7 Tabiat Orang Yang Cemerlang | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

7 Tabiat Orang Yang Cemerlang

rumusan daripada  buku "the seven habit of  highly effective people"

7 Tabiat Orang Yang Cemerlang

sape dah pernah baca buku "the seven habit of  highly effective people" ??
wah bgus dah baca yer..yuk je yg x baca lagi..hihi..
yuk nie klau buku2 gni mmang lambat lar baca ckit..haha
klau novel tu ok lg lar...suka lar baca..tambah2 novel crime,horror and thriller..

disebabkan yuk belum lagi baca buku "the seven habit of  highly effective people"
yuk pun nak share lar tentang isi buku nie..
eh...ckp blum baca..camne boleh tahu isi buku "the seven habit of  highly effective people"  nie plak kan..hihi..

yuk tahu pun sbb yuk baca kisah seorang hamba allah nie kat facebook...
so yuk nak share kisah dia kat cni..sbb kisah nie sangat menarik unutk dibaca..
so sangat rugi klau anda x baca tentang kisah nie...
kisah nie sesuai bagi mereka yang xde masa nak baca buku "the seven habit of  highly effective people" sbb kisah nie dia buat rumusan tentang buku "the seven habit of  highly effective people"..

 Petang tadi sempat saya bertemu seorang pemuda yang menjual barang makanan (kurma, kismis, buah tin, minyak zaitun, dll) di gerai meja Econsave Sungai Buloh yang sedang khusyuk membaca sebuah buku. Saya menyapanya, bagusnya sambil menjual sempat membaca, satu habit yang sangat baik untuk anak muda sepertinya.


Dia menjawab "saya sedang membaca The Seven Habit Of Highly Effective People". Saya katakan padanya yang saya sudah beberapa kali membaca buku itu semasa belajar dulu. Dia meminta saya memberi sedikit rumusan, saya sempat membuat rumusan mengikut ingatan bacaan saya dulu selama lebih kurang 10 minit. Walaupun tidak semuanya saya ingat namun apa yang saya rumuskan tadi saya kongsikan sedikit di sini.

7 sikap orang yang cemerlang ini 4 darinya merupakan jatidiri yang perlu kita bina dan 3 lagi merupakan sikap pergaulan yang cemerlang yang perlu ada bagi setiap orang yang ingin berjaya.

1. Sikap Proaktif 

– Orang yang reaktif akan selalu membahaskan perkara yang tidak mampu dicapai lagi dan lagi. Terutamanya masaalah di sekeliling mereka. Mereka disibukkan dengan rungutan dan keluhan tanpa merubah keadaan kepada lebih baik. Samaada apabila berbicara, bertindak, menulis atau berwhatsapp. Mereka boleh duduk berjam jam membahaskan isu yang sama. Dengan sekecil kecil perkara hingga sebesar besar perkara.

Orang yang Proaktif sedar walaupun segala rungutannya ada kebenaran namun ia tidak membantu membaiki masalah. Dia mulakan dengan apa yang boleh dicapai, apa yang perlu dibaiki dan apa yang mampu diselesaikan. Golongan Proactive menyelesaikan masaalah dan golongan Reactive senantiasa sibuk dengan keluhan tentang masaalah. Kegagalan adalah selangkah kearah menuju kejayaan. Mereka yang Proaktiv mengamalkan kecekalan dalam berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Sikap ini membuatkan mereka meraih kecemerlangan.

2. Begin with the end in mind
- Apa yang ada di dalam minda kita yang mahu kita capai? Soalan yang paling mudah untuk kita ialah apa yang kita mahu? Kerana keinginan yang tinggi selalunya mendorong kejayaan manusia ke arah itu. Jika kita mahukan sesuatu dan kita berbuat sebaliknya, ia bermaksud kita mengundur ke belakang bukan menuju kepada target dalam hidup kita.

3. Sikap mengutamakan apa yang penting. (First thing first)
 Perkara ini sebenarnya diambil dari banyak tulisan warisan Islam yang dikaji oleh mereka. Baginda Nabi صلّي الله عليه وسلّم amat mengambil berat perkara ini. Baginda Nabi صلّي الله عليه وسلّم senantiasa mengutamakan orang yang lebih perlu atau siapa yang lebih utama didahulukan. Samaada dalam pembahagian harta nafkah atau pembahagian zakat. Begitu juga dalam tindakan, perkara yang wajib perlu diutamakan dari yang sunat dan begitulah seterusnya. 

