Homemade Scrub Muka & Badan(DIY) | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Homemade Scrub Muka & Badan(DIY)

Buat Sendiri Scrub Muka Dan Badan

Homemade Scrub Muka & Badan(DIY)

ok .sape kat sini yg nak belajar buat scrub muka..
angkat kaki..hihi...
senang je nak buat scrub nie..
bukan setakat senang..,tapi ambik masa yang singkat je nak siap..

lagipun scrub muka dan badan yang yuk nak ajar nie..
mengunakkan 100% bahan semulajadi..
so natural gtu..
x yah dah uols nak membazir duit nak beli scrub muka dan badan..

buat je sendiri..lebih jimat,selamat dan yang paling penting halal..
tanpa membuang masa mari kita belajar buat scrub muka dan badan homemade..


Bahan-bahan untuk scrub muka dan badan

Homemade Scrub Muka & Badan(DIY)

  •  Kunyit
  •  Limau kasturi
  •  Beras

Cara-cara membuat scrub muka dan badan

1. Sehari sebelum proses membuat, kena rendam dulu beras dalam air dan biarkan semalaman.

2. Keesokan harinya, cuci dan buang air beras yang kita rendam semalam. Kemudian toskan beras.

3. Campurkan sekali kunyit dan beras tadi.
Kemudian, tumbuk sampai beras benar-benar halus supaya senang sapu pada muka.


P/s : Pastikan lesung batu bersih tau. Jangan lepas tumbuk belacan dan cili terus pakai guna tumbuk beras dan kunyit. Kang pedas muka, padan muka menggelepar. 

4. Dah halus ditumbuk, masukkan di satu bekas kemudian picit limau kasturi ke dalam scrub. Gaul sebati dan siap!

5. Sapu kat muka dan tempat bermasalah seperti ketiak, siku, celah kelangkang, lutut dan tumit kaki. Biarkan selama 20 minit, dah boleh basuh macam biasa guna air bersih.

[wajib baca: buat masker muka untuk kulit putih & bebas jerawat]

Guna seminggu 2 kali, pasti kulit bersih dan masalah badan berbau hilang uolss.
Hokey, ni nak cerita pulak setiap manfaat bahan scrub tadi.

kelebihan bahan-bahan dalam scrub

LIMAU KASTURI 
- Bertindak sebagai agen ' Skin bleaching ' . Ekstrak limau kasturi sangat lembut dan semulajadidan berkesan. Ianya mampu mencerahkan kawasan yang gelap seperti ketiak, siku,dan memudarkan bintik hitam.

- Menghilangkan bau badan. Ianya boleh menghalang perpeluhan dan mengandungi sebatian anti bakteria yang kuat.

BERAS 
- Mengecilkan pori.
- Mengatasi masalah muka berminyak.
- Memutihkan kulit.
- Mengatasi masalah jerawat.
- Menegangkan kulit wajah.
- Anti penuaan.
- Menghilangkan bintik hitam.
- Menghaluskan kulit.

 KUNYIT 

- Menghilangkan jerawat.
- Mengatasi masalah kulit berminyak.
- Menegangkan kulit wajah.
- Mengurangkan tanda penuaan.
- Mengurangkan pigmentasi.
- Menghilangkan masalah kulit kusam dan kering.
- Menghilangkan strech mark pada perut terutamanya.
- Menghilangkan masalah tumit merekah.
- Menghilangkan sel kulit mati.
Nampak tak manfaat setiap bahan tu? Best kan. Hehe uolss kena cuba buat sendiri sebab semua bahan ada kat dapur. Mudah, jimat dan cepat!



No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...