Rawatan untuk Penyakit Pedih Ulu Hati | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Rawatan untuk Penyakit Pedih Ulu Hati

rawatan ubat dan bukan ubat untuk pedih ulu hati

pedih ulu ,hati,acid reflux


sape kat cni pernah mengalami pedih ulu hati..angkat tangan..
mesti penglaman yang menakutkan..
kenapa??hnya orang yang pernah mengalami pedih ulu hati je memahami..

pedih ulu hati nie seperti rasa terbakar,pedih, dah panas pada bahagian dada atau perut.sebelum kita pergi ke rawatan pedih ulu hati meh yuk bagitahu sebab-sebab terjadinya pedih ulu hati dan bagaimana penyakit pedih ulu hati boleh berlaku.

[wajib baca: cirit-birit..apa yang patut anda lakukan]

punca terjadinya penyakit pedih ulu hati

Terdapat pelbagai punca penyebab kepada rasa pedih ulu hati, antaranya ialah: 
  • pengambilan makanan yang tidak teratur, 
  • pengambilan minuman yang mengandungi kafein dan bergas, 
  • pengambilan makanan pedas 
  • memakai pakaian atau tali pinggang yang terlalu ketat.
  •  tabiat merokok, 
  • tabiat berbaring selepas makan, 
  • berat badan berlebihan, 
  • kehamilan, 
  • tekanan (stress)
  • pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan turut menyumbang kepada rasa pedih ulu hati seperti Asid Acetylsalicylic dan ubat penahan sakit. 
  • Terdapat juga beberapa jenis penyakit atau keadaan yang turut menyebabkan rasa pedih ulu hati, seperti Penyakit Refluks Gastroesofagus (Gastroesophageal Reflux Disease/GERD), penyakit Hiatal Hernia dan sakit jantung.

bagaimana pedih ulu hati boleh berlaku?


Apabila makanan dimakan, ia akan dibawa dari mulut turun melalui tiub yang dikenali sebagai esofagus (esophagus) ke perut. Untuk makanan memasuki perut, ia perlu melalui suatu bukaan antara esophagus dan perut yang bertindak sebagai pintu untuk membenarkan makanan masuk ke dalam perut.

Pada keadaan biasa, bukaan pintu ini akan tertutup dengan segera setelah makanan masuk ke perut. Keadaan pedih ulu hati berlaku apabila bukaan ini tidak tertutup sepenuhnya menyebabkan asid dari perut naik ke atas dan menggangu saluran esofagus. Keadaan ini juga dikenali sebagai reflux.


pedih ulu ,hati,acid reflux,bagaimana pedih ulu hati boleh berlaku



rawatan farmakologi untuk penyakit pedih ulu hati

Antara kumpulan ubat dalam rawatan farmakologi ialah:
 (i) Anti-asid 
(ii) Antagonis reseptor H2 
(iii) Perencat pum proton (Proton Pump Inhibitors-PPI).

Kumpulan ubat Anti-asid 
magnesium trisilicate dan sodium alginate dan potassium hydrogen carbonate bertindak dengan meneutralkan asid dalam perut dan mengurangkan keasidan jus perut. Keadaan ini dapat memberi kelegaan cepat dan bertahan dalam tempoh masa yang singkat sahaja.

[wajib baca: kencing berbuih..normal atau tidak?]

 Antagonis reseptor H2 
dikenali juga sebagai ubat pengurang asid perut. Biasanya ubat ini diambil dua kali sehari dan bertindak dengan mengurangkan pengeluaran asid perut dan menjadikan jus perut kurang berasid. Apabila jus perut masuk ke dalam salur esophagus kesannya kurang menghakis dan membolehkan esophagus untuk sembuh segera.

Walau bagaimanapun kumpulan ubat antagonis reseptor H2 ini tidak bertindak secepat ubat anti asid, tetapi ia boleh memberi kelegaan bagi tempoh masa yang lebih lama. Contoh ubat dalam kumpulan ini adalah ranitidine, cimetidine dan famotidine.

Perencat pum proton (Proton Pump Inhibitors-PPI) 
ia bertindak mengurangkan penghasilan asid dengan menyekat enzim di dinding perut. Ianya akan mengurangkan kesan iritasi kepada lapisan perut dan membolehkan keadaan ulser untuk sembuh. Contoh ubat dalam kumpulan ini adalah omeprazole, esomeprazole, pantoprazole dan lansoprazole.

 rawatan bukan farmakologi untuk pedih ulu hati

antara amalan yang boleh dilakukan adalah:

  •  mengambil makanan mengikut jadual
  •  elakkan daripada mengunyah atau menelan makanan terlalu cepat dan banyak pada satu-satu masa 
  •  amalkan cara hidup sihat seperti berhenti merokok dan kurangkan berat badan. Masalah berat badan berlebihan merupakan antara faktor yang meningkatkan tekanan ke atas saluran esofagus.
  •  pengambilan minuman yang mengandungi kafein juga perlu dikawal kerana ia boleh merangsang rembesan asid di dalam perut. 
  • Elakkan pakaian atau tali pinggang yang ketat kerana ia akan meningkatkan tekanan di bahagian abdomen yang seterusnya meningkatkan risiko asid perut naik ke atas atau berlakunya reflux.
  • Pengambilan makanan hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur, dan sekiranya perlu, posisi bantal boleh dinaikkan ketika tidur kerana ia dapat membantu menghindari daripada asid gaster masuk ke dalam esofagus.
  • pengambilan ubat-ubatan yang boleh menyumbang kepada masalah keradangan dinding perut perlu dielakkan kerana ia turut membantu dalam mengurangkan masalah berkaitan pedih ulu hati

sumber:
Wan Mastura Wan Mohamad Azlan
Pegawai Farmasi Hospital Raja Perempuan Zainab II
[petikan metro ahad 15/1/2017]

hopefully article nie dapat membantu mereka yang selalu terkena pedih ulu hati.
kadang2 pedih ulu hati terjadi sbb lifestyle kita..so try lar ubah liferstyle kita,,inn shaa allah pedih ulu hati jgak akan hilang,,


sape pernah kena pedih ulu hati??cer cerita ckit pengalaman uols

1 comment:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...