
menukar lampin bagi membentuk lindungan antara kulit dengan air kencing dan
najis. Sapuan yang nipis sudah mencukupi. Antara jenis krim atau salap
pelindung yang boleh digunakan adalah zink oksida (zinc oxide), jeli petroleum/
parafin (petroleum jelly/ white soft paraffin). Dapatkan nasihat daripada ahli
farmasi komuniti semasa membuat pilihan krim pelindung yang sesuai untuk bayi.
[wajib baca: umur berapa bayi tumbuh gigi?]
[wajib baca: umur berapa bayi tumbuh gigi?]
5.
Elakkan menggunakan bedak talkum kerana bedak tersebut berkemungkinan
mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah ruam berlaku.
6.
Tukarkan jenama lampin pakai buang yang digunakan sekiranya 5 langkah di atas
tidak berkesan. Pilih jenis lampin yang sesuai kepada bayi dan mempunyai kadar
serapan air kencing yang lebih tinggi.
Pada
kebiasaannya, ruam lampin akan sembuh dalam tempoh masa 1 minggu selepas
mengambil langkah-langkah seperti di atas. Sekiranya keadaan bayi masih
berlarutan dengan terbentuknya lepuh kecil, kulit menjadi kering dan merekah
serta pembengkakan berlaku, perlu rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan
lanjut.
Doktor
mungkin akan mensyorkan penggunaan ubat sapu jenis steroid seperti
hydrocortisone.
Ubat sapu steroid dapat mengurangkan masalah keradangan. Ubat sapu steroid perlu digunakan secara nipis pada kawasan terlibat mengikut arahan daripada doktor. Penggunaan ubat sapu steroid hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja. Jangan gunakan ubat tersebut berpanjangan tanpa merujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.
Ubat sapu steroid dapat mengurangkan masalah keradangan. Ubat sapu steroid perlu digunakan secara nipis pada kawasan terlibat mengikut arahan daripada doktor. Penggunaan ubat sapu steroid hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja. Jangan gunakan ubat tersebut berpanjangan tanpa merujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.
Dalam
kes jangkitan kulat dan bakteria, ubat sapu antikulat dan antibiotik akan
dipreskripsikan oleh doktor yang merawat. Ubat sapu antikulat perlu disapu
secara berterusan sekurang-kurangnya 7 – 10 hari selepas ruam hilang. Ini
adalah untuk memastikan pembasmian kulat yang berlaku sepenuhnya. Ubat sapu
steroid, antikulat atau antibiotik perlu digunakan terlebih dahulu sebelum
menggunakan krim atau salap pelindung.
Para ibu bapa adalah disyorkan untuk memastikan kawasan punggung bayi sentiasa kering dan bersih dengan mengamalkan amalan menukar lampin yang lebih kerap supaya ruam lampin tidak berlaku. Seperti kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
[wajib baca: maksud apgar score]
Para
pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National
Pharmacy Call Centre, NPCC) di talian bebas tol 1800-88-6722 (Isnin hingga
Jumaat jam 8.00 pagi - 5.00 petang ) untuk mendapatkan maklumat lanjut
berkaitan ubat-ubatan.
Sumber:
Chan Chiew Ting
Pegawai Farmasi
Klinik Kesihatan W.P. Labuan
Chan Chiew Ting
Pegawai Farmasi
Klinik Kesihatan W.P. Labuan
(
metro ahad 13/8/2017)
nasihat pediatric tentang ruam lampin
bagi ibu bapa yang xnak guna bahan kimia untuk merawat ruam lampin,yuk cadangkan ibubapa guna body solution soap (bss).sabun nie di formulasi oleh dr azlan dengan menggunakkan 100% herbal,bahan semulajadi.body solution soap (bss) nie jgak bebas bahan kimia dan bebas steroid
wajib baca: info body solution soap (bss)]
wajib baca: info body solution soap (bss)]
yang menarik tentang body solution soap (bss) nie ialah ia lulus kkm dan bergred makanan.so klau baby termakan pun xpe,ia x beracun.
harga bss nie hanya rm 90..tapi klaun nak harga promosi.. boleh whatsapp +6017-9345465.bg code "promosi bss" nnti uols akan dapat harga promosi
terima kasih
ReplyDeletewelcome..
Delete