sambungan cerita daripada misteri rumah agam peninggalan moyang part 1
ok now kita baca sambungan kisah misteri rumah agam peninggalan moyang..
tapi..sblum tu uols dah baca ke misteri rumah agam peninggalan moyang part 1??
klau blum baca..sila baca yang part 1 dlu..nntikan x faham plak..
klau nak baca yang part 1..klick sini
ok..jom kita baca kisah mus yang part 2 plak...x sabar nie nak baca..huhu..
Salam.
Aku sebenarnya berbelah bahagi nak share cerita ni ke tak. Sebab macam personal
la pulak. Aku tahu ada yang kenal aku sape. And thank you sebab whatsapp aku
dulu. And korang just keep silence. Thanks. Haha.
Yang
lebih dasyat, family besar aku. Dorang tak tahu. So aku dengan Nora kena serang
bertubi tubi.
Tapi
aku akan teruskan cerita ni. Dah aku menyelam separuh badan, aku basahkan
seluruh badan je la terus. Dan aku faham ada ramai students yang request aku habiskan
cerita aku sebab nak fokus pada Viva dan FYP pulak. Haha. Sorry dik.
Maaf
guys. Aku terpaksa pecahkan lagi bahagian cerita ni. Sebab jalan cerita sangat
panjang. Sekiranya aku tak mampu habiskan dalam post ni, next post aku janji
akan jadi post yang terakhir. Dalam post sebelum ni, aku cerita tentang
keluarga aku dan macam mana aku boleh terjumpa salah satu saki baki peninggalan
arwah Moyang aku. Gambar Moyang aku. Jadi dalam post kedua ni aku akan
ceritakan apa akan jadi seterusnya. Dan kalau cerita still panjang berjela, aku
janji aku akan habiskan juga dalam post ketiga.
Okay
ramai yang expect cerita aku ni cerita seram. Haha. Aku tak tahu nak
klasifikasikan seram atau tak. Aku just nak confess tentang history family aku
yang agak banyak rahsia. Cerita ni bersambung masa aku tengok tulisan jawi di
belakang gambar lama tu. Serious talk, that is a very good hand writing. Moyang
aku berseni rupanya.
“Tok.
Ada tulisan belakang gambar tu. Kan Mus?”
Atok aku terus tengok belakang gambar tu. Ada tulisan jawi. Tok aku macam hiba sikit lepas baca. Aku faham kenapa Tok rasa macam tu. Tapi beberapa saat lepas baca ayat tu, aku rasa macam nak tersengih pulak. Then, Tok aku pula yang tersenyum. Sorry guys build up suspense. Ayat tu berbunyi lebih kurang macam ni.
“Anak
Bapak harus berdiri tanpa British disisi”
Lebih
kurang macam ni. Di penjuru belakang gambar tu ada tulisan Bahasa Inggeris.
“With
Doughlas, August 1928”
Bawah
tulisan Bahasa Inggeris tu, ada tulisan jawi lagi.
“Berdamping
dengan penjajah”
Aku
time tu rasa macam Moyang aku ni sengaja tulis dalam tulisan jawi semata-mata
tak nak bagi Mat Salleh ni faham. Sebab tu aku tergelak sikit. Dan sebenarnya
ada maksud tersirat dengan apa yang moyang aku tulis tu.
“Anak
Bapak harus berdiri tanpa British disisi”
Apa
yang aku faham,
1)
Moyang aku berharap pada zaman anak cucunya nanti, Orang Putih dah tak ada di
Tanah Melayu.
2)
Dan aku rasa waktu zaman Moyang aku tu, tanpa ada occasion penting atau tanpa
kenal Pegawai British, Melayu tak sewenang wenangnya mampu/mahu mengambil
gambar. Kalau bergambar tanpa british di sebelah, bermakna anak melayu sudah
pun mencapai satu perubahan dalam sosiopolitik di tanah sendiri.
Aku
time tu masih tak tahu apa jawatan Moyang aku dan siapa sebenarnya Doughlas.