[wajib baca: biodata sultan muhammad al-fateh]

Apabila kita kaji dengan teliti apakah perkara penting yang kita senaraikan dalam hidup kita? Kita selalunya senaraikan apa yang paling penting itu adalah agama, seterusnya keluarga seterusnya pencapaian dalam pelajaran atau pekerjaan, pencapaian yang cemerlang dalam perniagaan dan juga gaya hidup sihat demi menjaga kesihatan sebagai contoh.

Jarang sekali kita senaraikan apa yang penting itu seperti menonton TV, bermain game COC, Mobile Legend atau dota, meluangkan banyak masa dengan gajet atau bersembang kosong di media digital dan lain lain.
Namun ramai dikalangan kita menghabiskan banyak masanya pada perkara yang tidak penting. Jadi di mana kita letakkan perkara yang penting dalam kehidupan kita?

4. Think Win – Win. 
Contohnya saya menjual barangan saya dan kamu pula menjual barangan milikmu. Kemudian saya membeli dan memuji muji barangan yang dijual oleh kamu, pada akhirnya membawa peningkatan kepada perniagaan kamu kerana kesan positif daripada testimoni saya tentang produk yang kamu jual. Dan begitu juga dengan sikap yang kita perlu tonjolkan terhadap orang lain. Perlu diingat jika kita mahu berjaya orang lain tidak perlu gagal untuk jadikan kita berjaya.


5. Seek First to understand then to be understood. 
- Memahami untuk difahami. Sebagai contoh, kamu merasakan orang lain semuanya tidak faham apa yang kamu mahukan, sebenarnya kamu perlu memahami kehendak orang lain dan orang akan mula faham kehendakmu.

Jika kamu telah bersusah payah dengan segala usaha untuk sesuatu tanpa memberi kefahaman betapa baik atau bernilainya apa yang kamu usahakan atau produk yang kamu hasilkan. Tiada siapa yang kisah kerana mereka tidak memahami betapa bernilainya apa yang kamu hasilkan. Kerana itu sesuatu produk yang berjaya meletup jualannya sebelum mereka berjaya menjual, mereka sebelum itu telah berjaya memberi kefahaman dan keyakinan kepada orang ramai atau pelanggan mereka tentang qualiti produk yang mereka ada. Jadi bagi orang faham untuk mereka memahami kita.

6. Synergize 
– Sikap orang yang cemerlang ialah saling bekerjasama dan saling membantu. Mereka sedar setiap orang mampu lakukan sesuatu. Dengan adanya muafakat banyak perkara yang kita dapat capai lakukan bersama sesuatu yang tak mampu kita capai secara perseorangan. 

[wajib baca: kelebihan mengamalkan istighfar]

Sebagai contoh kita mahu menghasilkan kueh dalam quantiti yang besar, kita tidak akan berjaya jika kita menghalang orang lain dari mencapai target mereka. Apa yang perlu dilakukan ialah saling membantu melakukan usaha yang positif. Sudah pasti hasilnya kita mampu capai lebih besar dari melakukannya sendirian. Sentiasa mencari peluang yang baik untuk bekerjasama. Semakin banyak peluang usaha sama yang kita dapat semakin banyak kemampuan kita menyusun kejayaan yang lebih cemerlang dan cekap.

7. Sharpen the saw. 
Tajamkan gergaji bermaksud tajamkan skill kemahiran dan kita akan dapat capai kejayaan dengan lebih pantas. Kita mungkin merasakan tindakan menajamkan gergaji menghabiskan masa atau melambatkan kerja. Sebenarnya luangkan masa yang sedikit setiap hari untuk tajamkan atau baiki qualiti produk kita, kerja kita dan diri kita, lama kelamaan kita akan lihat kejayaan lebih dekat dengan begitu pantas.

[wajib baca: keajaiban ciptaan allah]

Rumusannya sebagai berikut:

PERSONAL VICTORY
1- Proactive.
2- Begin with the end in mind.
3-Put first thing first.
4-Sharpen the saw.

PUBLIC VICTORY
5-Think win – win
6-Synergize
7-Seek to understand then to be understood.

Sebelum beredar sempat juga saya membeli kacang badam dan buah kismis darinya. Semoga Allah swt bagi kejayaan yang cemerlang kepada pemuda ini dan kita semua.

sumber: mohd dailami

klau masi x faham lagi..boleh tngok nie..
orang malaysia kan..malas nak baca pnjang2...mereka lagi suka lukisan..hihihi

video rumusan buku "the seven habit of  highly effective people"


adakan anda mempunyai tabiat orang yang berjaya??

2 comments:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...