11 Kaum Yang Dibinasakan Oleh Allah | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

11 Kaum Yang Dibinasakan Oleh Allah

kaum yang dibinasakan dan dihapuskan oleh allah

11 Kaum Yang Dibinasakan Oleh Allah

ok hari nie..yuk nak share ckit ttang kaum yang allah hapuskan dari muka bumi nie..
yuk juga baru tahu...banyak jugak kaum yang allah binasakan..
yang biasa kita dengar..kaum nabi luth..kaum nabi salleh..

tapi..hakikatnya banyak lagi yang telah allah binasakan..
adakah anda tahu kaum yang dimusnahkan oleh allah??
klau x tau..jom baca info nie..
hopefully info nie memberi kesedaran kepada kita agar menjadi khalifah yang bagus di atas muka bumi ini..

1-KAUM NABI NUH AS
•Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun,namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh.
Lalu,Allah SWT mendatangkan banjir besar yg
kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh.
(QS Al-Ankabut : 14).

2-KAUM NABI HUD AS
•Nabi Hud AS diutus kepada kaum Ad.
Namun mereka mendustakan kenabian Nabi Hud.
Allah SWT lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa.
(QS Attaubah:70, Alqamar:18, Fushshilat:13, Annajm:50, Qaaf:13).


3-KAUM NABI LUTH AS
•Kaum Nabi Luth terkenal dengan perbuatan songsang.
Mereka mengamalkan hubungan dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian).

Walaupun sudah diberi peringatan,mereka tetap enggan bertaubat.
Allah SWT akhirnya menurunkan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka.

[wajib baca: fakta menarik tentang negara haram israel]

Kaum Nabi Luth ini akhirnya mati tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri.
(QS Alsyuaraa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Al furqan: 38, Qaf: 12)


4-KAUM NABI SALEH AS
•Nabi Saleh diutuskan Allah SWT kepada kaum Tsamud.
Nabi Saleh diberi mukjizat berupa seekor unta betina yang keluar dari celah batu.
Namun,kaum nya telah membunuh unta betina tersebut sehingga Allah SWT murka dan menimpakan azab kepada mereka.
(QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

5-KAUM NABI SYUAIB AS
•Nabi Syuaib di utuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan.

Mereka sering menipu membabitkan timbangan,sukatan dan sebagainya dalam urusniaga jual beli mereka.

Allah SWT telah menimpakan azab berupa hawa panas yang terlampau.
Walaupun mereka berlindung di tempat yang teduh,ianya tidak mampu menghilangkan rasa panas tersebut dan akhirnya binasa.
(QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan,Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah.
Mereka menyembah sebidang tanah padang yang pepohonannya sangat rimbun.
Kaum ini menurut sbahagian ahli tafsir disebut sbg penyembah hutan lebat(Aikah).
(QS AlHijr: 78, Alsyuaraa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6-FIRAUN
•Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah SWT mengutus Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah.
Namun,Firaun malah mengaku pula sebagai tuhan.

Dia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya Allah SWT peliharakan sbg peringatan.

Hingga kini kita masih boleh melihat jasadnya di muzium mumia,Mesir.
(Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).


[wajib baca: bahaya memakan dan melakukan riba]

7-Ashab Al-Sabt.
•Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah,Elat (Palestin).
Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu.
Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya.

Mereka meminta kepada Allah agar menukar hari untuk beribadah pada hari lain,selain Sabtu.
Kaum ini dibinasakan dengan cara dilaknat Allah SWT menjadi kera yang hina.
(QS Al-Araaf: 163).


8-Ashab Al-Qaryah
•Menurut sebahagian ahli tafsir,Ashab Al-Qaryah(suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah.
Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka.
Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras.
(QS Yaasiin: 13).


[wajib baca: lalat vs helikopter]

9-Kaum Tubba’
•Tubaa adalah nama seorang raja berbangsa Himyar yang beriman.
Namun,kaumnya ingkar kepada Allah hingga melampaui batas.
Maka,Allah SWT telah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa.
Peradaban mereka adalah sangat maju.
Salah satunya adalah bendungan(terusan)air.
(QS Addukhan: 37).

10-Kaum Saba
•Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohon dan tanaman subur.
Namun mereka enggan beriman kepada Allah SWT walau sudah di beri peringatan oleh Nabi Sulaiman AS.
Akhirnya Allah SWT menghancurkan mereka dengan banjir besar (Al-Arim).
(QS Saba: 15-19).

11-Ashab Al-Ukhdud
•Ashab Al-Ukhdud adalah satu kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah termasuk rajanya.
Kaum ini telah menyeksa dan membunuh sekelompok golongan orang yang beriman.

Golongan yg beriman ini telah di campakkan ke dalam parit yang telah dibakar,termasuk seorang wanita yang sedang hamil.
Mereka dikutuk dan di laknat oleh Allah SWT.
(QS Alburuuj: 4-9).


sumber: fb Ziefenz Zee

tapi klau uols perasan..semua benda terkutuk yang dilakukan oleh kaum yang dibinasakan oleh allah nie..banyak dilakukan oleh umat kita sekarang nie..

tapi..kenapa allah tidak membinasakan umat nabi muhammad??hal ini kerana rahmat nabi muhammad...nabi berdoa kepada allah jangan membinasakan umatnya seperti umat sebelum nie..

tengok sayangnya nabi kepada umatnya..tapi adakah kita ingat kepada nabi muhammad??tepuk dada tanya iman anda..

hopefully kisah kaum yang dibinasakan oleh allah nie dapat menjadi pengajaran kepada kita..
jauhkan lar diri anda daripada melakukan perbuatan terkutuk seperti yang dibuat oleh kaum yang dibinasakan oleh allah..
dan jangan sesekali menyekutukan allah..

share jika anda rasa info ini bermanfaat..

1 comment:

  1. Orang yang ingkar dengan seruan dan suruhan Allah sentiasa rugi. Semoga kita semua sentiasa berada di jalan keimanan...

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...