sultan muhammad al-fateh dan kisah penaklukan kota Constantinople
sape kat cni knal dengan sultan al-fateh??angkat tangan..hihi..
klau yang x kenal xpe..nnti boleh baca article yang yuk share nie..
al-fateh nie hebat orangnya,,one of my idol..
al-fateh merupakan icon belia yang hebat,,dia berjaya menakluk kota Constantinople tau..
bukan senang nak takluk kota tu..
yang yuk kagum ialah strategi perang beliau yang herbat...
klau nak tahu...al-fateh nie dapat melayarkan kapal di atas daratan..hebat kan..
klau nak tahu lebih pasal al-fateh dan bagaimana beliau menakluk kota Constantinople...
meh baca article nie...
DETIK - DETIK PENAKLUKAN KOTA CONSTANTINOPLE OLEH SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
Ketika
dalam Perang Khandak,Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Constantinople
(sekarang Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja,tenteranya adalah sebaik-baik
tentera."
Bermula
saat itu,pelbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan Khilafah Islam terdahulu
untuk membebaskan Constantinople.
Kerajaan
Umaiyyah telah melancarkan kempen dalam usaha menakluk Constantinople sebanyak
5 kali,satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan
Uthmaniyyah.
Dengan
takdir Allah SWT,kesemua kempen ini masih juga gagal untuk menakluki
Constantinople.
Hadith
Rasulullah SAW ini kemudiannya telah di realisasikan setelah hampir 800 tahun
oleh Sultan Muhammad Al-Fateh,iaitu Khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama
150,000 orang tenteranya.
Apakah
kehebatan yang di miliki oleh baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut
"sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadith
tersebut?
SIAPAKAH SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH?
Baginda
Sultan Muhammad Al-Fateh di lahirkan pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis (sempadan
Turki-Bulgaria).
Sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah di sebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam hadith tadi.
Sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah di sebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam hadith tadi.
[wajib baca: 11 kaum yang dibinasakan oleh Allah]
Baginda
menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 –
1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung
yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan.
Baginda
mangkat pada 3 Mei 1481 akibat penyakit (di katakan mengidap sakit gout) yang
di alaminya.Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat kerana telah di
racun.Wallahua'lam.
PENDIDIKAN
Baginda
menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu.
Dalam bidang keagamaan,gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali; dikatakan daripada keturunan Saydina Abu Bakar As-Siddiq RA.
Dalam bidang keagamaan,gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali; dikatakan daripada keturunan Saydina Abu Bakar As-Siddiq RA.
Dalam
ilmu peperangan pula,baginda diajar tentang taktik peperangan,memanah dan
menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Dalam
bidang akademik pula,baginda merupakan seorang cendekiawan ulung di zamannya.
Baginda menguasai dan fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu bahasa Arab,Latin,Greek,Serbia,Turki, Parsi dan Hebrew.
Dalam
bidang ilmu pemerintahan,Sultan Murad II, iaitu ayahndanya telah melantik
Al-Fateh yg ketika itu baru berusia 12 tahun untuk memangku jawatan Khalifah
sepanjang ketiadaannya kerana pergi bersuluk ke Pulau Magnesia.
Tujuan
Sultan Murad II berbuat demikian adalah untuk melatih serta mendidik Muhammad
Al-Fateh.
Dalam usia yang sebegitu muda,Al-Fateh telah pun menunjukkan kematangan dalam menangani tipu helah musuh.
Dalam usia yang sebegitu muda,Al-Fateh telah pun menunjukkan kematangan dalam menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda
sentiasa bersifat tawaduk dan zuhud. Ketika membina Benteng Rumeli
Hissari,baginda juga turut turun padang untuk melakukan kerja² bersama bala
tenteranya.
[wajib baca: fakta menarik tentang negara haram israel]
Baginda
membuka baju dan serbannya,mngangkat batu dan pasir.
Perilaku baginda telah membuatkan ulama'-ulama' dan para menteri berasa segan dan telah mendorong mereka untuk turut sama melakukan kerja.
Perilaku baginda telah membuatkan ulama'-ulama' dan para menteri berasa segan dan telah mendorong mereka untuk turut sama melakukan kerja.
Sepanjang
era baginda memegang tampuk kepimpinan,baginda dikenali sebagai seorang yang
sentiasa tenang,pendiam,berani,sabar,tegas dan amat teguh menyimpan rahsia²
kerajaan di bawah pemerintahannya.
Baginda
juga amat cintakan para ulama' dan sering sahaja bermuzakarah serta berbincang
bersama mereka berkaitan permasalahan negara.
PERSIAPAN
AWAL DALAM USAHA UNTUK MEMBEBASKAN KOTA CONSTANTINOPLE
Dalam
tempoh masa dua tahun selepas menaiki takhta,baginda telah banyak mengkaji
pelan Kota Constantinopel dalam usaha untuk mengenal pasti titik kelemahan kota
tersebut.