Tapi aku tak ambil port. Cerita lama. Siapa Doughlas dan apa jawatan Moyang aku
waktu tu, aku malas nak kaji.
“Tok
pernah jumpa Moyang?” Aku tanya
“Pernah.
Tapi Tok tak duduk lama dengan Moyang Mus. Dia meninggal 2,3 Tahun selepas
Jepun menyerah kalah”
“Mus
kau tak rasa pelik ke weh? Kau tak rasa ke macam ada lagi gambar Moyang yang
kita belum jumpa?”
Aku
rasa Nora betul. Ada logicnya juga benda dia cakap. Dalam rumah ni ada dua buah
bilik membaca. Dua2 bilik ada meja. Jadi aku pergi ke bilik membaca satu lagi.
Aku cuba cari laci or we called that as a “Hidden Drawer”. Tapi tak jumpa.
Tiba2 Nora panggil aku dari bilik membaca/bilik gamming.
”
Mus! Kau datang jap”
Aku
segera bergegas ke bilik gamming. Rupa2nya meja tu ada dua laci. Satu belah
kanan. Satu belah kiri. Aku jumpa gambar Moyang dengan Pegawai British tu dalam
laci belah kanan. Nora buka laci belah kiri. Ada banyak lagi gambar2 lain. Ada
15 keping lagi. Time tu aku dengan Nora happy gila sebab kitorang jumpa
something yang maybe dah tersorok selama lebih 60 Tahun atau mungkin lebih
lagi. Kitorang tak tahu siapa yang simpan gambar2 dalam laci ni. Dan yang lebih
penting, Siapa yang came out with this idea. Hidden Drawer? Lebih penting lagi,
kenapa kena sorokkan?
So
benda pertama aku buat bila aku tengok gambar2 ni adalah check belakang gambar.
Nak tengok ada tulisan jawi ke tak. Takde. Just ada tulisan biasa. Mostly
gambar2 ni ada gambar Moyang dengan Moyang Perempuan aku. Ada satu gambar macam
pergi dinner. Dan ada catatan di belakang gambar di area Top Margin. Catatan tu
adalah nama tempat dinner tu. Rosen House, Kechana Cafe, Tulip Coffee. Macam2
tempat lagi. Ada satu gambar Moyang aku di sebuah pejabat bank. Aku baca, The
Chartered Mercantile Bank. Ada beberapa keping gambar lagi. Gambar Moyang
Perempuan aku bergambar dengan seorang Wanita Inggeris. Kat belakang tu. Ada
tulisan, “With Mrs. Walker”
Agak
sayu aku tengok gambar2 ni. Aku agak tertarik dengan cara dressing orang lama.
Bila tengok Moyang aku berkebaya dan pakai perhiasan dari barat, aku dapat
rasakan yang Moyang aku hidup bahagia. Kalaulah negara ini tidak dijajah oleh
british dan jepun. Pasti kami sekeluarga hidup lebih harmoni.
Berbalik kepada gambar2 tadi.
Kesemua tulisan untuk 15 keping gambar ada 2 perbezaan
dengan gambar first kitorang jumpa.
1)
Gambar2 baru ni semua dalam bahasa/tulisan English
2)
Tulisan untuk 15 keping gambar ni berbeza dengan tulisan dalam gambar first
kitorang jumpa. Dalam gambar first ada catatan “With Doughlas, August 1928”.
Aku compare tulisan kedua2 gambar, tak sama.
So
kesimpulannya, tulisan dalam gambar pertama (Moyang dan Doughlas) dan tulisan
dalam gambar2 terbaru kitorang jumpa ni adalah berlainan dan ditulis oleh 2
orang yang berbeza. Aku buat deduction mudah. Gambar first tu ditulis oleh
Moyang Lelaki aku dan Gambar2 terbaru ni ditulis oleh Moyang Perempuan aku.
Sejak
dari tu, banyak gila persoalan bermain dalam kepala otak orang muda tak berapa
geliga macam aku ni. Terutama sekali tentang kenapa gambar2 ni semua disorok di
dalam laci. Kenapa tak digantung di ruangan gambar?
