Resepi aiskrim buah-buahan homemade
sekarang kan cuaca panas sangat..sedap sangat klau dapat makan aiskrim..
nak beli aiskrim..cam mahal plak kan...hihi..yuk kan jimat sikit...hahah
so ape kata kalu kita buat sendiri je..huhu..
bukan susah pun nak buat aiskrim nie..haha..
so arie nie yuk nak share resepi aiskrim buah-buahan..
baru berkhasiat ckit kan...hihi..
nie bukan aiskrim malaysia tau..
aiskrim nie yang ala2 baskin robin tu..ceh..poyo je lebih..haha..
jom kita tengok resepi aiskrim buah-buahan yang senang
INFO PENTING:
INFO PENTING:
resepi aiskrim pisang homemade
bahan-bahan
- ½ gelas susu pekat
- 1 gelas air suam
- 1 sudu besar ovellate
- 1 biji telur **option: tak nak letak pun boleh
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 10 biji pisang (emas/berangan)-kalau pisang emas 5 biji/kalau pisang berangan 7 biji
- 1 sudu kecil perasa pisang
CARA-CARA
1. Masukkan kesemua bahan-bahan dalam blender dan blend sehingga sebati, gebu dan kembang. Blend dengan kelajuan tinggi dalam masa 10 minit-15minit. **kuantiti aiskrim ini akan naik 2 kali ganda dari asal.2. Kemudian, simpan dalam peti sejuk semalaman.
3. Selepas aiskrim sejuk beku, sedia untuk dihidang dan dimakan bersama keluarga tersayang.
resepi aiskrim avocado
Bahan-bahan
- 250g krim putar
- 100g gula aising
- 2 biji avocado ranum
- 150ml susu segar
- 1 sudu besar jus lemon
- 80g badam panggang, dicincang halus
Cara-cara
1. Putar krim dan gula hingga kental.2. Puri avocado dengan susu hingga halus.
3. Masukkan jus lemon dan badam.
4. Gaul sebati dengan krim kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
5. Simpan di dalam peti pembeku selama 1 jam atau hingga kelilingnya beku.
6. Keluarkan dan pukul hingga halus.
7. Masukkan semula ke dalam peti pembeku hingga keras.
Petua:
Untuk meranumkan avocado, letak dalam beg kertas dengan sebiji pisang. Biar 1-2
hari.
resepi aiskrim buah naga
Bahan-bahan
- 5 sudu besar gula pasir *
- 1 tin (4ooml) susu sejat/cair *
- 1 sudu besar ovallete *
- 1 biji telur *
- 2 sb susu tepung
- 2 sk vanilla
- 1 bj buah naga merah- lecek
Cara-cara
- mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed - blender x sesuai ye, sbb nnti dia expand 3kali ganda, x muat blender
- simpan dalam freezer 30 minit
- ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali - mix, freeze, mix, freeze, mix, + vanilla+ buah naga, freeze
- pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanilla, dan buah naga
- kacau dengan wisk atau senduk kayu
- boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
- freeze kan semalaman, dan sedia utk dimakan
bg
yg tak faham..huhu
- mula2 tu mix high speed selama 5 minit, dan sejukkan dlm fridge setengah jam (x beku ye, dia sejuk je)
- pastu ulang lagi, mix high speed 5 minit, dan sejukkan setengah jam
- last sekali, mix high speed 5 minit, pastu guna wisk utk campurkan susu tepung, vanilla, dan perasa pilihan.
- pastu freeze kan semalaman.
klau x faham lagi..xtau lar yuk nak explain camne..
cikgu addmath yuk dulu..klau x faham ape yg dia ajar..dia sruh terjun longkang x pun balik umah tanam jagung..hahaha
[wajib baca: resepi pizza thin crust]
[wajib baca: resepi pizza thin crust]
resepi aiskrim kelapa
bahan-bahan
- 1 tin susu pekat manis
- 2 tin air kelapa ~ pilih kelapa yang wangi macam kelapa pandan. Ita guna 2 biji kelapa pandan. Kalau tak cukup air kelapa tu boleh tanbah air biasa jadikan 2 tin. Sukatan tin tu adalah sukatan tin susu pekat tadi.