Baginda
juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang
dengan panglima-panglima perangnya berkenaan strategi yang sesuai untuk
digunakan.
Dalam
usaha baginda untuk menembusi benteng kebal kota tersebut,baginda telah
mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh
menembak bom seberat 300KG sejauh kira-kira 1 batu.
Selain
itu,sebuah benteng yang di kenali sebagai Benteng Rumeli Hissari juga turut di
bina di tebing sebelah Eropah,iaitu kira-kira 5 batu jaraknya dari Kota
Constantinople.Ia
di bina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar yang terletak di tebing
sebelah Asia.
Benteng ini telah pun di bina oleh Sultan Bayazid Yildirim sebelumnya.
Melalui benteng ini,pergerakan kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus dapat di pantau dan di kawal rapi.
Melalui benteng ini,pergerakan kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus dapat di pantau dan di kawal rapi.
Terlebih
dahulu,satu perjanjian damai telah di materai antara Baginda dengan pihak
Wallachia, Serbia dan Hungary di mana kesemua pihak telah bersetuju untuk memencilkan
Constantinopel apabila di serang kelak.
Ini
juga merupakan sebahagian dari strategi yang di rangka oleh baginda untuk
memastikan kejayaan berjaya di raih dalam usaha menawan kota tersebut.
Baginda
juga turut membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bg
membakar semangat jihad tenteranya.
MULA MENYERANG KOTA CONSTANTINOPEL
Sebaik
sahaja tiba dan menghampiri dinding kubu Kota Constantinopel,baginda
mengarahkan agar azan di laungkan dan solat berjemaah.
Tentera
Byzantine mula berasa gentar tatkala melihat 150,000 tentera Islam bersolat di
belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Setelah
segala persiapan lengkap di atur,baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin
menyeru agar beliau menyerah.
Bagaimanapun,Raja Byzantin enggan berbuat demikian.
Oleh itu,Baginda Al-Fateh mula mengambil langkah pertama iaitu dengan mengepung kota tersebut.
Bagaimanapun,Raja Byzantin enggan berbuat demikian.
Oleh itu,Baginda Al-Fateh mula mengambil langkah pertama iaitu dengan mengepung kota tersebut.
Pada
19 April 1453,serangan telah di mulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam
selama 48 hari. Setengah dinding luarnya telah rosak tetapi dinding di bahagian
tengahnya masih teguh.
Seterusnya
baginda mengarahkan penggunaan 'menara bergerak' di mana ianya adalah lebih
tinggi dari dinding kubu kota tersebut.
Ratusan tentera Muslim telah dikerahkan ke dalam 'menara bergerak' tersebut untuk menyerang tentera Byzantine.
Ratusan tentera Muslim telah dikerahkan ke dalam 'menara bergerak' tersebut untuk menyerang tentera Byzantine.
Bagaimanapun,tentera
Byzantine telah berjaya memusnahkan menara tersebut ianya menembusi dinding
tengah kubu mereka
BANTUAN
DARI POPE VATICAN KPD BYZANTINE
Pope
di Rome telah menghantar bantuan berupa 5 buah armada yang di penuhi dengan
senjata dan tentera.
Perairan Teluk Golden Horn telah direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah.
Ini telah menaikkan semula semangat tentera Byzantine
Perairan Teluk Golden Horn telah direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah.
Ini telah menaikkan semula semangat tentera Byzantine
STRATEGI
PERANG GENIUS AL-FATEH
Kegembiraan
tentera Byzantine tidak kekal lama. Keesokan paginya,mereka telah di kejutkan
dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden
Horn.
Ini
adalah hasil kebijaksanaan strategi Baginda Al-Fateh yang dari awalnya telah
'mengangkut' kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian di luncurkan semula ke
perairan Teluk Golden Horn.
Taktik
ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di
dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.
Kapal-kapal itu kemudiannya membedil bahagian belakang dinding pertahanan kota.
Kapal-kapal itu kemudiannya membedil bahagian belakang dinding pertahanan kota.
[wajib baca: manakah masjidil aqsa yang sebenar?]
Kapal-kapal
perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah.
Pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.
Pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.
Pada
sebelah malamnya,baginda telah mengambil kesempatan untuk memberikan kata²
semangat kepada tenteranya dan turut mengingatkan mereka dengan hadith
Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.
Keesokan
paginya,tentera Uthmaniyah cuba untuk memanjat dinding dalam kubu dengan tangga
dan cuba merobohkannya dengan lastik besar.
Tentangan
sengit yg di terima dari pihak Byzantine menyebabkan ramai yang syahid.
Baginda kemudiannya telah memerintahkan agar tenteranya berundur buat sementara waktu.Tentera Muslim hanya menyerang dari luar dengan bedilan meriam yang berterusan sehingga tengah hari keesokannya.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
Pengepungan
selama 53 hari tanpa ada sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa
letih dan bosan serta sedikit sebanyak melemahkan keyakinan tentera baginda.