Benda2
ni semua buat aku makin curious. Dari sikap sambil lewa aku tadi bertukar
kepada rasa ingin tahu yang sangat menebal. Aku perhatikan satu2 gambar tu
semua. Tok aku duk atas kerusi sambil observe Nora tengah excited tengok
gambar2 lama. Nora lebih excited dari aku. Dia asyik puji Moyang Perempuan aku
cantik.
“Mus
tengok ni. Cantik giler kan cincin Moyang kita pakai ni. Kan?”
“Gambar
hitam putih pun kau boleh detect cincin tu lawa ke tak? Haha”
“Takdee..
Kau tengok ni. Kebaya dia pakai. Macam matching dengan cincin ni. Nah kau
tengok gambar ni”
**Nora
ni freelance photographer. So tak pelik kalau dia over excited tengok gambar2
lama ni semua.**
Aku
ambil gambar tu dari Nora. Kemudian aku tanya Tok aku something.
“Tok.
Arwah takde tinggalkan ke barang2 dia dulu?”
“Ada.
Kat ruang gambar tu kan banyak perhiasan lama. Moyang punya la semua tu”
Korang
ingat tak yang aku cakap ada satu ruang dipenuhi dengan gambar2 dan pencapaian
orang dalam rumah ni? Haa ruangan tu lah maksud Tok aku ni.
“Tapi
Mus tak rasa yang cincin dalam gambar ni ada kat ruang tu kan?”
Bila
aku tanya soalan ni. Tok aku macam malas nak jawab. Dia ambil gambar2 tu semua
dari tangan Nora dan aku. Dia belek satu2. Kemudian dia cakap..
“Tu
cincin isteri salah seorang pegawai british. Dia bagi pada Tok Ti (panggilan
Tok aku kepada Moyang Perempuan)”
Dia
sambung lagi..
“Rasanya
Tok Ti bagi balik pada madam tu”
Kemudian
Tok aku letak gambar2 tu atas meja then terus turun ke halaman rumah. Aku dah
pelik. Korang yang baca ni tak rasa pelik ke?
Macam
mana Tok aku boleh tahu pasal cincin ni padahal dia tak pernah tengok gambar2
ni semua? Madam? Bini Mat Salleh mana?
Lagi
satu, gambar dalam ni, menunjukkan yang Moyang Perempuan aku masih dalam awal
30 an. Tok aku belum lahir lagi rasanya. Tok aku macam sembunyikan something.
Nora
tak syak pape. Elok sangat. Kalau dia tahu pasal apa yang aku fikir. Nanti dia
menggelabah lepas tu paksa aku cari macam2.
“Eh
jap jap. Kau nak bawa gambar ni semua ke mana Nora?”
“Vintage
kot gambar2 ni semua. Aku nak simpan arr”
“Aku
rasa elok kita letak balik gambar ni semua dalam laci. Ntah2 gambar ni smua dah
kena calit dengan kemenyan ke apa ke. Kau tak takut ke? Haha”
Nora
tetap berkeras nak simpan gambar ni semua. Tapi aku berjaya pujuk dia.
Kemudian
aku dengan Nora letak balik gambar tu semua dalam laci. Seolah olah takde orang
pernah buka laci tu. Sebab aku syak ada orang lain dalam rumah ni yang tahu
pasal gambar ni.
Aku perhatikan Tok tadi, aku dah buat beberapa kesimpulan.
1)
Tok macam tak teruja sangat tengok gambar tu. Dia lebih macam “rindukan gambar
tu”. Macam dia dah lama tak tengok gambar tu.
2)
Kemudian bila aku tunjuk ayat belakang gambar tu, baru dia tunjuk sikit rasa
terkejut. Mungkin dia tak pernah tengok belakang gambar tu. So aku guess yang
dia last tengok gambar ni masa dia kecil. Budak kecil tak bagi perhatian sangat
pada keseluruhan gambar.
