Perbezaan Insurans dan Takaful | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Perbezaan Insurans dan Takaful


kadang-kadang kita nie selalu konpius..antara insurance dan takaful..
apakah insurance?
apakah takaful?
ada perbezaan ke antara insurance dan takaful nie??
ke benda yang sama je??
persoalan nie yang selalu menjadi tanda tanya kita kan.
x yah pening2..hari nie yuk akan explain tentang insurance dan takaful..
jadi lepas nie anda akan lebih memahami tentang insuran dan takaful


apakah insurans?


insurance ialah pemidahan risiko daripada individu atau organisasi kepada syarikat insurance.
contoh individu ialah diri anda sendiri manakala organisasi seperti syarikat anda.
syarikat anda dan anda dikenali sebagai pemegang polisi.

syarikat insurans akan menerima bayaran dalam bentuk premium daripada anda dan jika anda mengalami sebarang kerugian,kerosakan syarikat insurance akan membayar pampasan kepada anda.

apakah takaful?

takaful ialah pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah.takaful nie more into islamic.
anda boleh mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk tabarru(caruman penyertaan).dalam takaful anda akan memeterai kontra(aqad) bagi membolehkan anda menjadi peserta yang akan membantu antara satu sama lain sekiranya seorang peserta mengalami kerugian.


ada beza ke antara insurans dan takaful?


hakikatnya ,insurans dan takaful mempunyai satu prinsip yang sama iaitu pemegang polisi mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang yang diinsuranskan.jadi jika berlaku kerugian atau kerosakkan terhadap barang tersebut insurans atau takaful akan membayar pampasan kepada anda.

tapi..jika anda beragama islam..anda patut mengambil takaful sbb ia berdasarkan prisip syariah,bebas riba dan pelaburan yang halal


tips untuk membeli insurans atau takaful


untuk melindungi harta yang anda miliki,anda hanya perlu membeli satu polisi sahaja.tidak perlu membeli banyak polisi semata-mata untuk melindungi harta

hal ini kerana anda hanya boleh membuat tuntutan untuk satu polisi sahaja jika berlaku sebarang kerugian atau kerosakkan.

oleh itu jika anda membeli lebih dari satu polisi untuk harta anda, anda x kan mendapat keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful.

jika berlaku kerugian atau kerosakkan terhadap harta anda,syarikat insurance hanya akan membayar pampasan yang setimpal atau harta anda akan dibiaiki seperti keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian.

walaubagaimanapun anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat @ nyawa anda.

kontrak insurans atau takafuk adalah berdasarkan prinsip percaya mutlak.jadi pemegang polisi atau pelan perlu memberi tahu semua maklumat penting kepada syarikat insurans.jika anda gagal mendedahkan maklumat ,polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilidungi ke atas kerugian atau kerosakkan

yang menarik tentang plan takaful ialah anda boleh mendapat perkongsian lebih daripada dana takaful anda berdasarkan ratio yang telah anda persetujui jika anda tidak membuat sebaranf tuntutan sepanjang tahun tersebut.

kat mana saya boleh beli  produk insurance atau takaful?

  • melalui ejen berdaftar atau broker berlesen
  • syarikat insurans atau pengendali takaful
  • melalui internet
  • intitusi perbankan yang mempunyai urusan bank insurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful







3 comments:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...