jenis-jenis insurance | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

jenis-jenis insurance

insurance,insurans,takaful&insurance,inasurans nyawa,life insurance,insurans am

adakah anda tahu yang insurance pun ada banyak jenis?
x tau...yeah..yuk ada geng..
yuk pun x tau insurans nie ada banyak jenis..igtkan ada 1 jenis je..hihi
mungkin ada yang kat cni mmang dah tahu yang insurans nie ada banyak jenis,,
tapi..adakah anda benar2 memahami ciri-ciri skop perlindungan tersebut?

ke uols main ambik je haha...
yelar..mana sempat nak survey kan..polisi insurance yang ditawarkan pun bnyak..
pening...x tau nak pilih yang mana..
so arie nie yuk akan explain jenis-jenis insurans yang ada..
baca tau..supaya anda boleh memilih polisi insurans yang terbaik untuk anda,,

sebaiknya..sebelum membeli insurans,,penuhkan dulu ilmu di dada..
sbb nanti senang nak tnya kat kat penjual insurance tu..huhu..

untuk pengetahuan uols,sebenarnya ada 2 jenis insurance yang utama iaitu insurans hayat dan insurans am.

kedua-dua polisi nie berbeza k.. ia melindungi kriteria yang berbeza dalam hidup uols.nak tahu ape yang berbeza.jom kita baca lagi..

1)INSURANS HAYAT


insurance,insurans,takaful&insurance,inasurans nyawa,life insurance,insurans am
jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi  sebagai contoh kematian, insurans hayat akan membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama

 tapi jika anda inginkan pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prisip syariah,anda boleh mengambil pelan takaful keluarga.

[wajib baca :perbezaan insurance dan takaful]

kebiasaanya tempoh perlindungan insurance hayat lebih daripada setahun,jadi anda perlu membuat pembayaran premium secara bulanan,suku tahunan atau tahunan.

perkara yang dilindungi oleh insurans hayat:

  • penyakit
  • hilang upaya
  • pendapatan semasa persaraan
  • kematian dalam tempoh polisi
antara polisi yang ditawarkan dalam insurans hayat:
  • polisi anuiti
  • polisi perubatan & kesihatan
  • polisi seumur hidup
  • polisi berkaitan pelaburan
  • polisi bertempoh
  • polisi endownmen

2)INSURANS AM

insurance,insurans,takaful&insurance,inasurans nyawa,life insurance,insurans am

untuk senang nak bagi faham, insurance am nie akan melindungi semua risiko selain daripada risoko yang dilindungi oleh insurans hayat.insurans am merupakan polisi yang yang akan melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakkan yang ditanggung.

kebanyakkan polisi dan pelan insurans am  ialah setahun dan ia memerlukan anda untuk membayar premium secara lump sum(sekali gus)

perkara yang dilindungi oleh insurans am:
  • kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan
  • kerugian harta benda seperti kecurian kereta atau kebakaran rumah
  • liabiliti yang  wujud akibat daripada kerosakkan yang anda lakukan kepada pihak ketiga
antara polisi yang ditawarkan dalam insurans am:
  • polisi perubatan dan kesihatan
  • polisi kemalangan diri
  • polisi kebakaran/empunya rumah atau isi rumah
  • polisi motor

4 comments:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...