Cara Merawat Ruam Lampin Bayi | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Cara Merawat Ruam Lampin Bayi

tips untuk mencegah dan merawat ruam lampin bayi

Cara Merawat Ruam Lampin Bayi

bagaimana ruam lapim boleh berlaku?

Ruam lampin merupakan keadaan yang kerap berlaku dalam kalangan bayi atau anak kecil. Kulit bayi adalah agak sensitif. Ruam lampin terjadi apabila kulit bayi terdedah kepada air kencing atau najis dalam jangka masa yang panjang. Tambahan pula, geseran antara kulit dengan lampin yang dipakai boleh menyebabkan keadaan kulit menjadi panas dan merah.

Selain itu, ruam lampin juga boleh berlaku apabila bayi atau kanak-kanak mempunyai alahan kepada jenis lampin pakai buang yang digunakan atau alah kepada bahan pencuci atau sabun yang digunakan untuk membasuh lampin. Pada dasarnya, ruam lampin adalah masalah kulit yang ringan dan tidak serius, namun jika dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan lepuh pada kulit dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria atau kulat berlaku.

Ciri-ciri ruam lampin adalah keadaan kulit bayi atau anak kecil yang mempunyai ruam merah di kawasan punggung, bahagian kemaluan atau kawasan yang ditutup dengan lampin.

cara-cara untuk merawat ruam lampin

1. Tukarkan lampin bayi dengan lebih kerap. Seboleh-bolehnya sebaik sahaja lampin basah. Hal ini disebabkan air kencing atau najis yang dibiarkan lama tanpa pembersihan merupakan penyebab utama ruam lampin berlaku. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memeriksa lampin setiap 2 – 3 jam untuk pertukaran lampin. Bayi yang berumur kurang daripada setahun memerlukan pertukaran lampin yang lebih kerap berbanding dengan kanak-kanak berumur 1- 2 tahun.


2. Bersihkan kawasan punggung dengan air suam sahaja dan lap kering dengan tuala bersih yang lembut. Elakkan menggunakan sabun kerana bahan kimia pada sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan menerukkan lagi keadaan. Tisu basah pakai buang (baby wipes) boleh digunakan tetapi perlu pilih jenis tisu basah yang bebas bahan pewangi dan alkohol.

3. Pastikan kawasan punggung adalah kering sebelum memakai lampin yang baru. Gunakan tuala jenis yang lembut dan lap dengan perlahan-lahan.

4. Sapu krim atau salap jenis pelindungan (barrier cream or ointment) setiap kali menukar lampin bagi membentuk lindungan antara kulit dengan air kencing dan najis. Sapuan yang nipis sudah mencukupi. Antara jenis krim atau salap pelindung yang boleh digunakan adalah zink oksida (zinc oxide), jeli petroleum/ parafin (petroleum jelly/ white soft paraffin). Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi komuniti semasa membuat pilihan krim pelindung yang sesuai untuk bayi.

[wajib baca: umur berapa bayi tumbuh gigi?]

5. Elakkan menggunakan bedak talkum kerana bedak tersebut berkemungkinan mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah ruam berlaku.

6. Tukarkan jenama lampin pakai buang yang digunakan sekiranya 5 langkah di atas tidak berkesan. Pilih jenis lampin yang sesuai kepada bayi dan mempunyai kadar serapan air kencing yang lebih tinggi.

Pada kebiasaannya, ruam lampin akan sembuh dalam tempoh masa 1 minggu selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas. Sekiranya keadaan bayi masih berlarutan dengan terbentuknya lepuh kecil, kulit menjadi kering dan merekah serta pembengkakan berlaku, perlu rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Doktor mungkin akan mensyorkan penggunaan ubat sapu jenis steroid seperti hydrocortisone.
Ubat sapu steroid dapat mengurangkan masalah keradangan. Ubat sapu steroid perlu digunakan secara nipis pada kawasan terlibat mengikut arahan daripada doktor. Penggunaan ubat sapu steroid hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja. Jangan gunakan ubat tersebut berpanjangan tanpa merujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Dalam kes jangkitan kulat dan bakteria, ubat sapu antikulat dan antibiotik akan dipreskripsikan oleh doktor yang merawat. Ubat sapu antikulat perlu disapu secara berterusan sekurang-kurangnya 7 – 10 hari selepas ruam hilang. Ini adalah untuk memastikan pembasmian kulat yang berlaku sepenuhnya. Ubat sapu steroid, antikulat atau antibiotik perlu digunakan terlebih dahulu sebelum menggunakan krim atau salap pelindung.


Para ibu bapa adalah disyorkan untuk memastikan kawasan punggung bayi sentiasa kering dan bersih dengan mengamalkan amalan menukar lampin yang lebih kerap supaya ruam lampin tidak berlaku. Seperti kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

[wajib baca: maksud apgar score]

Para pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) di talian bebas tol 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi - 5.00 petang ) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan ubat-ubatan.

Sumber:
Chan Chiew Ting
Pegawai Farmasi
Klinik Kesihatan W.P. Labuan

( metro ahad  13/8/2017)

nasihat pediatric tentang ruam lampin




bagi ibu bapa yang xnak guna bahan kimia untuk merawat ruam lampin,yuk cadangkan ibubapa guna body solution soap (bss).sabun nie di formulasi oleh dr azlan dengan menggunakkan 100% herbal,bahan semulajadi.body solution soap (bss) nie jgak bebas bahan kimia dan bebas steroid

wajib baca: info body solution soap (bss)]

Cara Merawat Ruam Lampin Bayi


yang menarik tentang body solution soap (bss) nie ialah ia lulus kkm dan bergred makanan.so klau baby termakan pun xpe,ia x beracun.
harga bss nie hanya rm 90..tapi klaun nak harga promosi.. boleh whatsapp +6017-9345465.bg code "promosi bss" nnti uols akan dapat harga promosi




2 comments:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...