3)
And pasal cincin, mungkin sebab Tok aku dah pernah tengok gambar ni, so dia
pernah tanya sapa2 bekas penghuni rumah ni tentang cincin dalam gambar tu. And
ada orang bagitahu dia bahawa seorang wanita inggeris yang bagi cincin ni
kepada Moyang Perempuan aku. So time tu, ni je kesimpulan yang boleh aku buat.
Aku
terus act macam biasa sambil dalam kepala duk fikir pasal cincin tu. Sebab Tok
macam pelik je bila aku tanya pasal cincin tu.
Aku
faham yang korang minta aku pendekkan cerita. Tapi aku taknak cut every
details. Aku kalau boleh nak korang betul2 rasa apa yang aku rasa. Aku bukan
play detective dalam cerita ni. Aku just curious thats all. Benda depan mata.
Dan orang2 dalam rumah macam tak perasan tentang benda ni. Nora just move on
lepas dah jumpa gambar2 tu semua. Dia macam dah satisfied dah bila dapat tengok
gambar2 Moyang kitorang. Tok aku pulak macam nak lari dari jawab soalan aku.
Aku
nak cerita kat ahli keluarga lain pun rasa macam takut. Sebab clearly. There is
something in this house that our ancestors dont want us to know.
Malam
tu, Ayah aku ajak aku keluar cari rokok. Yeah it is. Aku dengan Ayah aku
smoking buddies. Haha. So kitorang naik kereta and menuju ke pekan. Saje pergi
pekan. Ayah aku kalau keluar, mesti keluar jauh2 sikit. Memori katanya. Dia
takkan putus bercerita pasal zaman kegemilangan waktu muda dia dalam era
kemunculan muzic rocks dalam industri hiburan tanah air kita hahaha. Dalam
perjalanan pulang. Lepas beli rokok. Aku tanya Ayah aku.
“Yah.
Kenapa Mus tak pernah dengar cerita Moyang ea? Rumah tu. Betul ke British bagi
Moyang?”
Ayah
aku macam kaget aku tanya soalan tu. And cerita pasal Moyang aku kerja dengan
British dan British bagi rumah agam tu adalah satu2nya cerita yang aku tahu
tentang Moyang aku.
“Asal
tanya pasal Moyang ni. Tok ada cerita pape ke?”
“Takde
la. Tok senyap je bila Mus tanya dia.”
“Tanya
apa?” Ayah aku tanya
“Saje
je la Yah. Nak tahu pasal keluarga takkan salah kot”
Ayah
aku senyap je. Kemudian dia sambung.
“Mus.
Kau bagitahu Ayah. Dari semalam lagi kau tanya Ayah macam2 pasal Moyang. Kenapa
nak tahu sangat pasal Moyang ni ?”
Kali
ni no kidding. Ayah aku betul2 nampak marah. Aku decide nak cerita semua kat
Ayah aku. Tapi aku cuak.
“Kau
jumpa apa dalam rumah tu??”
“Gambar
Moyang”
Muka
Ayah aku plain. Sambil pegang steering dengan tangan kiri. Tangan kanan pegang
rokok.
“Sape
bagitahu Mus??”
“Mus
terbuka laci dalam meja kat bilik study”
“Sape
lagi tahu?”
“Tok”
“Kau
betul2 Mus. Sape lagi tahu pasal laci tu?”
“Takde
dah. Tok je.”
So
sekarang jelas. Betul sangkaan aku. Memang ada orang dalam rumah ni yang tak
nak sape2 tahu pasal gambar dalam laci tu. Turn out. Ayah aku rupanya. Semalam
kemain lagi cakap kat aku tak pernah tengok gambar Moyang.
Tapi
aku tak buang masa. Aku tanya lagi Ayah aku. Banyak lagi benda aku nak tanya
dia ni. Tapi belum sempat aku tanya dia, dia cakap macam ni kat aku.
“Mus.
Keluarga kita tak patut tahu pasal gambar dalam laci tu. Ayah patut bakar semua
gambar2 tu dulu”
“Semua?
Ada lagi ke gambar2 Moyang selain dalam laci tu?”