Pada
saat genting ini,baginda telah tampil berucap untuk menaikkan semangat
tenteranya.
Baginda
berkata:
Wahai tenteraku,aku bersedia untuk mati di jalan Allah SWT.Sesiapa yang mahu syahid maka ikutlah aku".
Wahai tenteraku,aku bersedia untuk mati di jalan Allah SWT.Sesiapa yang mahu syahid maka ikutlah aku".
Mendengarkan
itu,semangat tentera Muslim mula kembali bangkit dan berkobar-kobar.
Kemudian Hasan Ulubate,salah seorang tentera baginda telah mengetuai sekumpulan kecil yang terdiri daripada kira² 30 orang tentera Muslim mula meluru masuk menyerang ke dalam kubu musuh.
Kemudian Hasan Ulubate,salah seorang tentera baginda telah mengetuai sekumpulan kecil yang terdiri daripada kira² 30 orang tentera Muslim mula meluru masuk menyerang ke dalam kubu musuh.
Hasan
kemudiannya lantas memacak bendera tentera Islam di situ.
Akan tetapi,mereka kesemuanya gugur syahid setelah di hujani anak panah musuh.
Akan tetapi,mereka kesemuanya gugur syahid setelah di hujani anak panah musuh.
Pengorbanan
yang di lakukan oleh mereka telah menjadi pemangkin dan membuka jalan kepada
tentera Muslim untuk maju lebih dalam.
Rentetan itu,tentera-tentera Islam mula menyerbu secara bertali arus memasuki barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Rentetan itu,tentera-tentera Islam mula menyerbu secara bertali arus memasuki barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
PENAWANAN CONSTANTINOPLE
Pada
29 Mei 1453,Kota Constantinopel yang kebal selama ribuan tahun itu akhirnya runtuh
dan jatuh ke tangan Islam.
Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur.
Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur.
Bermula
dari peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" yang membawa
maksud "pembuka" atau "penakluk" sempena kejayaannya
membebaskan Constantinople.
Baginda
kemudiannya telah menukar nama kota itu kepada Islambol (Islam keseluruhan).
Gereja Besar St. Sophies turut di ubah fungsinya menjadi sebuah masjid yang di kenali sebagai Masjid Aya Sofiya.
Gereja Besar St. Sophies turut di ubah fungsinya menjadi sebuah masjid yang di kenali sebagai Masjid Aya Sofiya.
jom kita tengok video yang merumuskan bagaimana al-fateh menakluk kota konstantinople
sape yang masih x faham..boleh tengok video nie..snang ckit nak faham..
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada
kali pertama solat Jumaat hendak di dirikan selepas berjaya menakluki kota
tersebut,timbul pertanyaan siapakah yang layak menjadi imam.
Baginda
telah memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya;
"Siapa
di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu
walau sekali, sila duduk!".
Tiada
seorang pun yang duduk,kerana tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang
pernah meninggalkan solat fardhu.
Kemudian
baginda bertanya lagi:
"Siapa
di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat
rawatib,sila duduk!".
Terdapat
sebahagian daripada tenteranya duduk.
Baginda
melanjutkan bicaranya:
"Siapa
di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat
tahajjud walaupun satu malam,sila duduk!".
Kali
ini kesemua tenteranya telah duduk dan hanya tinggal baginda seorang sahaja
yang masih kekal berdiri.
Begitu
hebat sekali prestasi ibadah baginda.
Baginda
sememangnya layak utk di gelar sebagai "sebaik-baik raja" seperti
mana yang telah di sebut oleh Rasulullah SAW dalam hadith Baginda.
Pada
hari ini,dunia Islam telah ketandusan akan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat
serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.
Kehebatan
Sultan Muhammad Al-Fateh dalam menakluki kota hebat Constantinopel sewajarnya
di jadikan sumber inspirasi kepada kita dalam
usaha untuk mengembalikan kegemilangan Tamadun Islam.
usaha untuk mengembalikan kegemilangan Tamadun Islam.
Ayuh,rapatkan
saf dan mulakan langkah menuju kegemilangan bermula dengan 'menakluk diri' kita
sendiri terlebih dahulu.
sumber: ziefenz zee
great sharing
ReplyDeletetq..sbb sudi baca
DeleteMuhammad al-Fateh is always be my idol. Anak saya yang dilahirkan pada tahun ini pon saya letak namanya. Memang dari dulu lagi saya suka. Perasaan itu lebih kuat bila saya melawat Istanbul dan melihat sendiri bekas kegemilangannya.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
sama....al-fateh pun idola saya.wow bertuah nyer sis dah berkesempatan untuk melawat instanbul...saya blum lagi..huhu..inn shaa allah klau ada rezeki lebih sya pun akan ke instanbul
Delete