smallpox penyakit yang sudah pupus | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

smallpox penyakit yang sudah pupus

penyakit yang sudah pupus,small pox


urm..penyakit pun ada yg pupus..huhuhu..igtkan binatang je yg pupus,,hihi.
smallpx nie xde kaitan ngan campak @ chickenpox @ measles ye..
smallpox secara rasminya diisytiharkan pupus sejak 8 may 1980.

saya malas nak cterkan tentang bahayanya penyakit nie..sbb uols boleh je google kan..
tengok pic kat atas tu pun dah tahu bahawa smallpox penyakit yg menakutkan..
saya cuma nak bgtau yg smallpox nie berjangkit n boleh membawa maut..
klau x tkut lg x tau lar..haha..

tapi..camne smallpox boleh pupus??


Pencegahan melalui vaksin adalah salah satu cara yang terbaik. Vaksin ni proses memasukkan bakteria atau virus tertentu yang telah mati dan dilemahkan, lalu dimasukkan ke dalam badan melalui suntikan. Apabila sistem immunisasi badan berjaya detect benda2 ni, ia akan segera bertindak menghapuskan dan di sinilah memori terhasil. Jika benda sebegini datang lagi ke dalam badan, sistem immunisasi akan segera bertindak balas. Tapi tindak balas kali kedua ini, lebih berkesan dan effective berbanding kali pertama ia berkenalan.

Tapi itu bukan tujuannya. Perkara paling penting dalam hal vaksin ini adalah untuk mewujudkan 'herd immunity' iaitu apabila orang yang divaksin ini berjaya menjadi pelindung kepada golongan yang tidak divaksin. Jika ramai orang yang divaksin, maka perlindungan menjadi lebih kebal. Satu-satu kelompok itu akan kebal daripada ancaman penyakit. Apabila hampir semua masyarakat sedar dan menerima vaksin, maka penyakit tidak lagi mampu menyerang ekoran perlindungan kebal yang diwujudkan sesebuah masyarakat. Inilah tujuan yang masyarakat perlu sedar akan wujudnya vaksin.

ok..nie perbezaan small pox n chicken pox.boleh tngok distribution dia,small pox dia bnyak kat bahagian muka n tangan,so klau kena small pox mmng malu lar,,huhu.

jadi..klau masyarakat menolak vaksin..penyakit nie mugkin akan kembali ke??

Sudah tentulah. Vaksin ni bukan untuk kebaikan diri kita sahaja. Tapi untuk masyarakat kita yang lain juga. Jangan disebabkan terlalu terikut-ikut dengan propaganda anti-vaxx yang penuh dengan auta dan penipuan, makanya kita terus menafikan manfaatnya. Jadilah orang yang cerdik. Bertanyalah kepada yang pakar, bukannya terus dapat dan sebarkan perkara yang tak tahu betul salahnya.

Jaga-jaga! Kalau kita terus sebegini, tidak mustahil penyakit yang jarang2 sekali kita jumpa ni akan kembali menyerang semula.

[source: FB Nabil Azhar]

kita sudah dikejutkan dengan adanya outbreak difteria di kuala muda yg telah meragut nyawa bayi. jadi jika kita menolak vaksin tidak mustahil penyakit smallpox akan kembali..

saya harap penerangan ttng bagaimana vaksin bertindak akan mngubah persepsi anda ttang vaksin..saya rasa penerangan tersebut yg pling mudah.klau x faham lg x tau lar..huhu..
penat tau cari penerangan yg simple pasal vaksin nie..huhu..

sy x pndai nak explain dlm malay...huhu..belajar dulu dlm bi..so ada term2 yg 
x tau dlm malay.
klau sy explain jgak kan..tkut makin pening plak..haha..sbb sy akan explain start from the virus lpas tu antibody..camne antibody protect us from the disease..hah..kan dah pning..so faham kan yg kat atas tu je..

jika anda rasa article nie bermanfaat..please share it..





No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...