surah al-kahfi menjadi pelindung daripada fitnah dajjal
salam semua...hari nie kita cerita tentang surah al-kahfi..
sape yang selalu baca surah al-kahfi angkat tangan...
wow ramai jgak yang baca surah al-kahfi nie...bagus-bagus..
mesti ramai yang tahu bahawa sunnah bagi kita untuk membaca suran al-kahfi setiap malam jumaat dan hari jumaat...
so for those yang baca surah yassin setiap malam jumaat boleh lar tukar baca surah al-kahfi plak.
dan mesti jugak ramai yang tahu tentang surah al-kahfi mampu melindungi kita dari fitnah dajjal??
tapi...adakah cukup jika kita hanya baca dan hafal surah al-kahfi??
of course lar x cukup kan..klau bca saja tapi x faham maksud pun buat ape kan..
yang penting..kita kena faham apa yang surah al-kahfi nie nak sampaikan..
so sbb tu arie nie yuk nak share sedikit tentang isi kandugan surah al-kahfi
Surah
Al-Kahf atau yang biasa orang-orang kita sebut Al-Kahfi adalah surah membawa
banyak maksud-maksud tersirat berbanding yang tersurat.
Surah
ini secara tersuratnya terdiri daripada 4 kisah yang Allah Taala nyatakan
secara umum, iaitu bermula dengan kisah para pemuda al-Kahfi, kisah pemilik dua
kebun yang subur, kisah Nabi Musa dan hamba yang soleh, serta kisah Zulkarnain.
Masej
utama atau wihdat al-maudhu’iyyah dalam surah ini adalah konflik antara iman
dan kebendaan yang secara langsung berkaitan dengan kekuatan pentadbir alam
semesta dan tabiat atau sebab-sebab daripada penciptaan-Nya.
Begitu juga boleh dikatakan antara iman dengan perkara ghaib dan beriman dengan kebendaan dan alam yang nyata.
Begitu juga boleh dikatakan antara iman dengan perkara ghaib dan beriman dengan kebendaan dan alam yang nyata.
Pertentangan
antara 2 perkara inilah yang jelas berlaku di hadapan mata kita di akhir zaman
ini, justeru ia amat signifikan dengan justifikasi bahawa mereka menghayati
surah ini adalah terlindung daripada fitnah Dajjal.
Hubungan
Surah Al-Kahfi Dengan Fitnah Akhir Zaman:
1. Kisah pemuda al-Kahfi
khusus ditujukan buat para pemuda, ia
menggambarkan bagaimana pesona kehidupan dan kongkongan pemerintah telah
menyebabkan para pemuda al-Kahfi mengambil kata putus untuk meninggalkan
‘kehidupan’ itu demi mempertahankan aqidah mereka. Di sini kita lihat bagaimana
para pemuda ini memilih aqidah tanpa kehidupan maddiah berbanding kehidupan
maddiah tanpa aqidah. Justeru, inilah yang harus dicontohi oleh pemuda Islam
masa kini agar berhati-hati dengan kehidupan duniawi yang pada kebanyakan
keadaan dan masa melalaikan manusia daripada mempertahankan aqidah tauhid dan
berpaling mensyirikkan ALlah dengan fahaman kebendaan dan dunia. Kesan daripada
kekuatan mereka mempertahankan aqidah tauhid serta kekuasaan Allah Taala,
mencetuskan perubahan pemikiran masyarakat dan pemimpin kepada yang iman yang
sebenar sebagaimana tergambar pada akhir kisah ini.
[wajib baca: ringkasan kisah 25 orang rasul]
[wajib baca: ringkasan kisah 25 orang rasul]
2.
