Jangan tinggal ubat ketika beraya | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Jangan tinggal ubat ketika beraya

pengurusan ubat penyakit kronik ketika berhari raya



hari raya dah nak menjelang tiba..jadi hari nie nak share cara untuk meguruskan ubat ketika berhari raya.yelar klau dah beraya..ubat konfirm lupa.....
perkara nie boleh membahaykan kesihatan kita..
ingat..walaupun hari raya..jgn jadikan ia sebagai alasan untuk anda meninggalkan ubat..


teruskan pengambilan ubat-ubatan

rancang jadual pengambilan ubat-ubatan anda..yup saya tahu..jadual raya mmng full tp kita kna merancang jgak masa untuk mngambil ubat..

Sebagai contoh, sekiranya ingin berkunjung ke rumah saudara-mara, pesakit boleh mengambil dahulu ubat yang perlu dimakan sebelum memulakan perjalanan.

Pesakit-pesakit diabetes yang menggunakan insulin pula perlu memastikan insulin dapat disuntik apabila tiba masanya.Dos insulin yang perlu disuntik sebelum makan tengah hari adalah dos yang paling kerap ditinggalkan. Justeru, pesakit perlu merancang jadual perjalanan dan bawa bersama-sama alatan Pen Insulin semasa dalam perjalanan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan alatan Pen Insulin yang dibawa perlulah disimpan dengan betul dan selamat kerana mengandungi ubat insulin.

penyimpanan ubat ketika dalam perjalanan

cara penyimpanan ubat-ubatan yg btul..

Selain daripada merancang masa perjalanan dan memastikan kelengkapan lain dibawa bersama-sama pulang ke kampung, pesakit kronik juga perlu menitik beratkan perkara berkaitan bekalan ubat-ubatan mereka.
Bekalan ubat dalam simpanan perlu dipastikan mencukupi untuk tempoh sepanjang perjalanan dan semasa berada di destinasi yang dituju. Jika pesakit tidak mengambil berat berkaitan perkara ini, dikhuatiri bekalan ubat akan terputus dan seterusnya menyebabkan pesakit tidak mengambil ubat mereka.
Kaedah penyimpanan sementara ubat-ubatan sepanjang perjalanan, terutama perjalanan yang mengambil masa, perlu diutamakan. 

Secara umum, ubat perlu disimpan jauh daripada sumber haba, cahaya dan kelembapan. Justeru adalah dinasihatkan agar menyimpan bekalan ubat-ubatan di dalam bekas yang bertutup dan kedap udara.
Namun begitu, penggunaan bekas pil (pill box) adalah tidak digalakkan. Sebaik-baiknya ubat-ubatan disimpan dalam bekas asal yang berlabel. Label ubat penting kerana mengandungi pelbagai informasi berkaitan ubat, dos dan cara pengambilannya. Setelah tiba di destinasi pula, pastikan ubat-ubat yang dibawa tidak tertinggal atau terus disimpan di dalam kenderaan kerana haba yang panas boleh merosakkan ubat-ubatan tersebut.

tidak digalakkan untuk simpan ubat dalam pill box ye...


Selain daripada itu, bagi pesakit diabetes yang perlu menukar ubat insulin dalam pen insulin pada selang masa yang lebih kerap, bekalan ubat insulin yang belum dibuka perlu dibawa bersama-sama dalam perjalanan.
Insulin yang belum dibuka ini perlu disimpan antara suhu 2°C hingga 8°C. Justeru pesakit perlu mencari inisiatif untuk menyediakan keadah penyimpanan bekalan ubat insulin yang khusus. Sebagai contoh, pesakit atau penjaga boleh menggunakan pek ais dan kotak pendingin (cold box) untuk menyimpan bekalan insulin semasa dalam perjalanan. Apabila tiba di destinasi, pindahkan semula ubat insulin tersebut ke dalam peti sejuk.

Perlu diambil perhatian, semasa hari perayaan, sudah tentu ramai ahli keluarga termasuk kanak-kanak akan berkumpul bersama-sama. Oleh itu, penyimpanan ubat yang betul dan selamat amat penting apabila sampai di destinasi. Pastikan ubat-ubatan disimpan jauh dan berada pada kedudukan yang selamat daripada capaian kanak-kanak. Selain daripada itu, bekas ubat harus dilabelkan dengan terang dan jelas bagi mengelakkan situasi tertukar ubat dengan ahli kaum keluarga yang lain.

klau bekalan ubat terputus..macam mane??


Selain membawa bekalan ubat yang mencukupi, pesakit juga perlu membawa semua rekod pengubatan mereka dan preskrisi ubat sekiranya ingin meninggalkan rumah semasa hari perayaan. Rekod pengubatan ini penting apabila berlakunya situasi kecemasan kerana ia boleh menjadi sumber rujukan kepada doktor yang merawat.

Sekiranya, bekalan ubat-ubatan pesakit terputus atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, preskripsi boleh menjadi sumber rujukan bagi mendapatkan bekalan ubat sementara daripada hospital, klinik kesihatan atau pesakit boleh membeli ubat-ubatan tersebut di premis farmasi komuniti berdekatan.

Di samping itu, pesakit kronik diingatkan agar tidak berkongsi ubat dengan pesakit yang lain. Dikhuatiri tindakan berkongsi ubat tanpa pengetahuan yang betul boleh menyebabkan berlakunya kesilapan pengubatan dan mendatangkan kemudaratan.

Secara ringkasnya, pesakit perlu sentiasa memastikan ubat-ubatnya diuruskan dengan baik pada setiap masa, termasuklah semasa musim perayaan. Jadual yang padat dengan aktiviti dan perjalanan yang jauh tidak seharusnya menjadi alasan bagi pesakit untuk tidak mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan. Rancang perjalanan dan aktiviti yang ingin dilakukan semasa musim perayaan di samping mengutamakan kepatuhan terhadap rawatan ubat-ubatan.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722.

Disediakan oleh(sumber):
Mohd Shahiri bin Abd Ghapar
Pegawai Farmasi
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

segala tips kat atas tu disedikan oleh pegawai farmasi k...bukan saya..
sbb saya nie bukan pegawai farmasi..hihihi...
jadi semua tips yg saya share tu boleh dipercayai...klau x percaya boleh rujuk page Kementerian Kesihatan Malaysia.

kepada pengguna triple-t jgn lupa utk minum tt ye..biasa lar time raya makanan sume berlemak n manis,jadi triple-t akn mmbntu untuk detox.bagi pesakit kencing manis..wlaupun mkan makanan manis,inn shaa allah dengan triple t..bacaan gula anda akan masih dalam keadaan normal
bagi yg baru dngar pasal triple-t,anda boleh tngok keberkesanan triple-t kat cni---->TESTIMONI TRIPLE- T

jika anda rasa article nie bermanfaat..sila share dengan orang tersayang..SELAMAT HARI RAYA....


No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...