Kisah Si Pemburu Jodoh | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Kisah Si Pemburu Jodoh

mane lar jodoh aku nie...


wow..tajuk pun dah macam drama melayu.haha..
dah boleh masuk slot akasia nie...hihi..
hari nie aku tertarik nak share kisah akak nie..
yup..akak k..nie bukan kisah aku tau..
sbb aku muda lagi..haha..
n nie juga bkan kisah rekaan..tapi realiti...
kisaj nie aku ambik kat IIUM Confension-BM
hope fully kisah nie dpt mnjadi inspirasi kepada mereka yg blum lagi mendapat jodoh.
jom baca kisah akak nie..

Raya-raya ni ramai jugak yang bercerita pasal jodoh. Biasalah kalau umur ko dah nak masuk 3 series tu asal beraya je makcik-makcik suka tanya "bila nak kawen?". Makcik dulu umur ko dah anak 2. Anggap je makcik ambil berat bukan nak membanding. think Positif k.

[wajib baca : kebahagiaan abahku dirampas]

Untuk yang berumur kurang 25, akak rasa takyah nak menggelupur sangat. Relek, baru 20-an. Sampai umur 27-30 pun  boleh maintain relek lagi sebab korang kena percaya. Jodoh itu di tangan Allah. Yang penting kita ikhtiar.
akak  ni nak kata takda rupa, adalah jugak. Tapi cuma berat sikit kat jodoh ja. Masa mula-mula bercinta tapi last-last ditinggalkan, akak  susah sangat nak move on. Adalah dalam 2 tahun camtu sedar-sedar dah 26. Bukan taknak kahwin tapi hati susah nak bukak. Yelah, tak move on lagi. Padahal ada ja orang nak kenal tapi akak  tolak.

move on jelar...


when my age 26 ,akak  macam tekanan jugak sebab orang kata rupa ada, tapi calon xda. Ramaila jejaka serta suami orang duk mengayat akak . Tapi dalam hati still ingat kat ex. Tah kenapa susah sangat nk buang perasaan kt dia pun akak  tak tahu. Mungkin still mengharap ada jodoh dengan dia lagi kot. Padahal, dia dah taknak kat akak  dah. Dia yang tiba-tiba hilang tak dapat contact ape sume. Mungkin akak  menanti jawapan kenapa dia pergi tanpa ucapkan sebarang kata-kata.

Dipendekkan cerita, akak  nekad nak cuba buka hati untuk orang lain. Tapi biarlah yang ada kerja n bukan laki orang. Selagi boleh memilih, mestila akak  memilih yang terbaik. akak  mengaku akak  memang demand sikit. Prinsip akak , biar kawen lewat, alang-alang dah lewat takkan nak sebat je sesapa, perlu cari yang berkualiti jugak. Paling kurang sembahyang cukup. Rupa tu taklah hensem gila tapi biarlah sedap mata memandang. Gitu. Hak2

[wajib baca: pokok kurma yang menangis]

So akak  pun cuba isi 'baitulmuslim'. Ni langkah pertama akak . Sebab ada dengar kisah-kisah yang bertemu jodoh melalui portal tu. akak  tak kisah pasal bayaran, yang penting cuba, ikhtiar. Kalau ada, adalah. Kalau takda, mungkin jodoh kita tu melalui cara lain. Yang penting, doa-usaha-tawakal. Niat akak  memang nak usaha nak move on, cuba buka hati, ikhtiar, akak  tawakal. Setiap langkah kita tu Allah tengok sejauh mana kita betul-betul NAK kat apa yang kita mohon itu.

Ramai juga yang pm akak  nak taaruf(berkenalan). Adalah dalam 20 orang sehari. Tapi diingatkan, bukan semua dalam tu kita boleh percaya. Kena tapis jugak. akak  cuma pilih sorang je dalam ramai-ramai calon tu. Taknak tamak, taknak terburu-buru. Sebab niat akak  nak mencuba je dulu. Dipendekkan cerita, dengan calon yang pertama,akak  berkenalan sehinggalah kami bertemu ibu bapa masing-masing.