Kisah pemilik 2 kebun
adalah ibrah khusus buat mereka yang berharta dan
memiliki kemewahan sama ada banyak atau sedikit, agar sentiasa beringat bahawa
kelebihan yang mereka miliki adalah hak Allah semata-mata, dan Dia berhak
memberi dan mengambilnya semula ketika mana Dia menghendakinya. Pemilik kebun
ini bukanlah tidak beriman dengan Allah, tetapi harta dan kemewahan yang Allah
kurniakan kepadanya membuatkannya leka dan takjub dengan kemampuan dirinya
sehingga dia boleh menjadi kaya, dan melupai bahawa segala harta miliknya itu
adalah bersifat sementara, sehinggalah Allah menarik balik nikmat itu
daripadanya.
3.
Kisah Nabi Musa dan abid soleh
sangat signifikan dengan perihal mereka yang
berilmu. Kisah ini mengingatkan para ulama dan ilmuwan agar sentiasa amanah
pada ilmu serta tawadhu’ kerana ilmu yang zahir ada pada mereka hanyalah
sedikit di sisi Allah Taala.
[wajib baca: 11 kaum yang dibinasakan oleh allah]
[wajib baca: 11 kaum yang dibinasakan oleh allah]
Para ulama dan ilmuwan mungkin tersilap dalam ijtihad ilmu mereka, tetapi itu tidak mengapa. Apa yang penting janganlah ilmu itu menjadikan ilmuwan berasa mereka lebih mengetahui dan berkemahiran berbanding yang lain kerana fikiran sebegini sedikit demi sedikit jika berterusan mampu membawa kepada mensyirikkan Allah tanpa disedari.
4.
Kisah Zulkarnain
adalah ibrah buat para penguasa dan pemimpin agar menjalankan
amanah mereka dengan sebaik mungkin, mengambil tahu hal ehwal rakyat, saling
bantu membantu dengan mereka untuk mengatasi masalah dengan pendekatan yang
sesuai dan terkini.
[wajib baca: biografi sultan muhammad al-fateh]
[wajib baca: biografi sultan muhammad al-fateh]
Apa yang paling penting adalah Zulkarnain menunjukkan bahawa beliau sentiasa sedar bahawa kemampuannya memimpin adalah dari pemberian Allah kepadanya dan bukan datang dari dirinya sendiri.
Sebagai kesimpulannya, surah al-Kahfi menunjukkan kepada kita unsur-unsur yang sangat berpengaruh dan berperanan besar di akhir zaman dalam memesongkan aqidah manusia yang beriman kepada Allah ke arah syirik, iaitu kehidupan dan keseronokan dunia di usia muda, kekayaan dan harta benda, ilmu dan kemahiran serta pangkat dan kekuasaan.
Inilah unsur-unsur maknawi yang Allah mengingatkan
manusia agar berhati-hati terhadapnya dan sentiasa beringat dalam
mengendalikannya kerana ia mampu secara tidak disedari membawa manusia ke arah
syirik kepada Allah apabila mendahulukan semuanya tadi berbanding dakwah Islam,
islah terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah fitnah Dajjal di
akhir zaman.
Adakah
ini sahaja pengajaran dan ilmu yang boleh diambil daripada surah ini? Sudah
tentu tidak. Maksud mendalam surah ini adalah amat hebat.
Bagi mereka yang rajin mengkaji dan menimba ilmu,InsyaAllah akan memahaminya dan lantas merasa amat kagum apabila mengetahui perkara-perkara tersirat disampaikan oleh surah ini. Cuma berhati-hatilah bila telah mengetahuinya kerana dugaan-dugaan baru pasti akan muncul.
Bagi mereka yang rajin mengkaji dan menimba ilmu,InsyaAllah akan memahaminya dan lantas merasa amat kagum apabila mengetahui perkara-perkara tersirat disampaikan oleh surah ini. Cuma berhati-hatilah bila telah mengetahuinya kerana dugaan-dugaan baru pasti akan muncul.
Semoga
bermanfaat difikir-fikirkan.
sumber:https://zulsegamat.wordpress.com/
sumber:https://zulsegamat.wordpress.com/
terima kasih
ReplyDelete