- Isi Kelapa Muda
- 2 sudu besar santan pekat
- 1 sudu teh ovellete
- 1 helai daun pandan ~ di simpul
cara-cara
- Satukan air kelapa, daun pandan dan susu pekat manis dan masak atas dapur hingga didih. Bila didih aje tutup api , masukkan santan kacau dan biarkan sejuk
- Bila dah betul-betul sejuk, keluarkan daun pandan, masukkan adunan dalam mixer, letakkan isi kelapa muda dan putar sebentar
- Simpan dalam peti ais ruang beku dengan mangkuk pemutar sekali dan sejukkan paling kurang 4 jam
- Keluarkan dari peti ais, tambahkan ovellete dan putar semula hingga kembang.
- Ovellete tujuannya untuk bagi aiskrim kita ringan dan gebu, kalau tak letak ovellet dia akan kasar macam kita buat aiskrim Malaysia teksturnya.
- Pukul tu terpulang, kalau kita nak dia gebu dan ringan kita pukul sampai dia kembang 2 atau 3 kali ganda. Tapi kalau suka aiskrim yang berat teksturnya pukul agak dia kembang sekali ganda aje dah ok!
- Tuang dalam bekas atau loyang aluminium. Simpan dalam peti ais ruang beku semalaman hingga ia keras.
- Bila dah keras bolehlah di hidangkan
[wajib baca: resepi kerabu mangga simple]
resepi aiskrim durian
bahan-bahan
- 250ml Susu Cair
- 1½ sb Tepung Kastad
- 2 sb Gula Pasir
- ¼ st Garam
- 1 biji Kuning Telur
- 200g Isi Durian
- 200ml Non-dairy Whip Cream
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan, kecuali whip cream, sehingga sebati.Masak sehingga kental dgn api kecil.Sejukkan.
2. Pukul whip cream sehingga bertanduk.Satukan dgn kastad tadi sehingga sebati.Masukkan ke dalam bekas & bekukan sehari.
3. Masukkan aiskrim ke dalam food processor & blend sehingga gebu.
Masukkan ke dalam bekas & bekukan sehari lagi.Sedia untuk di hidangkan!
Untuk dapatkan aiskrim yg cantik bulat licin, pastikan yg aiskrim betul2 beku dan celupkan scoop ke dalam air sebelum ceduk aiskrim
resepi aiskrim jagung
bahan-bahan
- ½ gelas susu pekat
- 1 gelas air suam
- 1 sudu besar ovelate
- 1 biji telur **option: tak nak letak pun boleh tapi cik tom letak je.
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 tin jagung manis
- 1 sudu besar perasa jagung
cara-cara
1.
Masukkan kesemua bahan-bahan dalam blender dan blend sehingga sebati, gebu dan
kembang. Blend dengan kelajuan tinggi dalam masa 10 minit-15minit. **kuantiti
aiskrim ini akan naik 2 kali ganda dari asal.
2.
Kemudian, simpan dalam peti sejuk semalaman.
3.
Selepas aiskrim sejuk beku, sedia untuk dihidang dan dimakan bersama keluarga
tersayang.
sumber resepi: fb resepi aiskrim homemade
sumber gambar:google
hah..senang kan nak buat aiskrim nie kan..so ape tunggu lagi..buat lar sekarang..hihi..
ok..klau uols rasa nak wat busines ice cream atau nak buat part time ngan menjual aiskrim..yuk rasa uols patut tengok nie jana 5k dengan bisnes aiskrim
lepas nie boleh lar uols wat bisnes ais krim..
nie yuk nak bgtau sekaran ada promosi panduan bisnes aiskrim..
nak x??hah..mesti nak kan...dengan panduan nie..uols dah boleh dapat duit sendiri..
camne nak dapatkan panduan nie??tekan gambar kat bawah nie atau pun
(klick sini)promosi panduan bisnes aiskrim
ok..klau uols rasa nak wat busines ice cream atau nak buat part time ngan menjual aiskrim..yuk rasa uols patut tengok nie jana 5k dengan bisnes aiskrim
lepas nie boleh lar uols wat bisnes ais krim..
nie yuk nak bgtau sekaran ada promosi panduan bisnes aiskrim..
nak x??hah..mesti nak kan...dengan panduan nie..uols dah boleh dapat duit sendiri..
camne nak dapatkan panduan nie??tekan gambar kat bawah nie atau pun
(klick sini)promosi panduan bisnes aiskrim
Share ya tksh
ReplyDelete