Mesti korang ingat jodoh akak  dengan dia kan? akak  pun ingat camtu mula-mula, sebab macam smooth je hubungan kitorang. Semuanya terasa dipermudahkan. both family pun macam okay je. Tapi, Allah uji akak  sekali lagi bila mana sampai satu tahap akak  ditinggalkan lagi. Orang kalau dah tak sudi, dia mulalah nak menjauhkan diri, tiba-tiba menyepi. Contact pun senyap je. Sampailah satu hari tu check fb dia dah berkahwin. Kahwin...then langsung tak bagitaw. K fine. akak  rasa tindakan dia macam kejam gila. Malu nak jawab kat family. Habis 1 family sampai sedara mara dah kenal dia kot. Tapi akak  redha. So, akak  move on lagi. that time umur dah 27 tahun. So beraya pun orang duk tanya bila-bila. akak  jawab "insyaAllah". Hehe
Sebabkan dah ada pengalaman jatuh bangun, akak  gandakan usaha akak  untuk cari jodoh lagi, buka pintu hati lagi. Selagi kita tak cuba to open our heart, susah nak cari pengganti. Ramai kawan-kawan sebaya akak  bila putus masa lanjut usia ni, dorang terus give up. Biarlah andartu daripada disakiti. Baik hidup sorang-sorang. akak  ikhtiar ni bukan apa, 1 je ahkak niat nak kahwin sebab nak elak fitnah. Bila ada rupa, ramai lelaki cuba nak amik kesempatan. Sampai ada tuduh macam-macam. Tapi semua yang terjadi ada hikmah. Sampailah putus kali ni membuatkan ahkak tergerak hati untuk berubat secara islam.

Dari dulu, akak  tiap malam nak tido je pasti ada gangguan. Mimpi ular, mimpi jin, macam-macam. Kadang-kadang pintu bilik kena ketuk, siling kena hentak, macam-macam bunyi dan gangguan ahkak kena. akak  fikir biasalah tinggal sorang-sorang, rumah keras apala. So macam x kesah sangat, macam dah lali dengan gangguan. Dan akak  memang type yang independent, berani, berdikari. Tu jodoh lambat sikit tu kot sebab boleh hidup tak bergantung kt lelaki sangat. Ahah.

Dipendekkan cerita lagi, ada 2 ustaz 1 ustazah ahkak jumpa. Termasuklah rawatan as-syifaa. InsyaAllah bukan bomoh2 ke apa, nama pun ikhtiar. Dan ahkak disahkan terkena sihir. Pastu ada beberapa ekor jin dalam badan ni dalam 3 tahun camtu. Patutla badan makin lama makin berat. Every relationship akak akan hancur. Mula-mula yela lelaki beriya nak kenal. Lepas 2 mingu lebih, ada je sebab nak menghilang. "Awak ni baik sangat". "Awak ni cantik sangat". "Awak ada kerjaya, gaji besar saya ni kerja biasa2". Since akak  memang dalam proses untuk berkenalan je dengan mana-mana calon yang akak  pilih, adalah dalam belas-belas camtu. Tapi bukan serentak, i am not playgurl okay. Means lepas sorang, tak jadi, move on, next next next. Camtu. Penat? Takdelah, nama pun ikhtiar. Habis semua portal cari jodoh ahkak daftar dan calon akak  tapis. Dalam hati tu rasa macam redha tahap ke-4. Kalau ada, ada. Kalau takde, takdelah. Yang penting ada kriteria yang akak  nak.

