Vitamin C Memutihkan Kulit...Betul Ke?? | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Vitamin C Memutihkan Kulit...Betul Ke??

vitamin C memutihkan kulit...fakta @ mitos??


Kami melihat kebelakangan ini rata-rata kaum wanita cuba menggunakan pelbagai cara untuk membuatkan kulit kelihatan lebih putih. Fenomena ini menjadi semakin membimbangkan apabila menjelang musim perayaan. 

Disebabkan keinginan yang tinggi untuk berhias di musim perayaan, mereka cuba menggunakan cara yang boleh memudharatkan diri sendiri.
Cara rawatan yang paling terkenal adalah penggunaan INTRAVENOUS VITAMIN C INFUSION. Iaitu pemberian Vitamin C ke dalam badan yang dimasukkan terus ke dalam saluran darah.

Disini kami ingin menceritakan beberapa perkara berkenaan vitamin C dan juga akan menyentuh berkenaan pemutihan kulit

apakah vitamin C?

1) Vitamin C juga dikenali sebagai L- ascorbic asid ataupun ascorbate ion. Asal perkataan ascorbic ini adalah daripada perkataan ‘ascorbus’ yang membawa maksud ‘tiada scurvy’. Perkataan ini diambil bersempena makanan yang dapat menghindarkan diri daripada terkena penyakit SCURVY.

Pada waktu dahulu, para pelayar sering mengalami pendarahan gusi. Masalah ini diselesaikan dgn membawa makanan jenis ‘ascorbus’ ketika dalam pelayaran. Ini disebabkan makanan jenis ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi seperti lemon dan beberapa jenis buah yang lain.
(Scurvy merupakan penyakit yang melibatkan pendarahan yang selalunya melibatkan gusi. Ini disebabkan badan tidak dapat menghasilkan collagen untuk penyembuhan tisu ketika ketiadaan vitamin C.)

2) Kebanyakkan organisma lain mampu menghasilkan Vitamin C dgn sendirinya. Ini disebabkan kehadiran beberapa jenis enzim pada organisma tersebut yang mampu menukarkan glukosa kepada Vitamin C. Jangan terkejut ye, asal usul Vitamin C ini sebenarnya daripada gula. Malah strukur Vitamin C itu sendiri mempunyai struktur asas glukosa.

Tetapi berlainan bagi manusia. Manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C dengan sendirinya. Ini disebabkan manusia tidak boleh menghasilkan enzim2 yang membantu dalam penghasilan Vitamin C tersebut. Maka, manusia perlu mendapatkan Vitamin C daripada sumber luar.

[wajib baca: handphone & makeup penyebab jerawat??]

3) (Bahagian ini kalau susah utk difahami, boleh baca point yang seterusnya).
Vitamin C mempunyai isomer jenis enantiomer iaitu L-ascorbic acid dan juga D-ascorbic acid. Di dalam tumbuh-tumbuhan, kedua2 isomer ascorbic acid ini wujud dalam kuantiti yang sama. Akan tetapi hanya L-ascorbic acid sahaja yang aktif secara biologinya. Oleh itu, bila kita kata Vitamin C, ianya merujuk kepada L-ascorbic acid. Bukan kepada D-Ascobic acid.

4) Vitamin C merupakan antioxidant. Kehadirannya dalam badan mampu membantu menghapuskan free radical/radikal bebas di dalam badan. Malah ianya mampu melindungi kulit dan membantu dalam penyembuhan kulit jika diberi secara topikal(krim) kepada kulit.

kelebihan vitamin c kepada kulit

 Salah satu penyebab kerosakkan dan kekedutan pada kulit adalah sinaran UV daripada matahari. Sinaran UV daripada matahari akan menyebabkan lapisan sel kulit menghasilkan lebih banyak radikal bebas yang dikenali sebagai REACTIVE OXYGEN SPECIES(ROS). Radikal bebas ini merupakan satu kompound yang reactive dan mampu merosakkan pelbagai struktur sel dan juga protein.
Disebabkan collagen merupakan salah satu protein yang banyak dibahagian kulit, maka protein inilah yang akan dirosakkan dan akan menyebabkan kekedutan pada kulit dan wajah.

[wajib baca: tips untuk merawat jerawat]

Pemberian Vitamin C secara topikal telah dibuktikan mampu mengurangkan kerosakkan yang disebabkan sinaran UV. Malah dikatakan dapat melindungi sel dan juga protein daripada dirosakkan oleh radikal bebas

Kajian telah dibuat, pengambilan Vitamin C secara oral dan juga intravenous tidak akan meningkatkan kuantiti Vitamin C secara significant dibahagian kulit. Oleh sebab itu, para pengkaji sekarang lebih memfokuskan pemberian Vitamin C secara topikal(letak terus pada kulit) kerana ianya dibuktikan lebih efektif dan terus menjuruskan kepada kulit itu sendiri.




boleh ke vitamin c memutihkan kulit?


Kajian yang menunjukkan Vitamin C mampu memutihkan kulit masih lagi berada pada peringkat makmal sahaja. Ia belum lagi dapat dibuktikan secara klinikal. Maksudnya belum ada kajian yang menunjukkan Vitamin C boleh memutihkan kulit apabila digunakan pada manusia

Berkenaan kajian dalam makmal, mereka telah menemui bahawa Vitamin C ini mampu mengurangkan penghasilan pigment yang dipanggil sebagai Melanin. Proses penghasilan melanin ini dipanggil sebagai melanogenesis. Pigment Melanin inilah yang menyebabkan kulit kita berwarna gelap. Vitamin C mengurangkan pigmentasi dengan cara merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel melanocytes. Ini menyebabkan penghasilan Melanin berkurangan dan secara teorinya menyebabkan kulit bertambah cerah.

Berbalik pula kepada pemberian Vitamin C secara intravenous. Seperti yang saya katakan diatas, pemberian Vitamin C secara intravenous tidak akan meningkatkan kandungan Vitamin C dibahagian kulit secara significant. Malah secara amnya, tiada lagi kajian yang benar-benar dijalankan pada manusia yang menunjukkan Vitamin C boleh memutihkan kulit sama ada diberi melalui oral(mulut), intravenous(melalui saluran darah) dan juga secara topical(sapu terus pada kulit).



KESIMPULAN...
Pemberian Vitamin C tidak lagi dibuktikan boleh memutihkan kulit manusia. Malah cucuk Vitamin C adalah sesuatu yang dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini kerana tiada siapa yang telah memeriksa kandungan IV Vitamin C yang dieksport secara haram ke dalam Malaysia. Maka, ia sudah tentu mampu mendatangkan kemudharatan.


tips tentang vitamin c

Jika mahukan kesan Vitamin C secara optimum iaitu untuk menghasilkan kulit yang tegang dan mengembalikan tona kulit muka, pengambilan Vitamin C secara topikal seperti krim adalah lebih efektif.

[wajib baca: makanan yang dapat mengempiskan perut]


cara pengambilan vitamin c yang terbaik??







4 comments:

  1. Replies
    1. yup btul bnyak kelebihan vit c nie...cuma kna pandai2 ambik...klau untuk kulit baik ambik vit c yang sapu daripada tablet..

      Delete
  2. xsangka memutihkan kulit ya.. nasib suka makan orange

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow..bgus sis makan orange...baik ambik vit c yang natural kan..

      Delete

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...