“Banyak
yang Ayah dah bakar”
“Jap.
Asal kena bakar? Gambar2 tu berpuaka ke apa?”
“Tak
Mus. Okay Ayah bagitahu benda ni. Kau jangan jaja. Ok?”
Time
ni aku angguk je. Aku asal tahu je cerita. Jaja tak jaja. Aku decide sendiri
nanti. Aku just nak tahu what the hell is happening right now
“Dalam
keluarga kita. Start dari Ayah Tok sampai ke Tok Su. Semua cari gambar2 ni.
Ayah tak tahu sape lagi tahu.”
So
now make sense. Kenapa Tok aku buat muka bila aku tnya pasal gambar2 ni semua.
Aku perasan dia buat muka bila aku tunjuk gambar2 yang kitorang jumpa dalam
laci kiri. So aku rasa 15 keping gambar dalam laci kiri tu main peranan. Aku
kena check balik gambar tu and ambil gambar guna phone.
“Yah,
cerita jangan separuh2 (Aku serious cakap macam ni kat Ayah aku. Turn out, anak
dia pun sama. Sorry readers)”
Aku
sambung lagi
“Kenapa
semua orang nak cari gambar2 ni?”
Time
ni Ayah aku pause lama gila. Aku sambung
“Macam
mana Ayah tahu pasal gambar ni? Pak long semua tahu jugak ke?”
“Ayah
sorang je tahu. Ayah jumpa laci tu. Ayah Tok suruh Ayah bakar. Tapi Ayah tak
sanggup nak bakar semua. Yang tinggal tu, Ayah letak balik dalam laci tu”
”
Okay. Cerita pasal gambar2 tu”
“Mus,
kau dengar, lepas ni kau senyap. Ok?”
Aku
angguk, aku bersumpah atas nama unborn child apa smua siap kat Ayah aku.
“Ada
lebih kurang 45 keping gambar semua. Mostly gambar2 tu menunjukkan aset dan harta
yang Moyang kita ada.”
Ayah
aku sambung lagi
“Anak
cucu Moyang semua bergaduh mencari harta peninggalan arwah Moyang”
So
clear. Adik beradik Ayah Tok, adik beradik Tok, diorang semua mencari harta
peninggalan Moyang aku. Cuma diorang tak tahu harta tu berupa apa. So gambar tu
merupakan satu medium untuk dorang tahu apa yang Moyang aku pernah ada.
Kata
Ayah aku,
Moyang
aku berjaya acquired harta dan asset masa dia hidup dulu. Kebangkitan semula
keluarga aku bermula dari Moyang aku. Dia agak disegani masa zaman dia hidup
dulu. Ayah aku cakap, rumah agam tu bukan datang dengan percuma. Setiap kali
Moyang aku berjaya mendapatkan harta dan asset, dia akan mengambil gambar. Ayah
aku cakap, tulisan di belakang gambar tu adalah tabiat Moyang aku. Dia suka catat
apa2 je belakang gambar. Boleh dikatakan seperti hobi antara Moyang aku dan
isterinya.
“Mus
tengok gambar tu, Mus ada perasan apa2 tak. Kalau ada bagitahu Ayah”
“Ada.
Ada gambar bini Moyang pakai cincin.”
“Lagi?”
“Gambar
Moyang dalam bank”
“Bank?
Bank apa?”
Baru
aku perasan. Gambar Moyang dalam bank tu agak kabur. Aku tahu pejabat tu bank
pun sebab aku ternampak “The Chartered Mercantile Bank…” di baju pekerja dalam
pejabat tu. Its actually The Chartered Mercantile Bank of India rasanya. Mungkin
“of India” tu terlindung and aku tak nampak. Tapi Ayah aku, clearly tak perasan
or terlepas pandang gambar tu.
“Keluarga
kita tak pernah tahu Moyang ada simpanan dalam bank tu”
So
skang baru aku faham apa yang dimaksudkan oleh Ayah aku. Gambar2 Moyang aku
adalah satu bukti kwujudan harta peninggalan. So kali ni, aku rasa lebih
bersemangat ingin tahu. Tapi Ayah aku suruh aku senyap. Ah aku tak peduli dah.