[wajib baca: kitaran maksiat]

Nak dihabiskan cerita, sambil-sambil akak  cari jodoh. akak  amalkan rawatan islam. Ustazah perawat kata, setiap usaha kita, langkah kita, Allah nak hapuskan dosa-dosa kita. Walaupun terkena duri daun bidara pun, Allah kira usaha kita. Kalau jodoh tertutup, kita sendiri kena usaha untuk membukaknya. Amalan-amalan jangan tinggal. Solat tahajud, taubat, hajat, istikharah, doa, istiqamah. Ada 1 buku rawatan yang penuh dengan doa syifaa, akak amalkan setiap hari disamping amalan-amalan sunat lain. Ibarat kata ustaz yusuf mansur, kita nakkan sesuatu pada Allah, kita kena berusaha minta dengan kesungguhan. Nak lagi cepat, usaha kena lebih-lebih berganda kesungguhan. Sebab yang mempertemukan kita dengan jodoh kita, adalah Allah. Cara tu tu asbab je.

jgn give up..teruskan berdoa.Allah sentiasa mendengar


Klimaksnya, bulan ramadhan tahun lepas. akak  ahkak jatuh pada bulan puasa. akak  tak masuk kerja. akak  iktikaf kat masjid. Ustaz kata waktu hari kita dilahirkan, puasa sunat, hajat, doa kita insyaAllah dimakbulkan. Dah bulan baik, hari baik. akak  taknak lepaskan peluang. Lepas tu, malam lailatulqadar (malam ganjil)akak  iktikaf lagi kat masjid. Tidur sekejap je, akak  memang nak tunjukkan kesungguhan pada Allah. Yang akak  taknak hidup membujang sampai tua. akak  nak seorang suami yang akak  sebutkan setiap satu ciri-ciri lelaki idaman akak . Walaupun rasa macam tak wujud je lelaki macamtu tapi berdoa biar spesifik. Yakin yang doa kita akan dimakbulkan. Cara bagaimana, kita berserah.

[wajib baca: lukisan yang viral di facebook]

Alhamdulillah, raya tahun lepas ada seorang lelaki yang akak  penah minat dulu tapi tak pernah contact. Ajaibnya doa kita, dia tanya akak  dah berpunya belum. akak  jawab belum, terus dia lamar akak  raya tu jugak. Suami akak  yang sekarang, jodoh akak , ialah seorang lelaki idaman akak . Nak banding dengan ex2 lepas memang jauh sekali. My secret admire is now my husband. Rasa macam tak percaya pun ada. Now i am happily married. Tapi nak cerita yang jangan putus asa untuk mencari jodoh. Kalau bukan orang ke-99, mungkin orang yang ke-100. Terus melangkah dan berdoa. Mintak dengan bersungguh-sungguh. Sebab kita tak tahu apa yang Allah sediakan untuk kita. Dia bagi hujan, sebab Dia nak bagi pelangi untuk kita.

– -kak long-


moral of the story??

b4 that..nak ucakan trima kasih sbb sudi baca cerita yg panjang nie..haha..
dah macam cepen kan..hihi..
ok moral dia..jgn lar korang give up dlm mencari jodoh..
mcm sis tu ckp..klau bukan yg ke 99 perhaps yg ke 100 jodoh uols..
klau korang give pada yg ke 99..urm..x jmpa lar jodoh uols..

jodoh nie kena beusaha gak..bkn tunggu je tau..
maksug berusaha tu bukan nyer tergedik-gedik cari jantan..
sis nie dah bgtau cara2 utk kita berusaha mencari jodoh..
cth.pergi berubat cara islam..bkn bomoh k...

ok lar..saya doakan agar korang jmpa ngan jodoh idaman uols..amin..
sape yg x jmpa lagi jodoh..jadikan cerita sis nie sbgai insipirasi..

anda ada kisah yg menarik untuk bgtau??boleh cerita kat komen..



1 comment:

  1. Do you need free Twitter Re-tweets?
    Did you know that you can get them ON AUTO-PILOT & TOTALLY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?

    ReplyDelete

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...