ISU E-CIGARETTE (VAPE) DAN CECAIR NIKOTIN E-CIGARETTE | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

ISU E-CIGARETTE (VAPE) DAN CECAIR NIKOTIN E-CIGARETTE

PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERKENAAN E-CIGARETTE (VAPE) DAN CECAIR NIKOTIN E-CIGARETTE

vape,isu vape

ok..baru2 nie kita selalu dengar tentang isu vapu dan vape yang bebas nikotine..
orang ramai mempertikaikan kenapa kerajaan mengharamkan penjualan vape dan ramai juga kedai yang menjual vape gulung tikar..

ada yang kata vape nie bagus..sbb ia membantu orang untuk berhenti merokok..
tapi yang yuk x puas hati kenapa orang yang bukan merokok pun try hisap vape.tu ok lagi nie siap ada minah2 bertudung yang hisap vape..WHAT THE FISH kan....


lagi satu yuk x suka pasal vape nie..asap dia..ya allah kalah asap fogging..
klau dekat kedai makan lagi lar..boleh terbatuk...klau dengan asap rokok yuk dah anti..nie lagi lar asap vape..
penuh satu kedai dengan asap vape..agak3 lar kan..

so yuk sokong lar kerajaan haramkan vape..but yuk still x faham kenapa rokok boleh??pelik kan..malas lar nak komen banyak..nnti tangkap plak..haha.
hopefully kerajaan haramkan rokok jugak..

sbb tu yuk nak share satu article dari KKM yang menjawab tentang isu vape nie.
hopefully article nie membuka minda kita..



1 Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan e-cigarette, tetapi masih ramai yang masih dan terus menggunakan e-cigarette, apakah tindakan susulan pihak Kementerian?

Jawapan :
 Kementerian Kesihatan akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Nikotin adalah merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau. Penjualan produk nikotin hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. Mana-mana orang selain daripada mereka yang disebut di atas yang menjual cecair nikotin e-cigarette adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta yang sama.

Pada masa yang sama, pengedaran dan pembekalan cecair nikotin e-cigarette memerlukan pendaftaran dan kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mana-mana orang yang mengedar atau membekalkan cecair nikotin e-cigarette tanpa kelulusan adalah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 25,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan yang sama.

2. Sehingga kini, adakah sebarang penyakit kronik disebabkan penggunaan e-cigarette dilaporkan di Malaysia?

Jawapan : 
Setakat ini, Kementerian Kesihatan belum ada menerima laporan penyakit yang disebabkan oleh penggunaan e-cigarette di Malaysia. Walau bagaimana pun, oleh kerana keselamatan penggunaan e-cigarette belum lagi disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan cecair e-cigarette yang didapati mengandungi nikotin, adalah dijangkakan pengguna e-cigarette juga mengalami risiko-risiko kesihatan sama seperti perokok kerana nikotin boleh menyebabkan penyakit jantung dan penyakit saluran darah selain daripada keracunan akut sekiranya melebihi dos nikotin.

 Kajian juga menunjukkan nikotin boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser dan wanita mengandung yang menggunakan nikotin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mengalami kecacatan kelahiran berbanding dengan wanita yang bukan perokok.


3. Dari manakah pengedar cecair nikotin ini mendapatkan bekalan walaupun bahan itu merupakan bahan kawalan?

Jawapan :
 Pengimport dan pengedar e-cigarette tidak mengisytiharkan cecair nikotin e-cigarette sebagai produk nikotin atau mengisytiharkannya sebagai barangan elektronik atau bercampur aduk dengan barangan lain dan tidak mengisytiharkannya semasa membawa masuk e-cigarette dan cecair e-cigarette ke Malaysia.

4. e-Cigarette dilihat sebagai alternatif terbaik di kalangan pengguna untuk membuang tabiat merokok berbanding niko patch dan gula-gula nikotin yang disyorkan Kerajaan, apakah komen dari pihak Kementerian?

vape,isu vape,niko patch dan gula-gula nikotin

Jawapan : 
Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai produk e-cigarette (WHO Technical Report Series, no. 955 di http://www.who.int/…/publicatio…/prod_regulation/trs_955/en/) yang menunjukkan bahawa kegunaan dan keberkesanan e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan, manakala keselamatan cecair nikotin e-cigarette adalah meragukan. 

Selain daripada tahap kepekatan cecair nikotin yang tidak mengikut tahap yang dilabelkan, ada juga cecair e-cigarette yang dilabelkan sebagai kosong (0 mg) nikotin telah didapati mengandungi nikotin, kajian US Food And Drug Administration (USFDA) pada tahun 2009 telah menunjukkan cecair e-cigarette turut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti diethylene glycol yang beracun dan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser. 


Pengambilan nikotin yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan akut manakala WHO juga memberi amaran bahawa kemasukkan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan.

Berpandukan nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan penemuan hasil kajian yang menunjukkan bahaya cecair nikotin e-cigarette, setakat ini, Kementerian Kesihatan tidak memperakui e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai menggunakan e-cigarette.

5. Apakah yang patut dibuat oleh pengedar e-cigeratte untuk produk mereka berdaftar di Malaysia. Berapakah produk yang telah didaftarkan?

Jawapan : 
Pengedar e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka dan memenuhi semua prosedur untuk pengesahan keselamatan produk tersebut sama seperti pendaftaran untuk bahan racun dan ubatan.

Setakat ini TIADA e-cigarette yang telah mendapat pendaftaran dan
kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan kerana keselamatan produk tersebut tidak dapat dijamin.


6. Apakah nasihat Kementerian Kesihatan kepada orang ramai mengenai e-cigarette?

Jawapan : 
Kementerian Kesihatan mengambil berat terhadap kesihatan semua Warganegara termasuk para perokok. Kementerian kesihatan ingin memastikan produk e-cigarette yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan. Sehubungan itu, mana-mana orang yang ingin membekal, mengedar atau menjual e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran atau penjualan e-cigarette. Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk e-cigarette kerana keselamatan e-cigarette belum disahkan.


ok sekarang dah faham kan kenapa kita xleh menjual dan menggunakkan vape..
urm,,bagi yuk tinggal lar vape dan rokok tu,,membazir je,,
membazir duit..yang paling penting ia membayahakan kesihatan 
jadi..fikir-fikirkan lar,..

sape kat cni anti dengan rokok dan vape..cer komen ckit..

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...