Aku rasa nak korek lagi rahsia dalam rumah ni. Sekarang aku nak tengok balik
gambar2 dalam laci tu. Mungkin jumpa something.
Bila
sampai kat rumah. Semua dah start tutup lampu dan prepare nak tidur. Aku buka
laptop dalam bilik gamming. Bila semua dah tidur, aku buka kedua dua laci tu
balik. Aku perhati satu persatu gambar tu. Aku tengok balik gambar Moyang aku
dengan Doughlas. Aku cuba tengok tempat diorang bergambar. Just rumah british
biasa. Takde clue.
Then
aku perasan dalam gambar ni, Moyang aku silang tangan sambil Doughlas letak
tangan dia atas bahu Moyang aku. Aku tengok tangan Moyang aku macam pegang
something. Bila lama-lama aku perhatikan, baru aku perasan.
Di
belakang Moyang aku ada hulu keris. Seolah2 Moyang aku tengah pegang keris dan
disilangkan tangannya ke belakang.
Jadi
time tu aku fikir, takkan lah keris ni pun harta peninggalan Moyang yang boleh
dikatakan mahal. Mustahil la hahaha. So aku abaikan. Aku dah gave up. Aku tutup
laptop then aku tidur.
Keesokan
paginya, semua ahli keluarga aku ada plan untuk bersihkan barang2 antik, lama,
old school, vintage and etc. So, tempat operasi pembersihan adalah di ruangan
menyimpan gambar. Lepas breakfast. Around pukul 10 pagi macam tu, semua dah di
assigned tugas oleh Mak Long aku untuk membersihkan ruangan dan barang2 yang
ada dalam ruangan tu.
So
masa proses pembersihan, anak Pak Su aku, Rafsan (6 Tahun) cuba nak ambil
something dalam almari. Kemudian diikuti oleh sepupu2 yang lain cuba untuk
menyelerakkan ruangan tu. Aku tengah main phone sambil layan whatsapp.
Kemudian.. Mak Su aku bersuara
“Hey
baik2 sikit. Tajam keris tu”
Bila
aku dengar je keris, terus aku bangun. Macam quicksilver aku terus pergi
dapatkan keris tu. Bilah keris tu dah keluar dari sarungnya. Sebab sepupu aku
Rafsan ni buka. Masa aku tengok keris tu. Aku perhatikan hulu keris ni sama
dengan hulu keris dalam gambar Moyang aku.
Aku
terus masukkan balik keris tu dalam sarung. Bila aku masukkan keris tu, aku
rasa pelik. Sebab aku tak rasa hujung mata keris tu betul2 sampai ke hujung
sarung keris. Kalau korang blur, korang bayangkan korang nak pakai kasut saiz
10 sedangkan kaki korang saiz 8. Tapi korang rasa hujung kaki korang tersentuh
hujung kasut. Saiz tak ngam tapi tiba2 rasa ngam. Macam tu la feelingnya.
Aku bawak keris tu masuk ke dalam bilik membaca yang satu lagi. Yang di Corner Lot kalau korang ingat lagi isi post pertama aku semalam. Bila aku dah ada dalam bilik tu, aku duk atas kerusi, aku keluarkan keris tu dari sarung dan aku letakkan sarung tu atas meja. Aku perhatikan bilah keris ni. Pelik. Korang tau tak biasanya lengkuk kat bilah keris tu dibuat dalam bilangan nombor ganjil.
Aku
bilang lengkuk di bilah ni just 24. And kenapa. Hanya ada satu conclusion je.
Hujung bilah keris ni dipatahkan. Dan diasah balik. Sebab tu bilangan dia jadi
genap. Sepatutnya bilangan lengkuk harus nombor ganjil
Ada
lagi. Aku hairan kenapa bila aku masukkan keris dalam sarung, hujung bilah
keris terasa sampai ke hujung sarung sedangkan bilah keris lebih pendek dari
sarung. Aku cari lidi dan aku cuba jolokkan lidi masuk ke dalam sarung keris
tu. Then aku mark panjang dia guna pen. Kemudian aku ukur pulak panjang sarung
keris tu dari luar then aku mark. Thats it. Panjang tak sama.
Ada
something dalam sarung tu. Aku nak kopek sarung keris tu tapi bila fikir balik,
ni peninggalan arwah Moyang. Aku tak sampai hati. Tapi aku betul2 nak tahu apa
yang ada dalam sarung keris ni.
Malam
tu, aku masuk balik bilik tu. Aku keluarkan sebatang rokok. Smoke dalam bilik
tu. Sambil fikir aku nak buka macam mana sarung keris ni. Aku yakin dalam
sarung ni ada something. Then secara out of blue. Aku ada idea untuk tebuk hujung
sarung keris tu. Then tolak benda tu dari luar keris. So sekarang aku perlukan
driller. Hand driller memang ada dalam kereta Ayah aku.
Aku bawak keris tu
pergi turun bawah kat kereta. Dan ini plan aku.
1)
Aku akan tebuk lubang di hujung keris ni.
2)
Then tebuk secara berhati2 supaya benda dalam keris tu tak rosak
3)
Bila lubang dah tersedia, then tolak benda dalam sarung tu pakai drill bit yang
lebih kecik. Cun
So
aku buka bonet kereta. Keluarkan handrill and tiba2 aku realize yang..
Hujung
sarung ni dah ada lubang. Aku secara jujurnya agak kagum dengan siapa yang set
up this mechanism. Pada zaman penjajahan, orang yang set up ruang rahsia dalam
keris ni setanding dengan pemikiran zaman moden. Aku ambil masa satu siang
untuk figure out whats wrong with this keris plus satu per tiga malam (+/- 2
Jam) untuk figure out cara nak keluarkan benda dalam keris tu.
Tanpa
buang masa, aku tolak benda dalam sarung keris tu guna allen key paling halus.
Agak susah jugak nak keluarkan benda alah ni. Sebab ketat. Aku cucuk secara
paksa. Then keluar something!
Satu
kotak kecik. Dibungkus dengan kain. Aku buka kotak tu dan terpampang sebentuk
cincin. Haah. Cincin ni sama dengan cincin dalam gambar yang Nora tengok.
Cincin yang sama dengan cincin yang dipakai oleh Moyang Perempuan kami dalam
gambar kitorang jumpa.
Aku
yakin Tok dan Ayah Tok, adik beradik dorang mesti pernah cari cincin ni. And
siapa sangka. Haha. Ada dalam sarung keris. Aku serious cakap. Aku masih tak
percaya. Serious aku tak percaya.
Kalau
aku tunjuk pada Nora, confirm dia suka dan nak cincin ni. But sorry. Bila Ayah
aku cakap,
“Anak
cucu Moyang semua bergaduh mencari harta peninggalan arwah Moyang”
Ini
bermakna, siapa jumpa, dia dapat. Its a game of race. Aku tak kira. Aku nak
balun semua. Cincin ni. Dan aku rasa masih ada lagi benda lain yang tersimpan
dan tersorok rapi dalam rumah ni. Time tu, aku just fikir untuk bergerak
sendiri. Rumah agam ni besar. Dan aku percaya banyak rahsia tersimpan dalam
rumah ni selama 91 Tahun. Next step aku lepas ni, aku nak geledah semua isi
rumah.
Macam
aku cakap dalam perenggan pertama aku. Cerita jadi panjang. So aku akan
habiskan dalam post ke tiga. Aku janji yang cerita ni akan habis dalam post
seterusnya. And trust me. Next post is gonna be more excited. Korang ingat lagi
kan tentang bilik tidur dan bilik membaca di corner lot tu? That one, is the
biggest one. And believe me, this is a real story.
Terima
kasih admin sebab sudi melayan post aku. Sekiranya post ni diterbitkan, aku
akan ready untuk menulis post ketiga dan submit esok. Thank you guys.
No comments:
Post a Comment